Monday, 13 October 2014

Nota Syukur di dalam Kotak Syukur


Setiap hari, pastikan kita bersyukur kepada Allah s.w.t. Bagaimana caranya?

1. Sediakan sebuah kotak bersaiz sederhana.

2. Tuliskan NIKMAT paling besar yang kita peroleh pada hari itu di atas
sehelai kertas.

3. Lipat kertas itu dan masukkan ke dalam kotak yang disediakan sambil mengucapkan lafaz HAMDALAH atas nikmat yang diberikan oleh Allah.
Contoh: "Alhamdulillah, hari ini Allah permudahkan urusanku sehingga aku dapat menyiapkan laporan ini tepat pada masanya"


4. Tarik nafas, tenangkan diri dan hayatilah nikmat yang telah berlalu itu dengan hati yang BERSYUKUR. Jangan lupa tingkatkan ibadah sebagai tanda syukur kepada Allah.

5. Ambil masa SEKALI SEMINGGU dan SEBULAN SEKALI untuk membaca kembali koleksi nota syukur kita.
Jika kita dapat lakukan langkah di atas secara berdisplin, maka kita telah mengaplikasikan ketiga-tiga unsur dalam syukur iaitu:-

~ Bersyukur dengan HATI
~ Bersyukur dengan LIDAH
~ Bersyukur dengan ANGGOTA BADAN

* Lebih menarik jika dilibatkan semua ahli keluarga dalam aktiviti menarik ini. Jom cuba buat?

~ 22 Syawal 1435H - Alhamdulillah Sumber: Majalah Solusi Isu #46 m/s 55

No comments:

Post a Comment