Monday, 13 October 2014

Zuhud atau Malas


1. Hadis Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Kalau kamu bertawakal kepada Allah sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang berangkat pada pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya pada petang hari dengan perut kenyang" (Riwayat at-Tirmizi)

Huraian Hadis:
Seekor burung mendapat makanan bukan dengan berdiam diri tetapi selepas berusaha iaitu dengan keluar dari sarangnya dan terbang ke sana ke mari dari pagi hingga petang. Maksudnya, tawakal itu datang SELEPAS BERUSAHA. Bukan tawakal namanya jika sekadar duduk menunggu rezeki jatuh dari langit. Itu pemalas!


2. Rasulullah s.a.w juga menyuruh kita berdoa:
"Ya Allah, lindungi aku daripada sifat lemah dan malas."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sayangnya ramai di antara kita yang membuat kerja sambil lewa. Tiada ketekunan atau itqan. Rasulullah amat menghargai jerih-perih orang yang bekerja sebagaimana Baginda menghargai mereka yang berjihad di jalan Allah. Dan Allah lebih menghargai tangan yang berkematu kerana bekerja daripada tangan yang lembut kerana tidak pernah membanting tulang.

3. Ramai yang menyangka membuat kerja yang biasa-biasa sahaja itu zuhud. Sangkaan itu meleret pula kepada sikap malas, membuat kerja sambil lewa dan cincai-cincai.
"Ini semua hal dunia, Allah tak pandang!"
"Allah dah tentukan rezeki kita di dunia. Rajin atau malas, hasilnya sama sahaja. Lebih baik saya bertawakal "

Hakikat zuhud yang sebenar adalah seperti berikut:


Ustaz A.Ubaidillah Alias ~ Al-Ustaz Isu 08 ~ Telaga Biru Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment