Tuesday, 9 July 2013

Forum Penghayatan Ramadhan Kekuatan Jasmani & Rohani - 040713

Antara Perkongsian: "Puasa dari aspek kekuatan Jasmani:-

Kita mungkin sudah tahu yang puasa dari segi kesitanan mampu:
1. Mengurangkan lemak
2. Mengurangkan tekanan darah
3. Mengurangkan paras kolestrol
4. Mengurangkan kandungan gula dalam darah.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa puasa juga mampu:

5. Meransang hormon ketumbuhan @ 'growth hormon'
Puasa akan mengurangkan kandungan glukos dalam darah. Oleh yang demikian, kanak-kanak yang berpuasa akan menyebabkan hormon ini lebih aktif & mempengaruhi tumbesaran mereka! Manakala yang dewasa pula akan menjadikan mereka lebih sihat, lebih ceria, lebih segar dan awet muda!!

Bertepatan dengan Hadis Rasulullah SAW "Berpuasalah nescaya kamu akan sihat"..
Segala manfaat di atas tidak akan kita perolehi jika sekadar puasa tapi banyak tidur.
Rehat & tidurlah sekadar yang perlu (Qailulah) kerana tidur yang banyak bermakna Innalillah..:)
Usah sesekali kita besarkan tidur kerana kita pasti akan "TIDUR BANYAK & LAMA"
bila sampai masanya nanti.."

Forum Penghayatan Ramadhan Kekuatan Jasmani & Rohani 040713-9.30-11.30am @  

Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur



Dapatan ini adalah hasil kajian saintifik di kalangan pakar perubatan.

Ia sesekali tidak boleh dijadikan matlamat utama untuk kita berpuasa:-

"Aku nak puasa..sebab nak kurus..nak sihat..nak nampak sweet 17 & sebagainya"
kerana jika ini dijadikan tujuan, maka hanya sekadar inilah yang kita dapat...(di dunia)

Namun jika berpuasa kerana memenuhi tuntutan perintah Allah SWT & untuk mendapat redhoNya..Maka, in syaa Allah ganjaran pahala, maghfirah & rahmah dari Allahlah yang bakal kita kecapi...
Sihat di dunia & Bahagia di akhirat! Betul tak??? ;)

Kisah Kanak-kanak Rumah Tengku Budriah, Cheras - Fb 05072013

Sebelum ceramah Ramadhan di sini tadi, sempat menembual 2 kanak-kanak ini...


yang besar ini bukan main semangat bercerita tentang si kecil di sebelahnya yang teruk didera oleh ayahnya sejak kecil, ibu pula telah meninggal dunia. Banyak luka & parut yang masih jelas kelihatan.
Dalam takut-takut akhirnya si kecil bersuara "mak saya baik, ayah jahat"...Allahuakbar!
Saya: Sedap tak makanan kat sini?
yang besar: Tak best..ibu masak lagi best!
Terdengar pula suara bayi menangis bersilih ganti..lalu mengintai sekejap di bilik nursery..ya Allah! ramainya baby...masing-masing dalam baby cot..melihat & mendengar dari jauh sebahagian dari mereka sahaja terasa seperti ada empangan air mata yang ingin pecah..tidak terdaya untuk melangkah ke dalam...

Kenapa mereka di sini?
Bukankah masing-masing sepatutnya berada bersama ibubapa kandung mereka? Disentuh..dibelai..disusukan..diberi makan hasil air tangan ibu sendiri?
Ya, mungkin ada yang lahir tanpa ibu & ayah, itu sudah takdirNya.
Jika faktor kemiskinan menghimpit, itu masih boleh diterima.
Tapi bagaimana pula yang masih ada ibu..ada ayah yang mampu tapi mempersia-siakan nasib khalifah2 kecil amanah Allah ini sedemikian rupa?
Si kecil yang sepatutnya dibelai tapi ditibai..
Si comel yang sewajarnya dicium dipeluk tapi ditumbuk..
Si naif yang tidak tahu apa-apa dibelasah semahu-mahunya!
Allah ya Allah!!!

Hargailah insan-insan qurrata a'yun (penyejuk mata) pinjaman Allah sementara kita di dunia..
Perihalah & laksanakan hak-hak mereka..
sebelum mereka menuntutnya di Sana..
Mungkin melalui merekalah kita bakal menjadi penghuni SYURGA...alhamdulillah..
Jangan biarkan dosa kita kepada mereka yang bakal menghumban kita ke NERAKA...wal'yazubillah!

Kisah Sedih dari Usrah Nurani IKIM 05072013

Sungguh tersentuh dengan 2 kisah ini dalam slot usrah nurani di Ikim fm petang tadi;
Kisah 1:
Walaupun sudah mendengar kisah ini sebelum ini namun tetap tersentuh. Dalam 1 rancangan tv timur tengah, seorang syeikh di Mekah ketika menyampaikan kelebihan iftar & sahur, juadah yang afdhal dalam Ramadhan ditanyakan soalan dari seorang pemanggil dari Somalia: "Apakah hukumnya jika kami berpuasa tapi tidak berbuka...malah...kami juga tidak bersahur. Bukan kerana tidak mahu, tapi tiada apa yang hendak dimakan!"
Syeikh itu terus terdiam & tidak dapat menjawab soalan kerana menangis teresak2!.

Kisah sahabat kepada Heliza Helmi yang diceritakan kepada Ustaz Zul
Ramli.

Kisah 2:
Sahabat ini yang merupakan pelajar IPT mendapat bantuan pinjaman, namun setelah ditolak segala keperluan, bakinya diserahkan hampir kesemuanya kepada ibunya di kampung. Setiap pagi sahabat ini akan membeli 1polisterin nasi bungkus..yang dibahagi kepada 3 bahagian:
1/3 untuk sarapan,
1/3 untuk makan tengahari, 1/3 untuk makan malam. Pernah satu ketika polisterinnya ini dibuang kerana disangka saki baki makanan sedangkan sahabat ini masih belum menjamah makan tengahari & malamnya. Bila ada yang ingin belanja di kedai beliau menolak. Katanya berilah duit belanja itu (cth rm30) untuk membeli barang basah untuk beliau masak. Dengan cara ini akan lebih jimat, kita akan guna dalam rm25 shj, rm5 bakinya boleh didermakan pada tabung Syria..Gaza..Rohingya atau sebagainya.
Allah ya Allah!!..pelajar mulia yang mencatu makanannya ini masih ingat pada orang2 yang lebih susah sedangkan kita??!!

Masih sampai hatikah kita membiarkan makanan yang kita makan masih bersisa?
Sudah membayangkan apa yang ingin dimasak dibeli di pasar Ramadhan? Buffet2 Ramadhan kita sudah survey yang mana paling istimewa?
Dengan penuh selamba meng'upload' pula gambar pelbagai juadah di dinding Fb kita?
Sedangkan pada masa yang sama terlalu ramai sahabat2 kita di luar sana yang Ramadhan atau tidak sama sahaja bagi mereka...

Doa pendinding Jin/Syaitan - Tanyalah Ustaz 07072013

Doa untuk memelihara diri kita dan keluarga kita dari terkena gangguan makhluk halus terutama Jin/Iblis dan syaitan.
Dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak beberapa sehat terutama waktu maghrib.

Dinamai dengan As-Saffat (Yang Bersaf-Saf) diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh setan.
(Ayat/Doa- lihat gambar)




 
 Maksudnya:
"Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,"




 
 Ustaz Syarhan Syafie
Tv9 070713 7:00-8:00am

USRAH FITRAH 29 SYA'BAN 1434H

RENUNGAN DI AMBANG RAMADHAN

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.

Beliau bersabda:
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga.

Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata: "Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!".

Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"
(At-Targhib, jld.II, 217-218)
Diterjemah oleh Ustaz Fakarudeen- Usrah Fitrah

Usrah Fitrah 8 Julai 2013

4 perkara sebelum Ramadhan

1- Bertaubat
Mohon keampunan Allah
Nur diperolehi dari taubat. Kesan setiap perkara ada nur, mudah melakukan kebaikan selepas itu.
"Orang bertaubat itu kekasih Allah"

2- Bebas dari hak Allah dan manusia.
- Contoh ganti puasa, zakat harta.
- Pulangkan hutang saudara.
- Mohon maaf pada persekitaran (saudara dan sahabat2) di atas kesilapan yang dilakukan.
- "Siapa ada bawa bebanan (kesilapan) pada saudaranya ianya akan beri kesan ke akhira, segala dosa akan digantikan dengan pahalanya dan jika tiada pahala, dosa orang yang dizalimi akan diberikan kepadanya semula"

3- Rungkaikan dari tambatan dunia
- Jangan korban syafaat Ramadhan dengan aktiviti dunia.
- Perbanyakkan amal soleh, jauh dari tuntutan dunia.

4- Mujahadah beribadah
- Melawan nafsu
- Paksa diri untuk kekal dalam ibadah
- Al Ankabut-69
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

*Tips istiqomah 40 kali (perbuatan yang baik- solat jemaah, majlis ilmu, puasa sunat) in shaa Allah akan berterusan menjadi amalan/budaya harian.

Thursday, 4 July 2013

Ceramah Ambang Ramadhan- Ustaz Ahmad Dasuki-1 Julai 2013 @ Surau Al-Muhajirin JAWI


Doa Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab –
Diulang-ulang berkali-kali setiap tahun


“Ya Allah berkatilah aku dengan bulan Rejab, bulan Sya’ban, panjangkanlah usiaku untuk sempat masuk bulan Ramadhan”
Kalau ditakdirkan mati untuk kita, biarlah sehingga sempat untuk berjumpa Ramadhan..

Kita pula? Sempat tak raya- sibuk tempah baju, kuih & sebagainya..

Dalam doa ini, para ulama' menggariskan beberapa perkara penting:

1.KEBERKATAN
- Rejab, Syaban & Ramadhan penuh keberkatan – 3 bulan penuh keberkatan
- Berkat ini apa?  Biasa apabila menjawab salam- waalaikumussalam wrt wabarakatuh (diberkati)
Ulama' definisikan berkat dalam bahasa mudah:- Sesuatu yang sedikit dirasakan banyak..
Tanda berkat- hidup dalam keadaan sempit, tapi bahagia..
Tanda tidak berkat?
- rumah besar tapi rasa sempit, kereta kecil tapi bahagia
Keberkatan adalah anugerah yang Allah beri, tidak dapat kita beli, hanya Allah yang berkuasa memberikan keberkatan..
2. PERKARA BESAR BERLAKU DALAM KE3-3 BULAN INI

- Kalau buat kajian, tidak ada doa lain yang Rasulullah sebut 3bulan serentak seperti dalam doa ini
-Rasulullah nak tunjuk betapa besarnya nilai Ramadhan yang Allah kurniakan sebagai HADIAH kepada umat Nabi/ Allah nak tunjuk sayangNya Rahman war RaheemNya. Memandangkan usia umat Muhammad tidak sepanjang umat terdahulu.
seperti dalam kitab, Nabi Adam- umur 1k lebih, Nabi Ibrahim akil baligh pada usia 120tahun.
Tapi Umat Muhammad, Allah pendekkan: “umur umatku antara 60-70 thn”
Sahabat: Bagaimana nak tandingi amalan umat2 yang hidup lama?
Nabi: Allah jadikan Ramadhan- (yang tidak dikenali sebelum ini)
Sebelum kedatangan Nabi:
12 bulan – 4 bln haram:- muharram, zulkaedah, zulhijjah, rejab
Ramadhan tidak dikenali. 
Bila popular? Bila datangnya Nabi Muhammad- sebagai hadiah Allah pada umat Nabi.
Bagaimana bentuk hadiah tu?
Malam Lailatul Qadar – lebih baik dari 1000 bulan
1mlm dapat= 83 tahun usia
10x alQadr= 830 tahun
20x alQadr= 1600 tahun lebih
Hidup singkat tapi amalan banyak..

3.       REJAB &SYA’BAN BULAN PERSIAPAN RAMADHAN
-          Sebelum Ramadhan, Allah jadikan Rejab & Sya’ban sbg bulan persiapan menemui Ramadhan
Oleh kerana Ramadhan bulan yang besar/ pesta/ pertandingan/ perlumbaan (lumba buat pahala)
-          contoh masuk pertandingan/perlumbaan, perlu buat persiapan – lumba dapat apa?
Pahala – berapa? Hanya aku yang akan bagi pahala “asumuni wa ana ajzi bih"
Solat, haji, ada ganjaran yang ditetapkan, puasa tidak...hanya Allah yang tahu ganjarannya..
-      Persiapan ini perlu supaya tak berlaku kejutan
o  Tak pernah baca AlQuran- REJAB &SYA’BAN mula baca supaya Ramadhan x terkejut dengar orang baca AlQuran lama
o  Tak pernah ke masjid/surau- REJAB &SYA’BAN mula pergi supaya Ramadhan masjid/surau x terkejut tengok yang tak pernah datang (tapi biasanya awal Ramadhan je semangat, akhir2?)
o  Tak pernah sedekah- REJAB &SYA’BAN mula sedekah supaya Ramadhan jadi pemurah
o Tak pernah dengar kuliyah/tazkirah - bersedia dengar supaya Ramadhan bersedia dengar banyak tazkirah/surau

-          REJAB - bulan latihan AQIDAH – melalui program kelengkapan aqidah “Israk Mikraj” untuk melahirkan keyakinan bahawa hidup ini tak bernilai dengan harta, pangkat, jawatan, bangsa tetapi bernilai apabila anda sudah beragama!

Nilai Harta? (Wang? Saham? Emas?)
Jika dinilai dengan harta nescaya Qarun  jauh lebih bernilai (bawa anak kunci Qarun 400 ekor kuda) – bagaimana hukumannya? Allah tenggelamkannya 70 hasta – naik sahaja matahari, tenggelam lagi. Kita pula buat program Cari Harta Karun..?;)

Nilai Pangkat?   (CEO? KP? Manager?)
Tak payah kejar kerana tiada nilai pada Allah.
Cth Firaun mengaku pangkat paling tinggi – "ana rabbukumul a'la" - Firaun mengaku Tuhan sampai syaitan pun terkejut “aku pun tak sampai macam tu”..
Hidupnya bukan setakat tak pernah sakit, tapi menguap pun tak pernah!
Besar pangkatnya tapi bagaimana Allah hukumnya?
Hidup menzalimi & mati pun menzalimi (nak tengok mumia dia pun kena bayar.)

Nilai Bangsa?
Melayu? Arab lagi rasa mulia? Mana hebat dengan Bani Israel?
“Aku lebihkan kamu lebih dari orang lain di atas dunia”
Kemuncak- dilaknat  kerana melampau dan selalu melakukan maksiat.
Jadi bila hidup mulia?
Memahami Israk Mikraj sangat penting sebelum masuk Ramadhan. 
Kalau tak faham tentang Israk Mikraj ini TAK LAYAK kita berada dalam bulan RAMADHAN!
Sebab apa?
Puasa tapi tak solat!
Puasa tapi mengumpat!
Puasa tapi tak tutup aurat!
Puasa tapi buat maksiat!
Berapa ramai puasa, sah puasa tapi hilang pahala puasanya..tak dapat apa2!
“Berapa ramai puasa tapi tak dapat apa2 kecuali lapar & dahaga semata2.”

Target BESAR RAMADHAN. 
 “DILEPASKAN DARI AZAB API NERAKA”
Letakkan banyak lagi tapi jadikan yang ni paling besar..

Kalau boleh masuk syurga- ertinya kamu sudah beriman- sudah naik darjat-
Bagaimana? Belajar dari Israk Mikraj.
Syurga (punya cantik..mata tak pernah tengok, tak pernah dengar, tak pernah bau, tak pernah rasa)
·Umat Nabi yang paling ramai adalah orang2 miskin – jauh lebih ramai dari orang2 kaya
·Jarak orang kaya yang sedikit dengan orang miskin dalam syurga sangat jauh-
jarak selama 40k tahun
Miskin pada pandangan material tidak mengapa –
Doa Nabi:
“Ya Allah jadikanlah aku miskin, matikanlah dalam keadaan miskin, kumpulkan aku dengan orang2 yang miskin”
Nabi pesan:
Jangan hormat orang kaya kerana kekakayaan kerana jika kamu hormat sebab harta,
separuh agama kamu hilang.
Miskin jauh lebih tawadhuk dari orang kaya. Manusia senang jadi sombong sebab senang.
Contoh cuba letak dalam poket 2/3 k, jalan belagak terus.
Nak beli barang –
kaya: ni berapa? 10k? tapau dua.
Miskin: ni berapa? 100? Mahalnya..boleh kurang tak? (lebih tawadhuk)
Kaya- cakap- ketawa- dehem semua lain.

Miskin:
Kamu pakai kasut? Ada ya Allah. Jenama? Croc ..cap pasar malam ya Allah
Televisyen ada? Takde..tengok besen je ya Allah
Kaya: TV berapa inci? Jenama? Astro?120 bayar astro,…berapa derma kat masjid sebulan?
               
-          Ke masjid pernah tengok kereta Ferrari? Dukkati? Biasa di mana? Kelab malam/ tpt2 mewah.
-          Kekayaan banyak tak memberi nilai jika tak disertai iman dengan Allah..nak jadi kaya di dunia tak mengapa, malah digalakkan tapi jangan sampai muflis di akhirat!

Sebut syurga neraka Rasul menangis. Fatimah Tanya kenapa?
Ramai umatku dalam neraka ialah orang perempuan.
Kenapa? Kerana tak boleh jaga 3 benda:
-          Allah
-          Rasul
-          Suami

Allah – nak jaga aurat?
Aurat dengan ipar-duai, jiran tetangga, sepupu-sepapat..
Bagaimana wanita digantung rambut, tulang daging relai kemudian tangkup balik..nampak macam hidup tak hidup dan mati tak mati..
Kenapa aurat wanita banyak dari lelaki?
Aurat dia banyak sebab Allah jadikan ia cantik- LENGAN, TENGKUK, BADAN, SETIAP INCI CANTIK hatta suara pun cantik (sebab itu tidak boleh dilentok2kan)
Atas sebab itu, wanita tidak boleh azan.

Lelaki, tak secantik orang perempuan- betis, lengan, suara kasar.
Bukti- wanita belah kain, cantik…lelaki jalan belah kain..macam tiang jamban..tak selera!

Perkara2 yang puasa tak batal tapi tak dapat pahala puasa..
Puasa tapi tinggal solat -
Puasa tak tutup aurat -

Itulah sebab mengapa Rejab adalah bulan Aqidah..

Manakala Sya’ban bulan ibadah kerana padanya:

Allah jadikan 2 program/ peristiwa besar dalam bulan Sya’ban:

1. Nisfu Sya'ban - biasanya disambut
2. Pertukaran Qiblat – Nabi doa setahun untuk minta tukar Qiblat
(Masjidil Aqsa- Masjidil Haram)

‘Ibrah:
1. DOA 
 (dalam peristiwa pertukaran Qiblat, Nabi doa selama setahun sebelum Allah makbulkan sedangkan Nabi adalah kekasih Allah)
-       Adab doa- Nabi lagi lama doa lagi mengangkat tangannya. Kita?  Semakin lama semakin ke bawah. Malah ada pula yang berdoa “ macam biasa” tapi ini lebih baik dari tak doa langsung. 
Doa adalah otak ibadah – Nabi sebut: Bagaimana kalau otak kita mati?
- Hati-hati/ Jaga-jaga dengan doa orang yang dizalimi- doa ini tiada hijab hatta seorang kafir sekalipun – Doa senjata mukmin. 
- Nabi sebut -Tertolak bala kerana doa – Cth Doa naik kenderaan; mungkin terlepas AES. 
Hujan yang patut turun tapi dengan keberkatan doa boleh tertarik ke atas. Hati2 dengan doa, jangan sampai  orang sebut kita dalam doa kerana kezaliman kita..tapi biarlah orang doakan kita kerana kebaikan kita...
           
2. JANGAN BERTANGGUH BUAT KEBAIKAN
(Apabila turun sahaja perintah menukar qiblat, perintah itu terus dilaksanakan)
- kita banyak kelemahan tapi biar sahaja–
nak tahu, suruh isteri/ suami nilaikan ;- 
"Yang..yang..rasa-rasa abang dapat tak masuk syurga?"
“Susah bang, syurga mcmana Subuh 7.30 bang...Solat Jemaah dengan keluarga Surah yang sama je..balik-balik 3Qul je bang..."

- Kita ada banyak kelemahan tapi suka bertangguh untuk berubah. Bila nak baiki? Ramadhan inilah. Sebab Allah yang jadi fasilitator, susun jadual baru.
Hadis – Allah buka pintu syurga, tutup pintu neraka. 
cth hisap Rokok- masa terbaik berhenti adalah di Bulan Ramadhan.

3. HIDUP JANGAN IKUT KATA ORANG, TAPI KATA SYARIAT 
( kiblat antara Masjidil Aqsa @ Masjidil Haram..banyak pendapat awam)
Cth nilai hantaran – murah sangat orang kata murah, mahal sangat pun orang kata jual anak pula
Periswa Say. Umar dengan anaknya Abdullah B Umar & unta
Kata manusia takkan berhenti sampai mati..maka ikutlah kata Syariat...in syaa Allah selamat!

JADI, KALAU FAHAM SEMUA PERISTIWA2 INI ADALAH PERSIAPAN TERBAIK SEBELUM MEMASUKI GERBANG RAMADHAN...


 Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani - 1 Julai 2013 - 9:30-10:30 pagi @ Surau Al-Muhajirin JAWI

Monday, 1 July 2013

Post Moterm A Day for Syria 29th June 2013

Review from Mrs Shila Razlan:
Versi Bahasa Melayu:

Bismillahirahmanirrahim.
Apa yg ada di sekeliling kita boleh dilihat melalui dua aspek iaitu yg nyata dilihat dengan mata zahir dan yg ghaib dilihat dengan mata hati.

Jika kita lihat gula, mata kasar melihat sejenis hablur berwarna keputihan. Bila diletakkan pada lidah terasalah manisnya. Ketika menikmati kemanisan itu kita seolah-olah memandang jauh kepada sesuatu yg tidak ada di hadapan mata. Kelakuan merenung jauh itu sebenarnya adalah terjemahan kepada perbuatan mata hati memandang kepada hakikat gula iaitu manis. Bagaimana rupa manis tidak dapat diceritakan tetapi mata hati yang melihat kepadanya mengenal bahwa gula adalah manis.

Jika mata zahir melihat sebilah pedang, maka mata hati akan melihat pada tajamnya. Jadi, mata zahir mengenal dan membezakan rupa yg zahir sementara mata hati mengenal dan membezakan hakikat kepada yg zahir. Mata hati yang hanya berfungsi setakat mengenal manis, tajam, pedas dan yg seumpamanya masih dianggap sebagai mata hati yg buta. Mata hati hanya dianggap celik jika ia mampu melihat urusan ketuhanan di sebalik yang nyata dan yang tidak nyata.

#ADayForSyria berjalan dengan lancar, hanya kerana izin Allah - SubhanaAllah Walhamdulillahi WaAllahuakbar.

Sedikit postmortem ringkas sepanjang 24jam yang lepas:

1. Pada mata zahir, kejayaan usaha kerdil ini dipuji2 manusia dan kredit kebanyakannya dituju kepada Shila Razlan, si penganjur. Sesiapa yang mempunyai mata hati yang celik pasti juga memberi tahniah juga kepada setiap insan yang berkorban untuk menjayakan program ini samada dari bentuk infaq harta & infaq tenaga & masa. Pasti juga mereka berterima kasih pada suami saya yang banyak bersabar dengan keadaan rumah yang bersepah, makan lauk cincai & tidur berseorangan - kerana si isteri berjaga malam menyiapkan kerja amal. Pasti juga mereka mengucapkan tahniah & ingin bergambar dengan seorang hamba Allah yang datang dari Kelantan dengan hanya menaiki vespa semata-mata untuk bersama sahabat Syria. Pasti juga mereka ingin 'add friend' dengan seorang kakak yang datang jauh dari Kemaman, membawa pelbagai peralatan untuk anak2 Syria membuat persembahan, walaupun anaknya sendiri baru menjalani pembedahan di hospital sehari sebelum 29hb Jun. Pasti juga mereka ingin berpeluk dengan seorang ibu tua yang membawa periuk berat berisi makanan masakannya, datang menaiki komuter & 2 biji bas untuk ke Bangi. Ibu ini juga hanya mempunyai satu buah pinggang, kerana telah menderma satu kepada anaknya yang sakit. AllahuAkbar.

2. Pada mata zahir, kelihatan seperti hanya beberapa orang yang penat berlari ke sana ke mari menguruskan perjalanan majlis lalu merasakan mereka ini hebat. Tapi kepada yang mempunyai mata hati, pasti terlihat seorang anak gadis kurang upaya, berpeluh2 di bawah matahari, menolong bapa seorang pemandu teksi, menjual air minuman dimana semua wang modal & keuntungan disedeqahkan untuk Syria. Mereka ini jauh lebih hebat - kalau adik itu punyai kemampuan, mungkin dia lari jauh lebih hebat daripada saya untuk menjayakan majlis.

3. Pada mata zahir, kelihatan seperti saya mempunyai ramai kenalan kerana majlis ini dijayakan secara sukarela. Namun mata hati pasti tahu, yang hanya 10% daripada kakitangan sukarelawan adalah sahabat yang saya kenal bertahun2. Yang lain, semuanya 'strangers' yang datang menyahut seruan Allah untuk menolong saudara seIslam. 90% daripada my so-called friends yang saya kenal bertahun-tahun; sering beralasan dengan samada 'not me', 'not now', or 'not my problem' dan buat2 tak nampak dengan status A Day For Syria saya sepanjang sebulan yang lalu. Wallahi, saya tak kecil hati. It's your loss not mine. I am truly sorry for you.

Pada mata zahir, kelihatan seperti saya yang banyak 'berkorban' untuk orang Syria di Malaysia. Namun sayalah manusia yang paling banyak menerima di sepanjang persiapan untuk majlis ini. Terima Kasih Allah atas didikan ini.




English version:


What’s happening all around us can be seen in two aspects, namely the visible can be seen by the ‘zahir eyes’ or naked eyes and the unseen can only be seen and felt by the ‘hidden eyes’.

If we look at sugar, to the naked eye look kind of whitish crystals. When placed on the tongue we taste its sweetness. Enjoying its sweetness is like looking far beyond what the naked eyes can see. We cannot describe sweetness by word, yet our inner eyes can ‘see’ sweetness when we see sugar.

Naked eyes will see a sword, but the inner eyes can see its sharpness. Hence, naked eyes see and recognize physical appearance, while inner eyes see the truth behind the physical appearances. Though we can recognize sweet, sharp, spicy, with our inner eyes, they are still blind unless we learn to see the Creator’s greatness and blessings behind what is visible & invisible to the eyes.

#ADayforSyria run smoothly, with Allah’s permission - SubhanaAllah Walhamdulillahi WaAllahuakbar.

A brief postmortem over the past 24 hours:

1. To the naked eyes, people will see the success of this program and give credit to the team and especially Shila Razlan, the organizer. But if they have clear vision of their inner eyes, they would also congratulate everyone who has contributed their wealth, energy & time. They would also thanking my husband for putting up with a messy home, lousy meal & countless nights sleeping alone cause the wife busy preparing for the big day. For sure they would also want to take photo with a brother who came all the way from Kelantan, riding his vespa motorcycle for over 400km just to spend time with Syrian families. They would also eager to 'add friend' with a sister who came all the way from Kemaman, carrying various equipment for the Syrians children to perform, despite her own son just had a surgery at the hospital a day before June 29th. They would also want to hug and shake hands with an elderly mother, who came carrying a heavy load of delicious home cooked meal by a commuter & 2 busses ride to Bangi. This mother also has only one kidney left, as she had donated one to her sick son. Allahu akbar.

2. To the naked eyes, looks like only a handful of people tirelessly running here and there ensuring the success of the program. But keen inner eyes will spot a girl on a wheelchair, sweating under the hot sun, helping out her taxi driver father, selling drinks and donated all proceeds (including capital) to Syria. This family is far superior in spirit - if only the girl has the ability to walk, she’d run faster than I did for Syria.

3. To the naked eyes, it seems that I had a battalion of friends who were willing to work for my cause voluntarily. Yet the fact is only 10% of the volunteer staffs are my longtime friends. The rests were all strangers who responded to the call of God to help brothers in Islam. 90% of my so called longtime friends; often responded with either 'not me', 'not now', or 'not my problem' and pretended not to notice my constant status update about A Day For Syria since over a month ago. Wallahi, I'm not offended. It's your loss not mine. I am truly sorry for you.

To the naked eyes, it seems like I sacrificed a lot for my Syrian friends in Malaysia. But the fact is I was the one who gained the most from this experience. Thank you oh Allah for educating me thru this experience.


Fakir illa Rabbi,
Shila Razlan #adayaforsyria
A Day For Syria | 29 June 2013 | 20 Sya'aban 1434H


Related videos:
http://www.youtube.com/watch?v=MDdeamF7L18&feature=youtu.be

EARNINGS OF THE DAY

It was a one of a kind 'from the people-for the people-by the people' project with no corporate sponsorship or celebrity appearances. A shining example of Allah's infinite rahmah. Together, we definitely can biiznillah.
To ALL who are behind this, my standing ovation to you and your family along with my doa of Allah's continuous blessings for your dunya & akhirah. May Allah repay your sacrifice with Jannah, ameen.




PICTURE GALLERY : -
GAMES of the day

Shoot the ball
Deco Cup Cake




 


 



 




 


 

 

For Auction/ Charity sale:

 



 


 



 


 




 

The buyer

 

 


Performances:





 


 

 FORUM:




Busy buying tokens & redeem the prizes..

 



 

FOODS OF THE DAY



Album from:
https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.497757816960555&type=1

My Kids really enjoy..alhamdulillah..

 


 


 


Thanks Allah..
On this very day, we feel so happy...
May our Syrian friend feel the same too..
Besides Du'a, this is the least that we can possibly do...