Tuesday, 9 July 2013

Kisah Sedih dari Usrah Nurani IKIM 05072013

Sungguh tersentuh dengan 2 kisah ini dalam slot usrah nurani di Ikim fm petang tadi;
Kisah 1:
Walaupun sudah mendengar kisah ini sebelum ini namun tetap tersentuh. Dalam 1 rancangan tv timur tengah, seorang syeikh di Mekah ketika menyampaikan kelebihan iftar & sahur, juadah yang afdhal dalam Ramadhan ditanyakan soalan dari seorang pemanggil dari Somalia: "Apakah hukumnya jika kami berpuasa tapi tidak berbuka...malah...kami juga tidak bersahur. Bukan kerana tidak mahu, tapi tiada apa yang hendak dimakan!"
Syeikh itu terus terdiam & tidak dapat menjawab soalan kerana menangis teresak2!.

Kisah sahabat kepada Heliza Helmi yang diceritakan kepada Ustaz Zul
Ramli.

Kisah 2:
Sahabat ini yang merupakan pelajar IPT mendapat bantuan pinjaman, namun setelah ditolak segala keperluan, bakinya diserahkan hampir kesemuanya kepada ibunya di kampung. Setiap pagi sahabat ini akan membeli 1polisterin nasi bungkus..yang dibahagi kepada 3 bahagian:
1/3 untuk sarapan,
1/3 untuk makan tengahari, 1/3 untuk makan malam. Pernah satu ketika polisterinnya ini dibuang kerana disangka saki baki makanan sedangkan sahabat ini masih belum menjamah makan tengahari & malamnya. Bila ada yang ingin belanja di kedai beliau menolak. Katanya berilah duit belanja itu (cth rm30) untuk membeli barang basah untuk beliau masak. Dengan cara ini akan lebih jimat, kita akan guna dalam rm25 shj, rm5 bakinya boleh didermakan pada tabung Syria..Gaza..Rohingya atau sebagainya.
Allah ya Allah!!..pelajar mulia yang mencatu makanannya ini masih ingat pada orang2 yang lebih susah sedangkan kita??!!

Masih sampai hatikah kita membiarkan makanan yang kita makan masih bersisa?
Sudah membayangkan apa yang ingin dimasak dibeli di pasar Ramadhan? Buffet2 Ramadhan kita sudah survey yang mana paling istimewa?
Dengan penuh selamba meng'upload' pula gambar pelbagai juadah di dinding Fb kita?
Sedangkan pada masa yang sama terlalu ramai sahabat2 kita di luar sana yang Ramadhan atau tidak sama sahaja bagi mereka...

No comments:

Post a Comment