Thursday, 4 July 2013

Ceramah Ambang Ramadhan- Ustaz Ahmad Dasuki-1 Julai 2013 @ Surau Al-Muhajirin JAWI


Doa Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab –
Diulang-ulang berkali-kali setiap tahun


“Ya Allah berkatilah aku dengan bulan Rejab, bulan Sya’ban, panjangkanlah usiaku untuk sempat masuk bulan Ramadhan”
Kalau ditakdirkan mati untuk kita, biarlah sehingga sempat untuk berjumpa Ramadhan..

Kita pula? Sempat tak raya- sibuk tempah baju, kuih & sebagainya..

Dalam doa ini, para ulama' menggariskan beberapa perkara penting:

1.KEBERKATAN
- Rejab, Syaban & Ramadhan penuh keberkatan – 3 bulan penuh keberkatan
- Berkat ini apa?  Biasa apabila menjawab salam- waalaikumussalam wrt wabarakatuh (diberkati)
Ulama' definisikan berkat dalam bahasa mudah:- Sesuatu yang sedikit dirasakan banyak..
Tanda berkat- hidup dalam keadaan sempit, tapi bahagia..
Tanda tidak berkat?
- rumah besar tapi rasa sempit, kereta kecil tapi bahagia
Keberkatan adalah anugerah yang Allah beri, tidak dapat kita beli, hanya Allah yang berkuasa memberikan keberkatan..
2. PERKARA BESAR BERLAKU DALAM KE3-3 BULAN INI

- Kalau buat kajian, tidak ada doa lain yang Rasulullah sebut 3bulan serentak seperti dalam doa ini
-Rasulullah nak tunjuk betapa besarnya nilai Ramadhan yang Allah kurniakan sebagai HADIAH kepada umat Nabi/ Allah nak tunjuk sayangNya Rahman war RaheemNya. Memandangkan usia umat Muhammad tidak sepanjang umat terdahulu.
seperti dalam kitab, Nabi Adam- umur 1k lebih, Nabi Ibrahim akil baligh pada usia 120tahun.
Tapi Umat Muhammad, Allah pendekkan: “umur umatku antara 60-70 thn”
Sahabat: Bagaimana nak tandingi amalan umat2 yang hidup lama?
Nabi: Allah jadikan Ramadhan- (yang tidak dikenali sebelum ini)
Sebelum kedatangan Nabi:
12 bulan – 4 bln haram:- muharram, zulkaedah, zulhijjah, rejab
Ramadhan tidak dikenali. 
Bila popular? Bila datangnya Nabi Muhammad- sebagai hadiah Allah pada umat Nabi.
Bagaimana bentuk hadiah tu?
Malam Lailatul Qadar – lebih baik dari 1000 bulan
1mlm dapat= 83 tahun usia
10x alQadr= 830 tahun
20x alQadr= 1600 tahun lebih
Hidup singkat tapi amalan banyak..

3.       REJAB &SYA’BAN BULAN PERSIAPAN RAMADHAN
-          Sebelum Ramadhan, Allah jadikan Rejab & Sya’ban sbg bulan persiapan menemui Ramadhan
Oleh kerana Ramadhan bulan yang besar/ pesta/ pertandingan/ perlumbaan (lumba buat pahala)
-          contoh masuk pertandingan/perlumbaan, perlu buat persiapan – lumba dapat apa?
Pahala – berapa? Hanya aku yang akan bagi pahala “asumuni wa ana ajzi bih"
Solat, haji, ada ganjaran yang ditetapkan, puasa tidak...hanya Allah yang tahu ganjarannya..
-      Persiapan ini perlu supaya tak berlaku kejutan
o  Tak pernah baca AlQuran- REJAB &SYA’BAN mula baca supaya Ramadhan x terkejut dengar orang baca AlQuran lama
o  Tak pernah ke masjid/surau- REJAB &SYA’BAN mula pergi supaya Ramadhan masjid/surau x terkejut tengok yang tak pernah datang (tapi biasanya awal Ramadhan je semangat, akhir2?)
o  Tak pernah sedekah- REJAB &SYA’BAN mula sedekah supaya Ramadhan jadi pemurah
o Tak pernah dengar kuliyah/tazkirah - bersedia dengar supaya Ramadhan bersedia dengar banyak tazkirah/surau

-          REJAB - bulan latihan AQIDAH – melalui program kelengkapan aqidah “Israk Mikraj” untuk melahirkan keyakinan bahawa hidup ini tak bernilai dengan harta, pangkat, jawatan, bangsa tetapi bernilai apabila anda sudah beragama!

Nilai Harta? (Wang? Saham? Emas?)
Jika dinilai dengan harta nescaya Qarun  jauh lebih bernilai (bawa anak kunci Qarun 400 ekor kuda) – bagaimana hukumannya? Allah tenggelamkannya 70 hasta – naik sahaja matahari, tenggelam lagi. Kita pula buat program Cari Harta Karun..?;)

Nilai Pangkat?   (CEO? KP? Manager?)
Tak payah kejar kerana tiada nilai pada Allah.
Cth Firaun mengaku pangkat paling tinggi – "ana rabbukumul a'la" - Firaun mengaku Tuhan sampai syaitan pun terkejut “aku pun tak sampai macam tu”..
Hidupnya bukan setakat tak pernah sakit, tapi menguap pun tak pernah!
Besar pangkatnya tapi bagaimana Allah hukumnya?
Hidup menzalimi & mati pun menzalimi (nak tengok mumia dia pun kena bayar.)

Nilai Bangsa?
Melayu? Arab lagi rasa mulia? Mana hebat dengan Bani Israel?
“Aku lebihkan kamu lebih dari orang lain di atas dunia”
Kemuncak- dilaknat  kerana melampau dan selalu melakukan maksiat.
Jadi bila hidup mulia?
Memahami Israk Mikraj sangat penting sebelum masuk Ramadhan. 
Kalau tak faham tentang Israk Mikraj ini TAK LAYAK kita berada dalam bulan RAMADHAN!
Sebab apa?
Puasa tapi tak solat!
Puasa tapi mengumpat!
Puasa tapi tak tutup aurat!
Puasa tapi buat maksiat!
Berapa ramai puasa, sah puasa tapi hilang pahala puasanya..tak dapat apa2!
“Berapa ramai puasa tapi tak dapat apa2 kecuali lapar & dahaga semata2.”

Target BESAR RAMADHAN. 
 “DILEPASKAN DARI AZAB API NERAKA”
Letakkan banyak lagi tapi jadikan yang ni paling besar..

Kalau boleh masuk syurga- ertinya kamu sudah beriman- sudah naik darjat-
Bagaimana? Belajar dari Israk Mikraj.
Syurga (punya cantik..mata tak pernah tengok, tak pernah dengar, tak pernah bau, tak pernah rasa)
·Umat Nabi yang paling ramai adalah orang2 miskin – jauh lebih ramai dari orang2 kaya
·Jarak orang kaya yang sedikit dengan orang miskin dalam syurga sangat jauh-
jarak selama 40k tahun
Miskin pada pandangan material tidak mengapa –
Doa Nabi:
“Ya Allah jadikanlah aku miskin, matikanlah dalam keadaan miskin, kumpulkan aku dengan orang2 yang miskin”
Nabi pesan:
Jangan hormat orang kaya kerana kekakayaan kerana jika kamu hormat sebab harta,
separuh agama kamu hilang.
Miskin jauh lebih tawadhuk dari orang kaya. Manusia senang jadi sombong sebab senang.
Contoh cuba letak dalam poket 2/3 k, jalan belagak terus.
Nak beli barang –
kaya: ni berapa? 10k? tapau dua.
Miskin: ni berapa? 100? Mahalnya..boleh kurang tak? (lebih tawadhuk)
Kaya- cakap- ketawa- dehem semua lain.

Miskin:
Kamu pakai kasut? Ada ya Allah. Jenama? Croc ..cap pasar malam ya Allah
Televisyen ada? Takde..tengok besen je ya Allah
Kaya: TV berapa inci? Jenama? Astro?120 bayar astro,…berapa derma kat masjid sebulan?
               
-          Ke masjid pernah tengok kereta Ferrari? Dukkati? Biasa di mana? Kelab malam/ tpt2 mewah.
-          Kekayaan banyak tak memberi nilai jika tak disertai iman dengan Allah..nak jadi kaya di dunia tak mengapa, malah digalakkan tapi jangan sampai muflis di akhirat!

Sebut syurga neraka Rasul menangis. Fatimah Tanya kenapa?
Ramai umatku dalam neraka ialah orang perempuan.
Kenapa? Kerana tak boleh jaga 3 benda:
-          Allah
-          Rasul
-          Suami

Allah – nak jaga aurat?
Aurat dengan ipar-duai, jiran tetangga, sepupu-sepapat..
Bagaimana wanita digantung rambut, tulang daging relai kemudian tangkup balik..nampak macam hidup tak hidup dan mati tak mati..
Kenapa aurat wanita banyak dari lelaki?
Aurat dia banyak sebab Allah jadikan ia cantik- LENGAN, TENGKUK, BADAN, SETIAP INCI CANTIK hatta suara pun cantik (sebab itu tidak boleh dilentok2kan)
Atas sebab itu, wanita tidak boleh azan.

Lelaki, tak secantik orang perempuan- betis, lengan, suara kasar.
Bukti- wanita belah kain, cantik…lelaki jalan belah kain..macam tiang jamban..tak selera!

Perkara2 yang puasa tak batal tapi tak dapat pahala puasa..
Puasa tapi tinggal solat -
Puasa tak tutup aurat -

Itulah sebab mengapa Rejab adalah bulan Aqidah..

Manakala Sya’ban bulan ibadah kerana padanya:

Allah jadikan 2 program/ peristiwa besar dalam bulan Sya’ban:

1. Nisfu Sya'ban - biasanya disambut
2. Pertukaran Qiblat – Nabi doa setahun untuk minta tukar Qiblat
(Masjidil Aqsa- Masjidil Haram)

‘Ibrah:
1. DOA 
 (dalam peristiwa pertukaran Qiblat, Nabi doa selama setahun sebelum Allah makbulkan sedangkan Nabi adalah kekasih Allah)
-       Adab doa- Nabi lagi lama doa lagi mengangkat tangannya. Kita?  Semakin lama semakin ke bawah. Malah ada pula yang berdoa “ macam biasa” tapi ini lebih baik dari tak doa langsung. 
Doa adalah otak ibadah – Nabi sebut: Bagaimana kalau otak kita mati?
- Hati-hati/ Jaga-jaga dengan doa orang yang dizalimi- doa ini tiada hijab hatta seorang kafir sekalipun – Doa senjata mukmin. 
- Nabi sebut -Tertolak bala kerana doa – Cth Doa naik kenderaan; mungkin terlepas AES. 
Hujan yang patut turun tapi dengan keberkatan doa boleh tertarik ke atas. Hati2 dengan doa, jangan sampai  orang sebut kita dalam doa kerana kezaliman kita..tapi biarlah orang doakan kita kerana kebaikan kita...
           
2. JANGAN BERTANGGUH BUAT KEBAIKAN
(Apabila turun sahaja perintah menukar qiblat, perintah itu terus dilaksanakan)
- kita banyak kelemahan tapi biar sahaja–
nak tahu, suruh isteri/ suami nilaikan ;- 
"Yang..yang..rasa-rasa abang dapat tak masuk syurga?"
“Susah bang, syurga mcmana Subuh 7.30 bang...Solat Jemaah dengan keluarga Surah yang sama je..balik-balik 3Qul je bang..."

- Kita ada banyak kelemahan tapi suka bertangguh untuk berubah. Bila nak baiki? Ramadhan inilah. Sebab Allah yang jadi fasilitator, susun jadual baru.
Hadis – Allah buka pintu syurga, tutup pintu neraka. 
cth hisap Rokok- masa terbaik berhenti adalah di Bulan Ramadhan.

3. HIDUP JANGAN IKUT KATA ORANG, TAPI KATA SYARIAT 
( kiblat antara Masjidil Aqsa @ Masjidil Haram..banyak pendapat awam)
Cth nilai hantaran – murah sangat orang kata murah, mahal sangat pun orang kata jual anak pula
Periswa Say. Umar dengan anaknya Abdullah B Umar & unta
Kata manusia takkan berhenti sampai mati..maka ikutlah kata Syariat...in syaa Allah selamat!

JADI, KALAU FAHAM SEMUA PERISTIWA2 INI ADALAH PERSIAPAN TERBAIK SEBELUM MEMASUKI GERBANG RAMADHAN...


 Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani - 1 Julai 2013 - 9:30-10:30 pagi @ Surau Al-Muhajirin JAWI

No comments:

Post a Comment