Tuesday, 9 July 2013

Forum Penghayatan Ramadhan Kekuatan Jasmani & Rohani - 040713

Antara Perkongsian: "Puasa dari aspek kekuatan Jasmani:-

Kita mungkin sudah tahu yang puasa dari segi kesitanan mampu:
1. Mengurangkan lemak
2. Mengurangkan tekanan darah
3. Mengurangkan paras kolestrol
4. Mengurangkan kandungan gula dalam darah.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa puasa juga mampu:

5. Meransang hormon ketumbuhan @ 'growth hormon'
Puasa akan mengurangkan kandungan glukos dalam darah. Oleh yang demikian, kanak-kanak yang berpuasa akan menyebabkan hormon ini lebih aktif & mempengaruhi tumbesaran mereka! Manakala yang dewasa pula akan menjadikan mereka lebih sihat, lebih ceria, lebih segar dan awet muda!!

Bertepatan dengan Hadis Rasulullah SAW "Berpuasalah nescaya kamu akan sihat"..
Segala manfaat di atas tidak akan kita perolehi jika sekadar puasa tapi banyak tidur.
Rehat & tidurlah sekadar yang perlu (Qailulah) kerana tidur yang banyak bermakna Innalillah..:)
Usah sesekali kita besarkan tidur kerana kita pasti akan "TIDUR BANYAK & LAMA"
bila sampai masanya nanti.."

Forum Penghayatan Ramadhan Kekuatan Jasmani & Rohani 040713-9.30-11.30am @  

Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur



Dapatan ini adalah hasil kajian saintifik di kalangan pakar perubatan.

Ia sesekali tidak boleh dijadikan matlamat utama untuk kita berpuasa:-

"Aku nak puasa..sebab nak kurus..nak sihat..nak nampak sweet 17 & sebagainya"
kerana jika ini dijadikan tujuan, maka hanya sekadar inilah yang kita dapat...(di dunia)

Namun jika berpuasa kerana memenuhi tuntutan perintah Allah SWT & untuk mendapat redhoNya..Maka, in syaa Allah ganjaran pahala, maghfirah & rahmah dari Allahlah yang bakal kita kecapi...
Sihat di dunia & Bahagia di akhirat! Betul tak??? ;)

No comments:

Post a Comment