Sebelum ceramah Ramadhan di sini tadi, sempat menembual 2 kanak-kanak ini...
yang besar ini bukan main semangat bercerita tentang si kecil di
sebelahnya yang teruk didera oleh ayahnya sejak kecil, ibu pula telah
meninggal dunia. Banyak luka & parut yang masih jelas kelihatan.
Dalam takut-takut akhirnya si kecil bersuara "mak saya baik, ayah jahat"...Allahuakbar!
Saya: Sedap tak makanan kat sini?
yang besar: Tak best..ibu masak lagi best!
Terdengar pula suara bayi menangis bersilih ganti..lalu mengintai
sekejap di bilik nursery..ya Allah! ramainya baby...masing-masing dalam
baby cot..melihat & mendengar dari jauh sebahagian dari mereka
sahaja terasa seperti ada empangan air mata yang ingin pecah..tidak
terdaya untuk melangkah ke dalam...
Kenapa mereka di sini?
Bukankah masing-masing sepatutnya berada bersama ibubapa kandung mereka?
Disentuh..dibelai..disusukan..diberi makan hasil air tangan ibu
sendiri?
Ya, mungkin ada yang lahir tanpa ibu & ayah, itu sudah takdirNya.
Jika faktor kemiskinan menghimpit, itu masih boleh diterima.
Tapi bagaimana pula yang masih ada ibu..ada ayah yang mampu tapi
mempersia-siakan nasib khalifah2 kecil amanah Allah ini sedemikian rupa?
Si kecil yang sepatutnya dibelai tapi ditibai..
Si comel yang sewajarnya dicium dipeluk tapi ditumbuk..
Si naif yang tidak tahu apa-apa dibelasah semahu-mahunya!
Allah ya Allah!!!
Hargailah insan-insan qurrata a'yun (penyejuk mata) pinjaman Allah sementara kita di dunia..
Perihalah & laksanakan hak-hak mereka..
sebelum mereka menuntutnya di Sana..
Mungkin melalui merekalah kita bakal menjadi penghuni SYURGA...alhamdulillah..
Jangan biarkan dosa kita kepada mereka yang bakal menghumban kita ke NERAKA...wal'yazubillah!
No comments:
Post a Comment