Tuesday, 9 July 2013

Usrah Fitrah 8 Julai 2013

4 perkara sebelum Ramadhan

1- Bertaubat
Mohon keampunan Allah
Nur diperolehi dari taubat. Kesan setiap perkara ada nur, mudah melakukan kebaikan selepas itu.
"Orang bertaubat itu kekasih Allah"

2- Bebas dari hak Allah dan manusia.
- Contoh ganti puasa, zakat harta.
- Pulangkan hutang saudara.
- Mohon maaf pada persekitaran (saudara dan sahabat2) di atas kesilapan yang dilakukan.
- "Siapa ada bawa bebanan (kesilapan) pada saudaranya ianya akan beri kesan ke akhira, segala dosa akan digantikan dengan pahalanya dan jika tiada pahala, dosa orang yang dizalimi akan diberikan kepadanya semula"

3- Rungkaikan dari tambatan dunia
- Jangan korban syafaat Ramadhan dengan aktiviti dunia.
- Perbanyakkan amal soleh, jauh dari tuntutan dunia.

4- Mujahadah beribadah
- Melawan nafsu
- Paksa diri untuk kekal dalam ibadah
- Al Ankabut-69
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

*Tips istiqomah 40 kali (perbuatan yang baik- solat jemaah, majlis ilmu, puasa sunat) in shaa Allah akan berterusan menjadi amalan/budaya harian.

No comments:

Post a Comment