Monday 13 October 2014

MIMPI & SELAWAT

Pemuda: Ustaz, saya bermimpi. Dalam mimpi tersebut, saya berhadapan dengan seorang lelaki yang sangat tinggi berjubah putih. Apabila tangan beliau memegang saya, tiba-tiba saya merasakan seperti berada melayang-layang, antara langit & bumi.

Lalu, dalam masa 1-2 saat sahaja, saya dengan tiba-tiba dicampakkan rasa NIKMAT yang sungguh indah!!!. Ia amat menenangkan, setenang-tenangnya. Terlalu hebat perasaan itu hingga tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata & tidak mampu dibeli dengan apa sahaja nilai yang ada di dunia ! Tidak pernah saya rasakan sebelum ini. Ustaz....saya nak tahu apakah maksud mimpi saya itu?

Ustaz: Allah ya Allah. Alhamdulillah. Mungkin awak direzekikan Allah merasai sebahagian kecil dari nikmat syurga. Boleh saya tahu, apa amalan awak?

Pemuda: Saya tak pasti ustaz. Solat saya biasa-biasa sahaja. Cuma yang paling saya suka buat ialah BERSELAWAT.

Ustaz Wan Sohor Bani Leman - Azzikraa 8 Ogos 2014 - 97.2mhz Klfm-Rentak Interaktif Kota Klfm Agama Hj Manan Selamat


-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Subhanallah! Ia mungkin sekadar mimpi seorang yang biasa. Tetapi tidakkah ia memberi motivasi yang luar biasa?

Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana selawat umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku.” (Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad shahih)

~~ Ayuh gandakan Selawat
~~ Bacalah Surah Al-Kahfi

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat.” (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

~~ Berdoalah

“Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta’ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan.” Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5 comments:

  1. Salam ustaz saya bermimpi milihat orang membaca al fatihah dalam solat berjemaah...apa mknanya

    ReplyDelete
  2. Salam ustaz saya bermimpi milihat orang membaca al fatihah dalam solat berjemaah...apa mknanya

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan...saya pernah bermimpi datang Ke 1 majlis...majlis selawat..Dan jemaah sedang menunggu saya...majlis tersebut di letaknya kelihatan depan pintu masjid yang kubahnye memenuhi ruang langit ...umpama langit ITU berbentuk kubah berwarna biru Dan bercahaya...lalu saya duduk utk memulakn selawat saya trus trsedar Dari tidur..jam 4.30pagi....lalu saya trus bersiap utk solat subuh Ke Surau...mimpi ITU beri perasaan yg gembira setelah bangun...apakah itu

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan...saya pernah bermimpi datang Ke 1 majlis...majlis selawat..Dan jemaah sedang menunggu saya...majlis tersebut di letaknya kelihatan depan pintu masjid yang kubahnye memenuhi ruang langit ...umpama langit ITU berbentuk kubah berwarna biru Dan bercahaya...lalu saya duduk utk memulakn selawat saya trus trsedar Dari tidur..jam 4.30pagi....lalu saya trus bersiap utk solat subuh Ke Surau...mimpi ITU beri perasaan yg gembira setelah bangun...apakah itu

    ReplyDelete
  5. ASSALAMUALAIKUM USTAZ TABAKARALLAH ALLAHU ALLAH MAHA BESAR , TIDAK ADA DAYA UPAYA MELAINKAN KETENTUAN ALLAH... HARI INI HARI MAULIDUR RASUL.. MALAM TADI SAYA BERMIMPI BERSELAWAT ,DALAM MIMPI ITU SAYA SEDANG TIDUR SAMBIL BERSELAWAT SAYANG BARING DI KAWASAN YANG LAPANG SAYA MERASAKAN SESEORANG DATANG MELIHAT SAYA SEWAKTU ITU SAYA SEDANG BERSELAWAT...WAKTU ITU SAYA RASA TENANG SANGAT TERKATA...MEMANG SEKEJAP 5 MINIT LEBIH KURANG MIMPI ITU.. SAYA TERSEDAR SAMBIL SELAWAT..SAYA MENANGIS JE RINDU RASULLUAH...SAYA BUKAN ORANG YANG BAIK-BAIK.APAKAH ADA MAKSUD YANG SAYA TIDAK TAHU...SEMOGA USTAZ BOLEH MENJAWAP TEKA TEKI SAYA BERMAIN DI KEPALA..

    ReplyDelete