Friday, 25 October 2013

Adab menyambut jemaah balik haji - Ustaz Harryanto Rizal Rokman @ Tv Alhijrah

Di musim para jemaah sudah mula pulang ke tanahair, moga perkongsian ini dapat menjadi 'buah tangan' yang dapat dimanfaatkan, in syaa Allah.

# Kita menyambut orang balik Mekah atau turun kapal terbang?

# Kalau yang pergi haji, sebelum pergi huru-hara sifatnya, balik pun kita sambut dia dengan anggapan dia masih huru-hara??...'assalammualaikum bro..!'

# Wujudkan suasana / envi ronment sesuai dengan 'cuaca' orang yang balik haji...
Kepulangan mereka tidak sama dengan orang yang balik dari mana2 tempat pun di dunia kerana mereka tidak membawa apa pun kecuali rahmat & barakah dari Allah SWT ...

Adab menyambut jemaah balik haji...:-

Wednesday, 16 October 2013

Perkongsian Seminar Fiqh Ibubapa Mithali


















SLOT 1: TANGGUNGJAWAB HAKIKI IBU BAPA
Oleh Ustaz Pahrol Mohammad Juoi - Fitrah Perkasa Sdn Bhd

1. Tugas Ibubapa Profesional3e - Efektif, Efisyen, Etika

PhotoMUKMIN            : Sabar, Lemah lembut, Penyayang, Sederhana
PROFESIONAL  : Komunikasi, Mengenalpasti Masalah, Pendengar yang baik, Tahu Prioriti

2. Pemimpin Rumahtangga
Zahir: Kelengkapan infrastruktur dalam menyara keluarga
Batin: Mendidik dan memimpin anak2 dengan ilmu


3. Trilogi Cinta dalam Rumahtangga
1. Cinta suami pada Allah dalam mendidik isteri
2. Jika diperintah untuk menyembah manusia, nescaya diperintahkan isteri menyembah suaminya
3. Dalam hadis disebut ibu 3x, ayah 1x.

Menurut Imam alGhazali:
"Ibu/isteri perlu agungkan/besarkan suami di depan anak-anak"
Justeru suami perlu buktikan pernyataan ini dengan:
1. Menjadi benar2 agung (cth: bangun Subuh paling awal dari semua ahli keluarga bukan sebaliknya)
2. Suami/ayah perlu ditakuti tapi pada masa yang sama perlu disayangi


Monday, 14 October 2013

Konvensyen Bidadari 2013

Photo: Layari www.thebidadari.com untuk pendaftaran.

Jika sukar membuat pendaftaran dan pembayaran online, (mungkin kesesakan web berlaku hari terakhir ini)

Emailkan:

1. NAMA PESERTA 
2. EMAIL YANG VALID SETIAP PESERTA (JIKA LEBIH DARI SEORANG)
3. BIL PESERTA
4. NO TEL PESERTA
5. JUMLAH BAYARAN
6. BUKTI PEMBAYARAN

ke: bidadari@imuslim.my

No. A/C Maybank
5624 7814 0650 (IMUSLIM MEDIA)
Wanita adalah Madrasah Awal bagi mengembalikan kegemilangan Ummah.

Didikan anak bermula dari didikan diri sendiri.

www.thebidadari.com

Sifat Dermawan Dekat Dengan Allah: Gandaan 7000 kali ganda

Keuntungan Gandaan 700 Kali Ganda
[Sumber Facebook iMuslim]
[Sifat Dermawan Dekat Dengan Allah]

Sahabat yang dimuliakan,

Seorang ulama salaf, Ibnu Amir telah membeli sebuah rumah berharga 90,000 dirham. Suatu malam ketika meninjau sekitar kediaman yang baru dibelinya itu, dia terdengar tangisan orang-orang yang tinggal tidak jauh dari situ. Ibnu Amir bertanya lalu diberitahu bahawa orang-orang itu sedih dan menangisi rumah baru yang dijual mereka.

Tahulah dia bahawa mereka merupakan penghuni asal rumah berkenaan. Ibnu Amir lantas mengarahkan pembantunya agar menyampaikan pesanan kepada penghuni itu bahawa wang yang telah diberikan dan rumah yang telah dibeli itu akan dihadiahkan semula kepada penghuni asal berkenaan.

Lelaki Kuat Vs Lelaki Superhero!

Lelaki Kuat Vs Lelaki Superhero!

[Kebaikan dan Keutamaan Solat Subuh dan Asar Berjemaah.]
Sumber dari Fb IMuslim Media
Photo: [Kebaikan dan Keutamaan Solat Subuh dan Asar Berjemaah.]

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu daripada rukun Islam adalah mengerjakan solat lima waktu . Sesiapa yang meninggalkan solat lima waktu yang diwajibkan dengan sengaja tanpa uzur syraie adalah berdosa besar kerana solat adalah tiang agama.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.”

Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :“ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu” 

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang.” (Surah Al Mudathsir ayat 42 - 43) 

Nabi s.a.w.bersabda maksudnya : "Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: “Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain."

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda maksudnya : ” Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar”. (Hadis Riwayat Al-Hakim)

Sahabat yang dimuliakan,

Diantara solat yg sering diluputkan waktunya atau yg sering tertinggal kerana kesibukan manusia adalah dua, iaitu solat subuh dan solat 'asar.

Di dalam as-Sunnah, Rasulallah s.a.w.memberitahu kita bahawa para malaikat yg mencatit amalan manusia seharian ada dua giliran, iaitu ketika masuk waktu subuh dan ketika masuk waktu 'asar. Malaikat malam yg mula bertugas waktu 'asar kelmarin akan naik ke langit menyampaikan lapuran kegiatan hamabNya ketika sampai waktu subuh, dan ketika masuk waktu subuh itu juga malaikat yg bertugas siang akan mulakan tugas mereka dan mereka akan naik ke langit menyanpaikan lapuran kepada Allah s.w.t. ketika masuk waktu 'asar. Justeru itulah di dalam al-Quran disebutkan bahawa solat subuh dan solat 'asar itu 'dipersaksikan'. Kenapakah solat subuh dan solat ‘asar itu mudah diabaikan atau tertinggal?

Solat subuh itu adalah pada waktu pagi hari ketika manusia sedang tidur nyenyak, manakala solat asar itu pula adalah ketika manusia sebuk dengan pelbagai dan anikaragam urusan harian mereka. Tambahan pula waktu solat subuh dan asar itu begitu pendek pula.

Oleh yang demikian amat sukar bagi manusia mengerjakannya melainkan sudah menjadi kelaziman atau perbuatan tabi’i seseorang itu bahawa dia tetap dengan solat fardunya.

Maka dengan itulah mengikut sepotong hadis, Rasulallah s.a.w. memberitahu kita bahawa yang membezakan antara orang Islam yang beriman dan yang munfaiq (yakni, Islam secara berpura-pura) adalah perlakuan mereka terhadap kedua-dua solat tersebut. Yang meninggalkan atau melambatkan kedua-dua solat adalah seorang yang ada pada dirinya sifat munafiq.

Di dalam hadis berikut dijelaskan mengapa pentingnya kedua-dua solat tersebut:

Diriwayatkan hadis daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulallah s.a.w. bersabda maksudnya : "Saling bertukar ganti (yakni, bertukar syif malaikat siang dan malaikat malam) dikalangan kamu sekelian para malaikat dengan malam dan dengan siang, dan berkumpul (kedua-dua kumpulan malaikat) di dalam solat fajar (subuh) dan solat ‘asar. Kemudian keluar mereka bermalam di kalangan kamu, maka ditanya pada mereka (oleh Allah s.w.t.) dan Dia adalah Zat yang Maha Mengetahui tentang mereka: ‘Bagaimana meninggalkan kamu akan hamba-hambaku?’ Maka berkata mereka: ‘Kami meninggalkan mereka dan mereka bersolat dan datang kami kepada mereka dan mereka bersolat.’ (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Berkata ‘Amarah bin Ruwaibah r.a saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tidak akan memasuki Neraka siapa yang sembahyang (fardhu) sebelum naik matahari dan sebelum ghurubnya (tenggelam matahari) "

Dua sembahyang yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah sembahyang fardhu subuh dan asar.

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang melakukan dua solah yang sejuk secara berjemaah akan memasuki Syurga.”

Dua solah yang sejuk ialah solah subuh dan asar.

Sahabat yang dihormati,
Terdapat banyak hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menjelaskan kebaikan solat subuh berjemaah.


Kebaikan-kebaikannya adalah seperti berikut :

1. Mendapat pahala seperti menghidupkan malam keseluruhannya:

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda maksudnya :“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam. (Hadis Riwayat Muslim)

2. Mendapat perlindungan Allah:

Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda Nabi s.a.w. maksudnya :“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam perlindungan Allah." (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Malaikat akan menjaganya sepanjang hari:

Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.(Hadith ini disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib wa al-Tarhib)

4- Orang yang melakukan solat subuh secara berjemaah malaikat akan berkumpul dengannya dan mendoakannya:

Bersabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ”(Hadis Muttafaqun ’Alayhi)

5- Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang untuk mendapat pahala haji dan umrah setiap hari :

Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. sempurna. sempurna ."

6- Allah menjanjikan orang yang menjga solat subuh berjemaah untuk dimasukkan ke Syurga :

“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki Syurga.”

Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar.

7- Allah s.w.t tidak akan memasukkannya ke dalam Neraka :

Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Tidak akan masuk Neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam."(Hadis Riwayat Muslim)

8. Selamat dari sifat munafiq.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya :“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan solat Isyak" dan dalam riwayat yang lain : "Solat subuh dan isyak tidak dihadiri oleh orang munafiq" .

9. Allah s.w.t memberikan kepada cahaya dalam kegelapan hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya :“ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”

Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh

Balasan mereka yang meninggalkan  solat asar  :

1. Sabda Nabi s.a.w yang maksudnya : "Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya :”Orang yang luput solat asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

2. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Siapa meninggalkan solat Asar, maka gugurlah amalannya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat asar hingga ke waktu maghrib.

Sahabat,

Marilah sama-sama kita menjaga solat fardu lima waktu supaya dapat kita dirikan diawal waktu. Kita laksanakan dimasjid atau surau secara berjemaah kerana solat berjemaah mendapat ganjaran sebanyak 27 kali lebih baik daripada solat bersendirian. Terutama solat subuh dan asar kerana banyak fadilat dan kebaikan yang dinyatakan oleh hadis-hadis Nabi s.a.w seperti riwayat di atas.

Semoga solat yang kita kerjakan dapat mencegah diri kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar dan akan menjadi amal soleh yang akan membantu kita mendapat rahmat dan keampunan Allah s.w.t di hari akhirat nanti.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu daripada rukun Islam adalah mengerjakan solat lima waktu . Sesiapa yang meninggalkan solat lima waktu yang diwajibkan dengan sengaja tanpa uzur syraie adalah berdosa besar kerana solat adalah tiang agama.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.”

Surat Teguran Seorang Muslimah Untuk Majalah Hijabista

Perkongsian dari sahabat lain: fb status 2/8/2013

Surat Teguran Seorang Muslimah Untuk Majalah Hijabista

Ke hadapan Hijabista dan Hijabisters yang disayangi…




Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda

Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Program Tadarus dan Khatam Perdana Surau Al-Muhajirin '13

Program Tadarus dan Khatam Perdana Surau Al-Muhajirin '13 (Gambar)


Ceramah Nuzul Al-Quran oleh Alfadhil Ustaz Hazman Hashim  JAWI
01 Ogos 2013 

Antara yang sempat dikongsi...

Program Semarak Ramadhan Komuniti Disayangi '13

Program Semarak Ramadhan Komuniti Disayangi '13

Program Semarak Ramadhan Bersama Komuniti Disayangi di Masjid Jamek Bandaraya KL. Ramai warga yang dikatakan termasuk masyarakat "istimewa" datang menjayakan majlis ini. Warga korporat sewajarnya melihat usaha ini sebagai usaha murni yang wajar dibantu selain pihak JAWI menghulurkan bantuan setakat termampu. Berbaktilah kepada mereka yang memerlukan

Koleksi gambar - Lihat di sini


fb 4/08/2013

Orang kita memang sensitif…

Orang kita memang sensitif…

Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim baru-baru ini, baru sedar selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi.

Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama poligami, baru sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi sudah seperti laki bini.

Kisah sedih seorang anak sebelum meninggal

Perkongsian dari kisah sahabat lain:

Cerita ini kisah benar yg diceritakan abang seguru :

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun.

Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Barakah pada Gaji


Semalam orang gomen dah gaji bukan?
Yang swasta mungkin dah tak lama lagi..

"Bayar hutang rumah..kereta..api..air..insuran..pengasuh anak...sekolah anak..barang dapur..tudung baru ke satu...kasut pun macam dah buruk sikit ni..handbag pun dah tercabut zip..eh kena beli baru la..Oh lepas raya ni banyak nak kena re-stock barang-barang...nak buat open house..open house office...bla..bla..bla"

Senarai yang sangat panjang dan takkan pernah habis..

Barakah di pagi hari

Setiap pagi, ada 2 malaikat yang akan mendoakan:
1. Untuk orang yang infaq
2. Untuk orang yang tidak infaq
Oleh itu, pagi adalah waktu yang sangat penting untuk kita INFAQ/SEDEKAH. Mulakan dengan:
1. Adakan satu tabung
2. Selepas bangun pagi, terus masukkan duit ke dalam tabung tersebut. 10sen pun tidak mengapa, yang penting kita tergolong dalam golongan yang mendapat doa itu..in syaa Allah.

Apakah doa itu? Doa yang amat mustajab..hampir mustahil ditolak...(seperti dalam gambar)
Jazakallah atas perkongsian Alfadhil Ustaz Yuzfariman Bohari


Photo: Setiap pagi, ada 2 malaikat yang akan mendoakan:
1. Untuk orang yang infaq
2. Untuk orang yang tidak infaq
Oleh itu, pagi adalah waktu yang sangat penting untuk kita INFAQ/SEDEKAH. Mulakan dengan:
1. Adakan satu tabung
2. Selepas bangun pagi, terus masukkan duit ke dalam tabung tersebut. 10sen pun tidak mengapa, yang penting kita tergolong dalam golongan yang mendapat doa itu..in syaa Allah.

Apakah doa itu? Doa yang amat mustajab..hampir mustahil ditolak...(seperti dalam gambar)
Jazakallah atas perkongsian Alfadhil Ustaz Yuzfariman Bohari

fb status 26/8/2013

Hanya kerana 20sen..

Hanya kerana 20sen..
Nasi lemak bertukar kepada karipap...
 

 Masuk2 opis, termenung sekejap..muhasabah diri sebentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..

Tiap pagi, seblum sampai ofis, akan sy berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pakcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akan membeli nasi lemak di gerai yg sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..

Tiap pagi, seblum sampai ofis, akan sy berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pakcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akan membeli nasi lemak di gerai yg sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami membeli diwaktu yg sama, akn sy byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan. Pd sy,apalah sangat harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. Dan dlm kesayuan suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.Mungkin inilah peluang yang Allah berikan utk sy bersedekah. Pernah sy bertanya pdnya, berskolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sbagainye. Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sbb tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)

Setelah hampir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dalam mood raya kononnye), maka 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pakcik dan tak berjumpa dengan Asyraf. Hinggalah pagi ni, sy memulakan kembali rutin membeli nasi lemak pakcik. Tapi, sy pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik mcm selalu..sy belikan sebungkus dan sy berhentikan kereta sy di sebelah Ashraf.

Jiha: Ashraf~~!! akak tggu ashraf td. knape x beli nasi lemak? dah boring nsi lemak pcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.

Ashraf: eh, kak jiha..lama tak nampak. Terima kasih banyak2 kak. Ashraf ingat k.jiha dah pindah. Bukan dh boring. Tapi..(muka sayu)

Jihai:ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertanya, barulah adik ini bersuara)

Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sebelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli. Tapi, minggu lepas mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Malam tadi mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nanti. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jangan tumpang orang. Jangan susahkan orang. Nanti mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. Ku tahan air mata dari meleleh mendengar ceritanya )

Puasku pujuk untuk hantar ke sekolah, akhirnye dia beralah..Ya..mmg jauh sekolahnya. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnya dia berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak.

Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bukan kita sahaja yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tapi juga anak2 kecil yang tak tahu apa2 ni..kerana mereka bukan dari keluarga yg senang (org senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj). Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli barang2 asas dan makanan seperti biasa.
Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...

jazakillah ya ukhtie Zalia Hhp atas perkongsian 03092013

Thursday, 10 October 2013

Merakyatkan perkhidmatan awam

Merakyatkan perkhidmatan awam
** Berehatlah dengan mengambil sedikit masa menunaikan solat Dhuha..
** Bagi yang berada di kaunter, tak semestinya perlu solat di surau dengan bertelekung, selagi tutup aurat, duduklah di kerusi kaunter dengan mengadap kiblat, beri tahu sahabat sebelah & solatlah..
** Majikan, sebarkan senyuman dalam salam..beri pujian & belanjalah makan kakitangan di bawah kita..senyuman dari hati penuh keikhlasan akan sampai ke hati, tak perlu bedah mulut untuk kelihatan tersenyum..

Wallahua'lam
Forum perdana hal ehwal Islam Rtm1 19092013


 Photo: Merakyatkan perkhidmatan awam
** Berehatlah dengan mengambil sedikit masa menunaikan solat Dhuha..
** Bagi yang berada di kaunter, tak semestinya perlu solat di surau dengan bertelekung, selagi tutup aurat, duduklah di kerusi kaunter dengan mengadap kiblat, beri tahu sahabat sebelah & solatlah..
** Majikan, sebarkan senyuman dalam salam..beri pujian & belanjalah makan kakitangan di bawah kita..senyuman dari hati penuh keikhlasan akan sampai ke hati, tak perlu bedah mulut untuk kelihatan tersenyum..

Wallahua'lam
Forum perdana hal ehwal Islam Rtm1 19092013

Mudahnya Menghafal Al-Quran

Kita mungkin..
Seorang kakitangan dan pegawai kerajaan, suri rumah, imam surau, ahli perniagaan dan sebagainya.
Masa sering dijadikan alasan untuk tidak sempat menghafal, bahkan tidak sempat membacanya juga (mungkin)?

* Otak juga akan dipersalahkan kerana sebab-sebab berikut:
1- Saya susah menghafal disebabkan otak sudah penuh.
2- Apabila menghafal, otak saya selalu tersangkut.
3- Saya sudah tua, otak tidak secerdas dahulu.
4- Amat susah memasukkan al-Quran ke dalam otak yang sudah berkarat.


Rokok oh Rokok

fb stastus 4 Oktober 2013 - 

Antara yang paling merunsingkan si isteri apabila punya suami perokok...
Ia bertukar menjadi lega, gembira & amat disyukuri bila si suami istiqamah berhenti!!!

Kita sukar menghilangkan ketagihan kerana mungkin tidak ada usaha & doa..
Orang di sekeliling kita juga mungkin tidak mampu melakukan yang sama kerana tidak ada doa & usaha menyokong mereka...

Doa..doa..doa..teruskan usaha!

{Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.



Kuliyah Terbuka Ustaz Zulkifli Ahmad


Semalam..5 Oktober 2013
Berpagi-pagi di raudhah
bersama Ustaz Zulkifli Ahmad


## Perbetulkan miskonsepsi...
* Nabi tak bersukan
* Nabi serius/ tak bergurau
* Nabi tak galakkan wanita berfesyen
* Nabi miskin/ hidup susah
Baca sejarah Nabi penuh-penuh bukan separuh-paruh!!

Motivasi SIKAP





 27 September 2013M / 21 Zulkaedah 1434H (Jumaat) -


Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan
Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Badan Agama & Kaunseling Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (BAKA IPKKL) telah mengadakan PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM bertempat di Dewan Meranti, Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah.

Program hampir dua jam ini menampilkan penceramah dan pakar motivasi Y.Bhg Ustaz Idzhar B Jumali, Perunding Utama Selfcure Resources dengan ceramah bertajuk "MOTIVASI SIKAP" yang telah berjaya disampaikan kepada hampir 150 orang kakitangan IPK dan IPD.


Kuliyah Muslimat: Mencari Redha Allah dalam Kerjaya & Rumahtangga



4 Oktober 2013M / 28 Zulkaedah 1434H (Jumaat) -
 
Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Badan Agama & Kaunseling Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (BAKA IPKKL) telah mengadakan Program Kuliyah Muslimat bertempat di Dewan Meranti, Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah.


Program satu jam setengah ini menampilkan penceramah dan juga pensyarah Akademi Islam Universiti  Teknolgi Mara Shah Alam Y.Bhg Ustazah Asmak Bt Husin. Ceramah bertajuk 
"Mencari Redha Allah dalam Rumahtangga dan Kerjaya" ini telah berjaya disampaikan kepada lebih 100 orang isteri dan kakitangan muslimat IPK dan IPD seluruh Wilayah Persekutuan.



Diskusi Ilmu: Kelebihan 10 Terawal Zulhijjah & Hari Arafah

3 Oktober 2013M/ 27 Zulkaedah 1434H-

Photo is loadingCawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Diskusi Ilmu: Kelebihan 10 Terawal Zulhijjah & Hari Arafah bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Program ini telah mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 200 peserta di kalangan kakitangaan kerajaan, swasta, NGO dan masyarakat awam. Diskusi berkenaan buku " Kelebihan 10 Terawal Zulhijjah & Hari Arafah" karangan Al Hafiz Ibnu Nasir Al Din Al Dimasyqi seorang tokoh ulama' Syria yang hebat ini disyarahkan oleh Y.Bhg Dato' Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin , 
Pengerusi dan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Turut hadir Y.Bhg Ustazah Azizah Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah dan Y.Bhg Tuan Hj Zakariah Bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Tafaqquh Fid Deen- Dr Zulkifli Mohammad AlBakri 101013




Kuliah Tafaqquh Ad-Deen - 
oleh Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Kitab: Al-Ihkam Syarah Al-Hikam 
(Hikmah 15 - 17)
Tarikh: 10 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat: Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara
Anjuran: Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI
untuk Pegawai-Pegawai Masjid dan Guru-Guru Takmir
di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sedikit perkongsian..

Hikmah 17:
Tidak terlepas daripada Kejahilan sedikitpun

"Tidak terlepas daripada kejahilan sedikitpun sesiapa yang berharap akan terjadinya sesuatu yang lain pada waktu yang tertentu selain yang dizahirkan oleh Allah padanya"

Contoh:
Kita sering doa naik pangkat & gaji cepat. Minta pula ayah & ibu doakan juga. Tapi tak dapat-dapat pun. Selepas ibu ayah meninggal barulah diperkenankan Allah doa itu. Kita merasakan: "Kalau aku dapat naik pangkat dulu lagi boleh tunjuk kat mak ayah, sekarang dah tak bermakna". Mengapa tak Allah kabulkan doa kita awal?
Banyak hikmah antaranya mungkin: