Friday, 30 December 2016

Catatan lagi..

Entah..dah tak ingat tarikh.

Beberapa hari ini aku sibuk menghabiskan stok2 buku baru yang lama dan baru dibeli. Mungkin sebab dah ter'sign up' pledge di web Big Bad Wolf yang berbunyi "Stop Buying, Start Reading." eh tapi ada juga la beli....sikit :-) MasyaAllah seronok! Tak makan pun takpa. Mungkin sebab hormon Oksitosin kian meningkat. Apa benda la hormon tu? Lebih kurang macam hormon bahagia gitu. Bacalah sini . Dapat istilah ni lepas baca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus. Bergantung kepada individu. Banyak cara untuk kita boost up hormon ini. And for me not necessary come from our spouse but just through - reading! Penting sangat untuk kita para isteri2 solehah dan mak2 ni kekal dengan hormon oksitosin yang tinggi supaya hidup kita kekal tenang dan gumbira walaupun macam2 'topi' jawatan dan tekanan yang kita pikul, betul tak?

Oklah nak cerita sikit lah pasal buku2 yang dibaca.

Antaranya buku2 karya Tuan Bahruddin Bekri. Sebelum ni memang suka betul baca posting2 beliau di Fb. Kelakar tapi berisi! Lepas tu jatuh cinta dengan siri buku2 Mat Despatchnya.


CATATAN di Majlis Maulid oleh HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL KHERED 29122016

CATATAN di Majlis Maulid @ Masjid Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 
29 Disember 2016  oleh HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL KHERED

* Buat apa yang Nabi SUKA DAN SAYANG..
* Sebelum buat apa2 fikir adakah perbuatan itu Nabi redha atau benci? 
* Semua amalan yang membuktikan tanda sayang pada Nabi nescaya SAMPAI pada Nabi saw. 

Dari ANAS IBN MALIK -- Simpulkan sifat Nabi yang boleh kita usaha contohi:  

(A) *NABI SECANTIK-CANTIK MANUSIA*
-- senyuman yang menggembirakan
--harum dan wangi
--yang paling utama: AKHLAK 
"اللهم كما حسنت خلقي، فحسن خلقي"
Allahumma kama hassanta khalqi fahassin khuluqi" Ya Allah sepertimana Kau mencantikkan kejadianku maka cantikkan juga akhlakku--> ini misi kita. 
-  Betulkan akhlak isteri kepada suami. Ibu kepada anak. Anak kepada orang tuanya. Jiran kepada jiran yang lain. Sahabat kepada sahabat muslim dan bukan muslim. Santuni persis Nabi. 
_"Bukan dari golongan kami orang yang tidak hormat yang lebih tua, dan tidak mengasihi anak yang lebih kecil"_  

Saturday, 24 December 2016

Catatan 24/12

Alhamdulillah. Hari cuti yang paling banyak bercakap..hehe.

Hari ini bekas jiran kami di Kajang dulu bertandang. Mr Ong namanya. Sangat peramah dan baik orangnya. Selalu tengokkan rumah dan bagi hadiah termasuk kad hari raya setiap kali hari raya menjelang (walaupun sebelah rumah!). Kini kami sekeluarga tetap bersahabat baik walaupun telah berpindah. Kebetulan kampungnya juga di Pulau Pinang. Smart dan handsome (seperti katanya sendiri) tapi masih single you..hehe. Umur dah hampir mencecah 40, itu yang kami asyik mengusik suruh dia kahwin cepat. Lepas makan tengah hari hasil air tangan emak, kami bertiga bersembang sakan (encik Suami terpaksa keluar kerja). Tak sedar sampai 3-4 jam rasanya! Bila kami ajak dia minum petang sambil rasa laksa Balik Pulau, baru sedar dah hampir jam 7! Petang konon....hehe.

Banyak yang kami bualkan. Tentang insurans takaful (sebab dia agen), dari satu negara ke satu negara. Dan yang paling menarik apabila berkisar tentang adat budaya dan agama. Katanya dia minat mengkaji semua agama. Maka kami sedikit sebanyak cuba fahamkan dia tentang Islam dan cara hidup orang Melayu. Kami pula belajar tentang agama Taoism dan adat budaya masyarakat Cina. MasyaAllah...sangat menarik. Emak pesan minta dia lihat dan belajar Islam yang sebenar bukan hanya tengok orang Islam sahaja sebab bukan semuanya tunjukkan Islam yang sebenar. Moga dipercepatkan jodohnya & dipilih Allah  untuk dia kembali ke agama fitrah suatu hari nanti. Amin...

Hari ni juga hari yang sedih. Seorang senior ketika di UIA dulu akhirnya kembali ke rahmatullah setelah bertahun2 berjuang melawan sakitnya. Walaupun medium fbnya aktif tapi tak pernahku tahu dia sakit selama ini walau umurnya belum pun mencecah 40. Cerianya beliau di alam maya maka begitulah karakter beliau di alam nyata. Yang lebih menyedihkan, hari esok adalah hari kenduri adik bongsunya. Entah macam manalah keluarga almarhumah. Moga tabah dan kuat.

Itulah hakikat kematian. Ada yang dijemput dengan asbab sakit. Ada juga dalam keadaan sihat tanpa apa2 signal awal. Ada yang muda lebih2 lagi yang tua. Usah pernah tertipu dengan nikmat muda dan sihat. Allahuakbar. Moga Allah mengampuni semua dosanya dan dosa kita semua. Moga setiap kebaikan dan ilmu yang dicurahkan sepanjang hidup almarhumah menjadi jariah berpanjangan buat beliau di Sana.

Al-Fatihah kak Fisha :-(
1977 - 2016





Thursday, 22 December 2016

12/12 - 20/12

Alhamdulillah. Selamat musafir dalam cuti akhir tahun. Setiap yang dirancang sudah tertunai dan yang penting semuanya dipermudahkan Allah.

Bermula dengan berjalan2 di KL kemudian pulang ke rumah mertua di Terengganu. Tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan melihat anak2 setiap ahli keluarga tersenyum gembira. Walaupun percutian agak ala2 budget tetapi seronok. Paling best bila dapat memancing buku2 idaman di PTS Bookcafe dengan harga yang sangat murah. Terus batalkan hasrat ke BBW...hehe. Selamat duit. Bagus juga berjalan dengan duit yang cukup2 ni. Tidaklah bernafsu membeli yang bukan2. Setiap sen dirancang penggunaannya. So tips untuk yang kaki shopping - BAWA DUIT CUKUP2! :-)

Di Terengganu, antara yang seronok dapat bawa anak2 dan anak2 buah ke Pusat Sains Terengganu. Mungkin tak sebanyak bahan pameran di Bukit Kiara tapi banyak juga yang berbeza. Paling best bila masuk dalam Globe 3D gelap gelita dan tiba2 terasa seperti di angkasa. Planet2 semua betul2 atas kepala. Wah terasa seperti angkasawan kejap. Mak lagi teruja dari anak..kot?! heh... Di kawasan Dinosour pun boleh tahan menarik juga, Walaupun kena bayar lagi sekali, tapi ok lah. Di mesin kuiz, bukan main la kami pakat mengulang jawab soalan sampai hampir semua jawapan. Rupanya dinosour kejar manusia hanya dalam filem Jurassic Park je, tak pernah hidup sezaman ...hmm baru tahu. Teruk kan...

Tu antara tempat2 yang best la..

Nanti nak sambung lagi ok.

Thursday, 8 December 2016

07122016

Ada sesuatu yang aku agak seronok hari ini. Hanya kerana beberapa patah perkataan.

Teringat pula iklan keselamatan jalanraya di radio. Hanya 3 perkataan mengubah kehidupan seseorang:-

"Awak nampak cantik" - buat orang rasa dihargai. 

"Saya minta maaf." - pun sangat bermakna sebab bukan semua orang mampu ucap.

Jadi apa yang aku seronok sangat hari ini, lebih kurang macam tu jugalah kaedahnya...hehe.

06122016

Fuh. Penat betul hari ini.

Pagi ini ada Allah uji sikit. Terbangun lambat + jalan jem + salah tempat dan akhirnya lambatlah sampai kuliah. Tapi alhamdulillah sempat juga tadah ilmu yang sangat berharga dari orang yang sangat 'alim..bekas datuk mufti. Kami belajar tentang Bab Nikah dalam Kitab Matla'ilbadrain hari ini. Walaupun banyak yang dah tahu, tapi banyak "reminder"yang Tuan Guru bagi..masyaAllah. 

Nak ulas sikit sikap orang2 kita. Biasanya kita beria ambil tahu soal nikah kahwin sebelum je. Apa saja syarat kita penuhi. Kursus ke, jumpa orang tu orang ni, booking itu dan ini semua kita buat tak kesah penat. Tapi semakin lama kahwin, kita jadi makin malas pula, perasan tak. Ilmu kursus pra-perkahwinan itu sajalah modul kita walaupun anak dah bederet-deret. Kad top up kita nak dekat habis cepat sahaja kita beli, tapi ilmu rumahtangga dan parenting tak top up top up! Lepas tu kecoh. Hati tak tenang, ada isteri pun serabut, mula nak cari lain dan macam2 lagi masalah timbul hasil ciptaan kita sendiri! Ya orang2 jabatan agama, ngo, konsultan dan banyak pihak puas fikir macam mana nak tangani isu ini, tapi tak bolehlah semuanya kita letak atas kepala mereka, salahkan mereka. Kitalah kena cari inisiatif, tambah ilmu, tambah amal, muhasabah selalu supaya rumahtangga subur dengan iman. Eh maaf ye, makcik ter'emo' la pulak. Mungkin sebab isu ini yang dok hadap hari-hari sekarang ini. Kita selalu minta orang 'suap'kan sedangkan 'nasi lauk pauk semua depan mata tetapi malas nak suap sendiri'. Allahuakbar.....

Monday, 5 December 2016

05122016

Terasa ingin seperti disambung entri 0212

Hakikat doa. Itulah senjata ampuh melalui 'skrip' harian moyang, nenek dan datuk kita dahulu. Minta diberikan yang baik2 untuk diri dan zuriat keturunan. Walau isi dan tulang mereka sudah dimamah tanah, doa itu tidak akan pernah putus. Kalau pun tidak Allah makbulkan ketika mereka di atas bumi, rasanya ada yang Allah jawab pada diriku hari ini.

Kenapa aku kata begitu? Teringat kisah yang diceritakan Ustaz Izhar Arif dalam ceramahnya yang pernah aku hadir di Bangi dulu. Pernah beliau bertanya rahsia kekayaan Datuk Yusuf Haslam. Katanya antara puncanya kerana doa almarhum ayahnya. Ayahnya hidup serba susah. Sukar sekali hidup mereka ketika itu hingga dia terpaksa bekerja sejak dari kecil. Selain tidak pernah culas membayar zakat, doa ayahnya yang tidak akan beliau lupa adalah “Ya Allah, berikanlah kekayaan pada diriku, anakku dan keturunanku.” Ini doa yang dipanjatkannya berkali-kali. Doa itu tidak Allah jawab ketika hayatnya. Hidupnya tetap miskin hingga ke hari terakhir nafasnya. Tetapi Allah rezekikannya kepada anaknya - seorang yang kini bergelar jutawan – Datuk Yusof Haslam. MasyaAllah!

02122016

Teacher’s Diary

Baru selesai menonton filem Thailand itu. Best! Banyak sekali pengajaran. Macam nak bagi 5 bintang! :-) Betapa jerih dan payahnya menjadi seorang guru. Ibu ayah di sekolah, guru agama, guru adab ..namakan sahaja, itulah gelaran2 lain untuk mereka. Filem ini juga kembali menyuntik semangat menulis diari dalam diriku. Dalam filem itu, dua orang hero dan heroin yang tidak pernah bersua muka, seolah sangat mengenali sesama mereka hingga membibitkan rasa cinta hanya melalui perkongsian masing2 dalam sebuah diari yang sama. Diari itu juga sangat memberi motivasi kepada mereka berdua malah sangat membantu mereka menyesuaikan diri sebagai seorang guru sekolah houseboat yang terletak jauh di pedalaman sehingga akhirnya membuahkan bibit cinta & rindu.

Teringat pula diari yang pernah aku tulis semasa belajar dahulu. Entah di mana letaknya. Tidak sanggup rasanya dibaca kembali. Banyak yang entah apa-apa. Semangat yang sama aku dapat selepas menonton Ghajini – filem hindustan hasil lakonan utama Amir Khan. Dari diarinyalah banyak kisah silam dapat diketahui setelah beliau lupa ingatan.