Friday, 30 December 2016

CATATAN di Majlis Maulid oleh HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL KHERED 29122016

CATATAN di Majlis Maulid @ Masjid Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 
29 Disember 2016  oleh HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL KHERED

* Buat apa yang Nabi SUKA DAN SAYANG..
* Sebelum buat apa2 fikir adakah perbuatan itu Nabi redha atau benci? 
* Semua amalan yang membuktikan tanda sayang pada Nabi nescaya SAMPAI pada Nabi saw. 

Dari ANAS IBN MALIK -- Simpulkan sifat Nabi yang boleh kita usaha contohi:  

(A) *NABI SECANTIK-CANTIK MANUSIA*
-- senyuman yang menggembirakan
--harum dan wangi
--yang paling utama: AKHLAK 
"اللهم كما حسنت خلقي، فحسن خلقي"
Allahumma kama hassanta khalqi fahassin khuluqi" Ya Allah sepertimana Kau mencantikkan kejadianku maka cantikkan juga akhlakku--> ini misi kita. 
-  Betulkan akhlak isteri kepada suami. Ibu kepada anak. Anak kepada orang tuanya. Jiran kepada jiran yang lain. Sahabat kepada sahabat muslim dan bukan muslim. Santuni persis Nabi. 
_"Bukan dari golongan kami orang yang tidak hormat yang lebih tua, dan tidak mengasihi anak yang lebih kecil"_  

Contoh:-
1) Nabi beri salam pada anak kecil. Buat pertandingan siapa yang lari paling pantas dapat hadiah. Mereka lari dan menerpa Nabi hingga Nabi hampir terjatuh. Nabi seronok!
2) Nabi baca surah pendek semasa jadi imam kerana terdengar suara anak kecil

(B) *NABI SEPEMURAH-PEMURAH MANUSIA*

-Bagai angin yang tak pernah berhenti bertiup, demikianlah kebaikan Nabi. 
- Tidak ada bantuan yang ditolak, tiada istilah 'NO' dalam membantu hamba yang lain hingga adakala Nabi berhutang. 
- Pemurah yang paling baik bukan dengan suami beli beg tangan mahai saja tetapi dengan MEMBERI YANG PALING BERMANFAAT. 'Suapkan makanan ilmu' dan tunjukkan akhlak Nabi. Ini kepemurahan seorang ayah atau suami yang sejati!

(C) *NABI SEBERANI-BERANI MANUSIA*

- Kata Ali b Abi Talib menceritakan dalam perang, kami gerun dan berlindung belakang Nabi. Yang hanya mengadap pada musuh hanya Nabi. Baginda akan sampai dulu pada musuh. Akhirnya berkat keberanian Nabi Allah menangkan seluruh pasukan!  --> kisah keberanian Nabi inilah yang perlu diangkat bukan superhero rekaan Barat!
- Berani kerana Allah swt. Berani kerana kebenaran. Ini prinsip sebenar yang Nabi bawa. Nabi berani menegur kesilapan isteri2nya kerana ia hak Allah yang perlu ditegakkan. Pernah keluarkan kurma dari Saidina Hasan kerana berani tegakkan hak Allah. 

- Berapa ramai suami tanpa takut membiarkan isteri dan anak2 tidak berhijab? Tidak solat? Hanyut dengan dosa2 sedang lidah tak henti2 dengan kalimah u dengan i will be till Jannah.??! :-(  

Kesimpulan

Jumaat - penghulu segala hari, setiap saatnya mustajab doa. Jika dipilih berada dalam rumah Allah, majlis zikir pula, taman2 syurga..masyAllah besar sekali ganjarannya. Laporan tentang amalan dan hajat kita akan terus 'dipos laju' oleh para malaikat kepada Allah swt.

Justeru, PERBANYAKKAN SELAWAT DAN DOA!
اللهم صل على محمد و على آله محمد 

#SharingNoteMs edited 301122016

No comments:

Post a Comment