Thursday, 8 December 2016

06122016

Fuh. Penat betul hari ini.

Pagi ini ada Allah uji sikit. Terbangun lambat + jalan jem + salah tempat dan akhirnya lambatlah sampai kuliah. Tapi alhamdulillah sempat juga tadah ilmu yang sangat berharga dari orang yang sangat 'alim..bekas datuk mufti. Kami belajar tentang Bab Nikah dalam Kitab Matla'ilbadrain hari ini. Walaupun banyak yang dah tahu, tapi banyak "reminder"yang Tuan Guru bagi..masyaAllah. 

Nak ulas sikit sikap orang2 kita. Biasanya kita beria ambil tahu soal nikah kahwin sebelum je. Apa saja syarat kita penuhi. Kursus ke, jumpa orang tu orang ni, booking itu dan ini semua kita buat tak kesah penat. Tapi semakin lama kahwin, kita jadi makin malas pula, perasan tak. Ilmu kursus pra-perkahwinan itu sajalah modul kita walaupun anak dah bederet-deret. Kad top up kita nak dekat habis cepat sahaja kita beli, tapi ilmu rumahtangga dan parenting tak top up top up! Lepas tu kecoh. Hati tak tenang, ada isteri pun serabut, mula nak cari lain dan macam2 lagi masalah timbul hasil ciptaan kita sendiri! Ya orang2 jabatan agama, ngo, konsultan dan banyak pihak puas fikir macam mana nak tangani isu ini, tapi tak bolehlah semuanya kita letak atas kepala mereka, salahkan mereka. Kitalah kena cari inisiatif, tambah ilmu, tambah amal, muhasabah selalu supaya rumahtangga subur dengan iman. Eh maaf ye, makcik ter'emo' la pulak. Mungkin sebab isu ini yang dok hadap hari-hari sekarang ini. Kita selalu minta orang 'suap'kan sedangkan 'nasi lauk pauk semua depan mata tetapi malas nak suap sendiri'. Allahuakbar.....

Petang pula, klien berderet2 sampai balik lambat. Memang penat. Harapnya sedikit penat aku ni dapat menjadi asbab membantu mereka keluar dari masalah mudah2an. 

Malamnya Allah bagi hadiah 'special' bila anak2 mengaji mudah dan banyak sikit dari biasa. Allahuakbar..bahagia sungguh rasanya. Tempat yang berkali2 diulang, si kecil bukan main susah nak ikut tapi akhirnya malam ini dia lepas juga. Syukurnya. Moga macam tu lah hari2 harapnya. Cabaran yang kecil tu bukan pada bacaan sangat sebenarnya tapi pada kelakuan..nak bagi dia fokus. Subhanallah sangat menguji kesabaran. Tapi masalah yang macam ni buat kita jadi kreatif. Makin dekat dengan Allah sebab nak Dia tolong sangat dan bagi kita faham makna "sabar". 


OK hari yang menarik. Alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment