Friday, 30 December 2016

Catatan lagi..

Entah..dah tak ingat tarikh.

Beberapa hari ini aku sibuk menghabiskan stok2 buku baru yang lama dan baru dibeli. Mungkin sebab dah ter'sign up' pledge di web Big Bad Wolf yang berbunyi "Stop Buying, Start Reading." eh tapi ada juga la beli....sikit :-) MasyaAllah seronok! Tak makan pun takpa. Mungkin sebab hormon Oksitosin kian meningkat. Apa benda la hormon tu? Lebih kurang macam hormon bahagia gitu. Bacalah sini . Dapat istilah ni lepas baca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus. Bergantung kepada individu. Banyak cara untuk kita boost up hormon ini. And for me not necessary come from our spouse but just through - reading! Penting sangat untuk kita para isteri2 solehah dan mak2 ni kekal dengan hormon oksitosin yang tinggi supaya hidup kita kekal tenang dan gumbira walaupun macam2 'topi' jawatan dan tekanan yang kita pikul, betul tak?

Oklah nak cerita sikit lah pasal buku2 yang dibaca.

Antaranya buku2 karya Tuan Bahruddin Bekri. Sebelum ni memang suka betul baca posting2 beliau di Fb. Kelakar tapi berisi! Lepas tu jatuh cinta dengan siri buku2 Mat Despatchnya.



Banyak falsafah dengan santai diselit tanpa kita sedar. Banyak pula misi2 pencarian ala2 James Bond. Rasa susah nak lepas selagi tak habis. Antara ayat yang suka dalam buku2 ni "Nekad Sesaat ke Bilik Mayat". Maksudnya lebih kurang macam dalam menangani ketakutan, kita kena berani satu saat sahaja lepas tu takut tu hilang. Kena lawan!

Dah habis siri2 tu (rasanya ada lagi yang belum complete). Tak sengaja membeli la pulak di Pts Bookcafe masa travel ke Kl kejap hari tu (sebab murah sangat, tak tahan). Dapat lagi karya2 ni...

PILOTOQ
LELAKI BERKASUT MERAH
DETEKTIF BERTUDUNG HITAM
PADANYA ADA HIKMAH

Apa lagi ye...itu je kot. Memang heaven sangat dapat baca buku2 Tuan Baha ni. Suka dengan gaya bahasa, kata2 dan falsafah2 yang dipilih dan disusun cantik pada setiap karakter dalam setiap naskhah. Ada bab yang tergelak2 sampai anak2 pun jadi pelik "..pe hal la umi ni..". Ada juga yang rasa nak syahdu pilu, tergenang2 air mata gitu. Tak terasa langsung yang sebenarnya itu mesej dan teguran yang cuba disampaikan pada kita.

Ok lepas dah habis yang tu. Beli pula buku2 dari Dubook Press. Kali ni online. Memang tak berapa gemar atas2 talian ni. 1- sebab tak boleh belek2 setiap mukasurat luar dan dalam buku dengan tangan. 2- sebab kena bayar duit pos. hahaha. Haruslah kan. Tapi sebab melonjak sangat nak baca buku2 ni, beli jugak.

2 buah buku dari karya my fb friend yang kian glamour - Tuan Khairul Hakimin  Buku yang susah sikit nak disebut - Buku Emak Rindu MathangA Erissery dan buku Bintang Al-Nilam di Langit Mentakab. Buku terbaru beliau sebab dah tersangat geram lepas baca review Tuan Zamzuri ni. Memang betul, kedua-duanya den puas hati sangat dan adalah menangis....sikit..sikit je :-)

Dah habis tu, baru la pula berkesempatan baca buku Diagnosis. Pada hal dah lama berkira2 nak beli.
Baru baca buku 1 dah teruja sangat. Tak sabar nak baca ada lagi 3 rasanya. Sebab katanya awal tahun depan dah nak launch lagi yang terbaru. Tak boleh jadi ni. Jadi sesiapa yang belum lagi baca kena dapatkan siri buku2 para doktor hebat ni -

Boleh baca review2 di

Blog penulis & dapatkan di Dubook Press 

OK?

Semuanya best!!!

Tolonglah beli. Rasa nak baca banyak kali. So kena beli tak boleh pinjam,...hehe.

Harapnya dapatlah meniru amalan Tuan Khairul Hakimin yang membaca sekurang2nya 4 buku baru seminggu.

Azam tahun baru ke ni? Ya2 insyaAllah boleh ni. Kurangkan gajet, tv, sembang2 kosong mesti boleh punya.

Istilah "Mana nak dan baca, sibuk dengan anak." rasanya dah patut hentikan. Sudah2lah menyalahkan anak. Jadikan mereka asbab untuk kita rajin membaca. Malang nasib khalifah2 kecil kita kalau dibesarkan dalam keadaan jahil, try and error semata.

Kita kena pandai2 la susun masa ya. Satu buku dalam beg tangan, satu buku bawah bantal sebelum tidur, letak je merata-rata. Last sekali tak ingat dah letak kat mana ...haha (itu saya!).

Pentingnya membaca ni sampai ayat Quran yang pertama turun tentang IQRA' kan?

So, jom...!

Bak kata Ustaz Pahrol, masa lapang memang tiada. Lapangkan masa untuk membaca!

No more excuses!!

No comments:

Post a Comment