Saturday, 24 December 2016

Catatan 24/12

Alhamdulillah. Hari cuti yang paling banyak bercakap..hehe.

Hari ini bekas jiran kami di Kajang dulu bertandang. Mr Ong namanya. Sangat peramah dan baik orangnya. Selalu tengokkan rumah dan bagi hadiah termasuk kad hari raya setiap kali hari raya menjelang (walaupun sebelah rumah!). Kini kami sekeluarga tetap bersahabat baik walaupun telah berpindah. Kebetulan kampungnya juga di Pulau Pinang. Smart dan handsome (seperti katanya sendiri) tapi masih single you..hehe. Umur dah hampir mencecah 40, itu yang kami asyik mengusik suruh dia kahwin cepat. Lepas makan tengah hari hasil air tangan emak, kami bertiga bersembang sakan (encik Suami terpaksa keluar kerja). Tak sedar sampai 3-4 jam rasanya! Bila kami ajak dia minum petang sambil rasa laksa Balik Pulau, baru sedar dah hampir jam 7! Petang konon....hehe.

Banyak yang kami bualkan. Tentang insurans takaful (sebab dia agen), dari satu negara ke satu negara. Dan yang paling menarik apabila berkisar tentang adat budaya dan agama. Katanya dia minat mengkaji semua agama. Maka kami sedikit sebanyak cuba fahamkan dia tentang Islam dan cara hidup orang Melayu. Kami pula belajar tentang agama Taoism dan adat budaya masyarakat Cina. MasyaAllah...sangat menarik. Emak pesan minta dia lihat dan belajar Islam yang sebenar bukan hanya tengok orang Islam sahaja sebab bukan semuanya tunjukkan Islam yang sebenar. Moga dipercepatkan jodohnya & dipilih Allah  untuk dia kembali ke agama fitrah suatu hari nanti. Amin...

Hari ni juga hari yang sedih. Seorang senior ketika di UIA dulu akhirnya kembali ke rahmatullah setelah bertahun2 berjuang melawan sakitnya. Walaupun medium fbnya aktif tapi tak pernahku tahu dia sakit selama ini walau umurnya belum pun mencecah 40. Cerianya beliau di alam maya maka begitulah karakter beliau di alam nyata. Yang lebih menyedihkan, hari esok adalah hari kenduri adik bongsunya. Entah macam manalah keluarga almarhumah. Moga tabah dan kuat.

Itulah hakikat kematian. Ada yang dijemput dengan asbab sakit. Ada juga dalam keadaan sihat tanpa apa2 signal awal. Ada yang muda lebih2 lagi yang tua. Usah pernah tertipu dengan nikmat muda dan sihat. Allahuakbar. Moga Allah mengampuni semua dosanya dan dosa kita semua. Moga setiap kebaikan dan ilmu yang dicurahkan sepanjang hidup almarhumah menjadi jariah berpanjangan buat beliau di Sana.

Al-Fatihah kak Fisha :-(
1977 - 2016





No comments:

Post a Comment