Teringat pula iklan keselamatan jalanraya di radio. Hanya 3 perkataan mengubah kehidupan seseorang:-
"Awak nampak cantik" - buat orang rasa dihargai.
"Saya minta maaf." - pun sangat bermakna sebab bukan semua orang mampu ucap.
Jadi apa yang aku seronok sangat hari ini, lebih kurang macam tu jugalah kaedahnya...hehe.
Perkataan yang kita letak terutamanya dalam menilai anak buah perlu kita fikir dan pilih betul-betul. Impaknya besar. Bakal menaikkan atau menjatuhkan emosi dan motivasi seseorang. Kenaikan pangkat dan kemudahan cuti belajar dan sebagainya, 2 faktor ini sangat bergantung kepada penilaian prestasi kerana ia saling mempengaruhi.
Bukanlah bermakna kita mahu dipuji melambung-lambung. Cadangan penambahbaikan dan bidang yang perlu diatasi penting untuk kita tahu. Seorang ketua yang bijak dan kreatif boleh menilai anak buahnya hingga mereka tidak terasa seperti ditegur malah rasa lebih bersemangat bekerja.
Oklah. Ini yang saya dapat hari ini. Markah tak perlu lah tahu ye..
"...PYD seorang yang mempunyai kualiti yang baik dari segi komunikasi terutama dalam bidang penulisan."
Alhamdulillah. Saya bukan suka pernyataan ini sebab nampak macam dipuji. Serius tidak! :-)
Setiap kali ada yang memberi semangat teruatamanya dalam bidang penulisan, saya jadi seronok lain macam (sebab tu bold in yellow..hehe).
Seolah-olah orang ini "tentera" yang Allah hantar untuk beri semangat pada saya untuk teruskan menulis dan jangan berhenti.
لاحول ولا قوة إلا بالله
Moga Allah terus memberi ilham, dibekalkan kekuatan menajamkan kemahiran dalam medium dakwah melalui tulisan ini. Moga dapat menyentuh banyak hati & menjadi asbab hidayah!
Thank you boss. I feel so inspired and motivated!!
No comments:
Post a Comment