Wednesday 16 October 2013

Perkongsian Seminar Fiqh Ibubapa Mithali


















SLOT 1: TANGGUNGJAWAB HAKIKI IBU BAPA
Oleh Ustaz Pahrol Mohammad Juoi - Fitrah Perkasa Sdn Bhd

1. Tugas Ibubapa Profesional3e - Efektif, Efisyen, Etika

PhotoMUKMIN            : Sabar, Lemah lembut, Penyayang, Sederhana
PROFESIONAL  : Komunikasi, Mengenalpasti Masalah, Pendengar yang baik, Tahu Prioriti

2. Pemimpin Rumahtangga
Zahir: Kelengkapan infrastruktur dalam menyara keluarga
Batin: Mendidik dan memimpin anak2 dengan ilmu


3. Trilogi Cinta dalam Rumahtangga
1. Cinta suami pada Allah dalam mendidik isteri
2. Jika diperintah untuk menyembah manusia, nescaya diperintahkan isteri menyembah suaminya
3. Dalam hadis disebut ibu 3x, ayah 1x.

Menurut Imam alGhazali:
"Ibu/isteri perlu agungkan/besarkan suami di depan anak-anak"
Justeru suami perlu buktikan pernyataan ini dengan:
1. Menjadi benar2 agung (cth: bangun Subuh paling awal dari semua ahli keluarga bukan sebaliknya)
2. Suami/ayah perlu ditakuti tapi pada masa yang sama perlu disayangi



IBU: PENGURUS RUMAHTANGGA

"Cuaca dalam rumahtangga ditentukan oleh isteri. Cuaca isteri ditentukan oleh kita, para suami"
- mood mereka yang mengawal seluruh rumahtangga. Oleh itu belailah mereka sewajarnya.

1. Melaksana perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat
2. Memahamkan anak2 berkenaan sesuatu keputusan yang dibuat oleh suami
3. Bersatu hati dengan suami mendidik anak2
4. Ibu lebih dekat dengan anak2
5. Mengurus kewangan, kebersihan, keperluan rumahtangga secara efisien
- Makanan perlu lazat & berzat (ibu pastikan) dan paling penting berkat (suami pastikan)

Ayah/Ibu - "Jangan betulkan kesalahan/kesilapan pasangan di hadapan anak-anak..
# ayah umpama software, ibu motherboard
# ayah pegang kompas (pemimpin) - pembuat keputusan
# ibu pegang jam tangan (pengurus) - mengikut keputusan
keadaan ini, perlu begitu, tidak boleh terbalik.

1st duty of love is to listen
1. Telinga - pendengar yang baik
2. Raut wajah - manis & senyum selalu
3. Hati - jangan sangka buruk

Dalam Buku Nota Hati penceramah ada menyebut tentang kisah CEO sebuah organisasi yang berjaya & cemerlang kepimpinannya: - Ketika mempimpin ibunya menaiki kerusi roda, ibunya menyatakan kerisauan: "Syed, ibu bimbang dengan Syed" Mengapa bu?
"Kalau ibu dah tiada, siapa yang akan doakan Syed?"

KEPERLUAN ANAK

1. FIZIKAL : makan, minum, pakaian, kediaman

3 perkara peru dijaga:

i. Masa makan - ikut rasmi Nabi, makan bila lapar, berhenti bila kenyang

ii. Masa tidur - tidur pada waktunya

iii. Masa solat - di awal waktu, dan sebaiknya berjemaah

"Saya memang tidak minat jogging..tetapi saya suka mendengar..lalu ke 2-2 telinga saya akan sumbatkan earphone, pasang radio Ikim/ceramah lalu mula berjogging. 
Habis 1 sesi ceramah maka habislah 1 pusingan jogging..

Pernah saya melihat ketika beberapa orang jemaah kelihatan baru pulang dari masjid menunaikan solat subuh, ketika itu juga ada sekumpulan orang bukan Islam berduyun2 beriadhah...
Satu situasi lain..Restoran 888 sudah mula beroperasi sejak Subuh..tapi Restoran Dhuha, waktu Dhuha pun masih belum buka..

Elakkan budaya tidur selepas subuh..ayah & ibu perlu budayakan cara hidup ini pada anak2..minda kita cergaskan, ambil keberkatan pagi & jangan biarkan ia diambil oleh bangsa lain yang belum Islam.."


2. AKAL    : pelajaran, ilmu pengetahuan

- Menanamkan budaya cinta ilmu dan adab belajar
- Menghafaz alQuran & Hadis
- Membekalkan buku2 bacaan dan mengadakan ruang bacaan atau mini perpustakaan dalam rumah

# 3 jenis ibubapa dalam membaca:
1. Sederhana - "Nak, bacalah buku tu bagus"
2. Baik - "Dik, baca buku La tahzan tu..bagus sangat"
3. Cemerlang - "Nak..baca buku La tahzan tu bab 3, m/s 25"

# Ilmu - Fardhu 'Ain & Akademik
- dahulukan hak Allah
- not exam oriented
- you are what you read

3. EMOSI  : Kasih sayang, perhatian

- Mengucup anak2 dengan penuh kasih sayang
- Bermain dan bergurau
- Memberi hadiah dan kata2 pujian
- Membelai anak2
- Sering bertanya khabar dan berbual mesra

4. ROHANIIman, kenal Allah, tujuan hidup

- Pendidikan Tauhid: beriman kepada Allah dengan cinta, takut dan rasa diawasiNya
- Penyuburan cinta kepada Rasulullah SAW dan keluarganya
- Pengajaran AlQuran dan Hadis

Aktiviti:
# solat 5 waktu
# berjemaah di masjid
# Qiamullail
# Ibadah puasa

Dalam melakukan kebaikan, tidak ada istilah terlambat.
Ini perlu kepada 3s - SENDIRI - SEDIKIT - SEKARANG !!!!

________________________________________________________________

SLOT 2: FIQH PENDIDIKAN & PERANCANGAN KEWANGAN ANAK
Oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman - UIAM

PhotoPhoto

Pengurusan Kewangan: Halal untuk Keluarga

# Pengurusan Harta- Amanah Khalifah Allah
- Surah Hud: 61
- Surah Rum: 23

# Hadis jutawan akhirat vs jutawan dunia:
"Bukanlah kaya itu (hanya sekadar) kaya pada harta, tetapi kaya itu adalah kaya pada jiwa"
(riwayat Muslim)

# Kewajipan nafkah pada anak
 Hadis "Ambillah apa yang mencukup bagimu dan anakmu mengikut yang baik

# Nafaqah kepada anak dewasa
"Majoriti anggap wajib nafqah sehingga baligh yang lelaki dan berkahwin wanita, kecuali jika mereka masih tiada wang"

Menurut majoriti ulama:
"Sedeqah kepada miskin dianggap sedekah, namun kepada kerabat dianggap dua: sedeqah dan penyambung silaturrahmi" (riwayat Tarmidzi)

Faktor Penambah Rezeki

1. Istighfar & Taubat (Surah Nuh: 10-12)

2. Silaturrahim "Siapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim (Bukhari & Muslim)

3. Niaga halal "Sesungguhnya riba, walaupun banyak (untung dunianya)akhirnya ia membawa kepada sedikit (Ibn Majah, Hadis Hasan)

4. Ibadah Khas- Solat Dhuha
"Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang" (Riwayat Imam Abu Dawud)

5. Zakat & Sedeqah "Tiadalah sedeqah itu mengurangkan harta" (Riwayat Muslim)

Elemen Utama Larangan 
1. Riba (skrol di bawah)
2. Judi
3. Gharar (unsur penipuan)

Tanda Keberkatan
1. Mudah lakukan amalan soleh
2. Mudah insaf dan bertaubat
3. Rasa puas dengan apa yang diperolehi
4. Kurang perasaan cemburu dengan kejayaan orang lain
5. Tidak murah marah dan stress dalam kehidupan

"Wahai Hakim, sesungguhnya harta merupakan seperti buahan yang subur, manis lagi disukai, barangsiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang zuhud (& tidak meminta2) nescaya akan diberkati baginya pada harta itu, barangsiapa mengambilnya dengan tinggi diri serta tamak) tiada berkat di dalamnya, sebagaimana orang yang makan tapi tidak kenyang"  
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Kesan Keberkatan
1. Terhindar dari kemudaratan
2. Mampur bersabar atas musibah
3. Kebaikan kepada keluarga & tempat kerja
4. Penarik Kebaikan 
"Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan, bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya, dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya" 9Riwayat Ibn Majah: Sohih)

Bacaan lanjut tentang Keberkatan Rezeki

RIBA 
Definisi:
Tambahan dalam item2 tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat tempoh

Lebihan pulangan pinjaman --> Lebih kerana lewat-->Lebih tempoh serah-->Lebih berat item--> RIBA

Hukuman Riba Dalam Islam
1. Pemakan dan pemberi riba perangi Allah SWT & Rasulullah SAW
2. Kehilangan berkat harta dan kehidupan
3. Seperti berzina dengan ibubapa sendiri
4. Lebih berat dari 36 kali zina
5. Salah satu dari 7 dosa besar

Pengurusan Kewangan Secara Halal

Rujuk artikel2 berikut:

________________________________________________________________

SLOT 3: KESIHATAN FIZIKAL & MENTAL ANAK
Oleh Dr Mohammad Nawar Arifin -mohammadnawar@yahoo.com

Photo: Pembentangan 3: 
Kesihatan Mental & Fizikal Anak-Anak

* kita biasanya didik anak dengan try & error concept..
* ramai ibubapa nak anak jadi doktor, jurutera dll & kita didik mereka ke arah itu..tapi tidak ramai yang mendidik mereka untuk bersedia menjadi ibu dan ayah..
* Kita sering anggap anak seperti a small adult 
"ish..awat tak dok diam..jangan dok usik tu..!" 
tapi layanlah mereka seperti anak kecil..

* keseimbangan dalam mendidik penting..
apa pun hasrat terhadap anak jangan terlalu melebih2 & jangan terlalu kurang...wasatiyyah

Dr. Muhammad Nawar Arifin
Seminar Fiqh Ibubapa Mithali 21092013

* kita biasanya didik anak dengan try & error concept..
* ramai ibubapa nak anak jadi doktor, jurutera dll & kita didik mereka ke arah itu..tapi tidak ramai yang mendidik mereka untuk bersedia menjadi ibu dan ayah..
* Kita sering anggap anak seperti a small adult "ish..awat tak dok diam..jangan dok usik tu..!"
Layanlah mereka seperti anak kecil..bukan dewasa..

* keseimbangan dalam mendidik penting..
apa pun hasrat terhadap anak jangan terlalu melebih2 & jangan terlalu kurang...wasatiyyah

Perkembangan fizikal anak:
1) Baby to toddler
2) Toddler to teenager
3) Teenage to young adult

SosioEmosi (Mental)
- proses pembelanjaran & interaksi anak dengar persekitaran
- interpesonal connection

Kesan persekitaran:
1. Ibu, ayah, persekitaran awal2 bulan -
mainan terbaik yang paling bayi suka adalah suara & wajah ibu & ayahnya
2. Rumah & Sekolah
3. Habit & Culture
4. Environment
5. Interaksi antara semua di atas

Masalah & Cabaran:
- Ibubapa kurang persediaan
- Anak perlu lebih perhatian
- Persekitaran dinamik

ISU
1. Parenting witout direction
2. Knowledge deficiency
Di sekolah saya di kampung, saya memperolehi semua A dalam peperiksaan UPSR.
20 tahun kemudian, baru muncul seorang murid mendapat keputusan yang sama. Saya tidak merasa diri pandai namun hairan kenapa susah sangat sekolah itu mendapat keputusan cemerlang sehinggalah terdengar dialog ayah dan anak ini ketika pagi yang hujan:
"Jom ayah, kita pi sekolah"
"Hmm, takpalah hang tak payah pi la sekolah hari ni, hujan...".
(Allah ya Allah..patutlah...)

3. Manners & Culture
Pada suatu petang ketika pulang dari bermain badminton, dengan keadaan baju yang basah lencun dan bersantai-santai di sofa, Dr. membuka bajunya dan terlihat sebuah bakul baju kotor lalu mendapat idea. Baju basah itu digulung-gulung hingga menjadi seperti bola lalu dilempar tepat ke dalam bakul itu dan masuk! Rupa-rupanya perbuatannya ini dilihat anaknya paling kecil berumur setahun setengah. Bajunya dibuka, digulung-gulung dibuat bola (sebijik macam saya buat tadi) lalu dibaling juga ke dalam bakul yang sama, ia hampir masuk!
Astaghfirullah, contoh apa yang aku dah tunjuk ini....
Beliau kemudian diberi idea..sebuah buku dari rak diambil lalu membaca. Beliau melihat dengan anak matanya si kecil itu juga mengambil bukunya, bersilang kaki lalu turut 'membaca'.
Alhamdulillah, terasa seperti perbuatan buruk tadi ter'cover'.

4. Health & Safety issue 
Cth seks. Apabila anak bertanya sesuatu yang sensitif seperti "kenapa punggung wanita itu lebih besar", jangan marah & tidak memperdulikannya. Perbuatan ini akan mendorong anak itu mencari jawapan melalui Mr google - bukan sahaja definisi malah imej pun akan muncul- ini tidak sihat pada anak. Ia perlu diterangkan dengan baik cthnya "Nak..Allah dah memang bentukkan kejadian manusia macam tu..lelaki begini dan perempuan begitu.."

Accident Prevention
1. Values, system & principle
2. Car seats
3. Ilmu, amal & Budaya *
4. Insurance coverage - laburkan sedikit pendapatan untuk jaminan kebajikan mereka.

* Amalan Dr. Nawar, masa berkualiti bersama anak2nya sebanyak 15min (dalam kereta, perjalanan dari rumah ke sekolah). Beliau akan pastikan setiap hari akan menghantar anak2nya ke sekolah. "Silibus" dialog dalam kereta juga siap dalam kepala.
"Hows your school yesterday son?"Any problems?"
Hari ni papa rasa nak bincang pasal akil baligh...bla..bla..."
Di akhirnya sebelum tiba ke sekolah, Dr. akan menelefon ibunya di kampung bertanya khabar & kemudian memberikan giliran kepada setiap anak2nya untuk bercakap dengan nenek mereka.
Dengan cara ini beliau mengharapkan kelak mereka akan melakukan yang sama terhadap ibu mereka nanti (nota: ayah Dr. telah kembali ke rahmatullah)


Tidak banyak yang terlalu medikal sepanjang slot Dr. Nawwar ini. Katanya dari segi perubatan rujuk sahaja dalam Quran dan Hadis semuanya lengkap di sana. Kebanyakan isi ceramahnya adalah berkisar tentang bagaimana ibu dan ayahnya membesarkan beliau dalam keadaan amat dhoif. Malah arwah ayahnya seorang buruh yang buta huruf! Peserta amat tersentuh dengan kisah2 beliau bersama kedua orang tuanya. Personalitinya sekarang banyak dibentuk dan dipengaruhi kesan langsung pentarbiyahan ibu dan ayahnya. Malah jenama kain pelikat yang beliau sarungkan sekarang juga sama seperti yang dipakai arwah ayahnya!!

Antara momen signifikan

- Ibunya akan pastikan setiap sayur, lauk yang dibersihkan diselang-seli zikir dan doa.

- Setiap kali menyuap makanan ke mulut anak2nya, pasti dimulakan dengan kata2 yang lebih kurang berbunyi: "ya Allah jadikanlah rezeki ini halal di sisimu, besarkanlah mereka dengan rezeki yang Kau curahkan ini agar anak2ku ini menjadi orang" 

- Untuk 4 tahun pertama di universiti, Dr. terpaksa 'berbohong' dengan meminjam duit sahabat2 baiknya, diisikan penuh2 dalam dompet beliau. Lalu bila ayahnya bertanya "Hang ada duit dak?" Beliau akan menjawab "Ada". Hinggalah tahun ke 4 ayahnya bertanya secara berhadapan "Betui ka hang ada duit ni?" Beliau tidak sanggup lagi berbohong lalu berkata tidak. Ayahnya terus menjual tanahnya yang sedikit kepada abang2 Dr. dan meminta mereka membayarnya dengan mengirimkan duit tersebut ke universiti tempat Dr. belajar. Kata ayahnya yang sering diulang (dalam sebak Dr memberitahu: "Aku sampai tinggai seluaq pendek pun takpa Nawar, asaikan hang belajaq!!!". Subhanallah! (mata terasa seperti berkaca bila mendengar ayat ini)

- Sebelum slot berakhir, beliau ditanya satu soalan oleh peserta yang mebuatkan beliau terdiam kerana menangis-
"Apa tip amalan ayah Dr yang dipegang sampai sekarang?"
Dengan susah payah, beliau mengaku sebenarnya sukar untuk menceritakan kisah kedua orang tuanya.
(Slide gambar ibu dan ayahnya dicepatkan kerana bimbang sebak dan terharu)

1- Setiap kali berjanji, ditunaikan dengan apa cara sekalipun **
2- Ikhlas
3- Beri peluang

- Pernah seorang datang meminta tolong ketika jam 3 pagi, ibu dan ayahnya membantu tanpa banyak soal malah ibu sempat memasak lagi ketika itu untuk dijamu pada tetamu tersebut.
Amalan 'wa ta'awanu 'alal birri wat taqwa' diwarisi beliau :-
Baca --> Artikel 1 & Artikel 2

** Pernah juga ketika anak sulongnya berumur 4 tahun, dijanjikan untuk dibeli cd setelah pulang dari tempat kerja, dalam keadaan yang sangat penat beliau membuka pintu, si anak pantas menyambut dan bertanya "papa mana cd??" Subhanallah, beliau terlalu sibuk hingga terlupa untuk  membelinya.
"Jom, ikut papa, kita pergi cari cd tu" Jam hampir 10 malam, hampir seluruh kawasan itu dipusing untuk mencari cd akhirnya berjumpa satu2nya kedai yang masih dibuka & cd itu satu2nya yang ada. Alhamdulillah cd yang dijanjikan ditepati. Bayangkan jika beliau memungkiri janji itu, pasti akan hilang terus kepercayaan si anak pada ayahnya. Di situasi lain, si anak dalam darjah 5. Sebelum melangkah ke sekolah untuk peperiksaan, Dr berkata "Ok abang, u confident buat tak exam ni?" Anaknya berkata: "Hmm abang tak janji la papa, but i will try my best!" Allahuakbar...

Walaupun ketika bapanya kembali ke rahmatullah, beliau tidak berada di sisi, namun beliau tidak merasa ralat kerana telah memberi khidmat terbaik sebagai seorang anak kepada bapanya.

Sehingga artikel ini ditulis, penulis cuba mengimbas kembali di saat berada dalam slot ini. Perasaan sebak itu dirasai semula apabila mengingati betapa sukarnya Dr menceritakan semula jerit payah ayah dan ibunya membesarkannya namun akhirnya menjadikan beliau seseorang pada hari ini. Ia juga menjadi iktibar kepada ibubapa sekarang yang seringkali merasakan sukar membesarkan anak walaupun dikelilingi kemudahan yang jauh lebih sempurna dari dulu.

Slot yang benar-benar meruntun emosi  kebanyakan peserta wanita yang hadir ke seminar ini, pasti
akan sentiasa melekat di sanubari penulis yang pada mulanya tidak pun mengenali personaliti hebat ini.

Moga Allah memberkati Dr muda ini & ibunya,
serta merahmati roh allahyarham ayahnya..al-fatihah!

Artikel lain tentang Dr. Nawar - Di sini 
DrNawar2
A good teacher tells, the best one explains. A great teacher demonstrates but the greatest one INSPIRE! 

Achievements

  • Top TEN Malaysian Astronaut Program 2007
  • Volunteered in Darfur, Sudan 2008 and 2010
  • Volunteered during Padang Earthquake 2009
  • Defacto Leader for the Malaysian Assembly of Mosque Youth
_________________________________________________________


SLOT 4: PENDIDIKAN ROHANI ANAK-ANAK
Oleh Ustazah Norhafizah Musa (ummuhannan@yahoo.com)

PhotoPhoto

Tips keibubapaan (amalan ibu & ayah ustazah)

1. Penekanan lebih terhadap pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab
Kata ibunya :
"Biar anak-anak pandai baca Al-Quran dengan didikan dan asuhan mak, sebab itulah amal jariah mak untuk anak-anak"

2. Rezeki tidak banyak tapi berkat

3. Makan sederhana (tidak selalu dapat makan besar)

4. Limpahan kasih sayang semulajadi
- ia lahir secara natural, tanpa dibuat-buat atau dipaksa-paksa
- kesannya dapat dilihat dan dirasa hingga ke hari ini
- Ustazah masih ingat betapa manis dan lebarnya senyuman emak ustazah dari jauh lagi setiap kali menyambut ustazah dari sekolah. Pada masa itu terasa pelik dan hairan. Tapi kini menjadi sesuatu yang amat manis dikenang dan sentiasa dirindui..
- Masih mekar juga dalam minda, ustazah adik beradik akan terlelap begitu sahaja di merata ceruk rumah..ayah langsung tak kisah. Beliau akan angkat kami seorang demi seorang, lalu dipeluk dan dicium-ciumnya sepuas2nya hingga sampai ke tempat tidur.

Bagaimana mendidik rohaniah anak2?

1. Proses mendidik anak2 adalah proses baiki diri sendiri.
Kisah benar
"mak ayah gaduh dalam kereta lalu terdiam bila anak cakap 'ibu ayah boleh tak istighfar..ambil tasbih tu istighfar ya"
kita belajar dari anak2 walaupun ia pahit..
ia proses penyucian diri

2. Letak pergantungan pada Allah bukan semata2 pada anak...'
"ya Allah ...aku harapkan agar jadikan anakku orang yang bermanfaat.." ini akan pengaruhi hati kita...


Ustazah Hafizah menceritakan pengalaman kakak ke tiga nya yang disifatkan paling bijak dalam keluarga. Setiap kali peperiksaan di sekolah rendah, sering mendapat markah penuh dan tempat teratas. Lalu ayahnya berhasrat menjadikan anak yang ini seorang doktor. Beliau disekolahkan di sekolah beraliran sains. Walaupun tidak minat, kak langnya ini teruskan juga kerana mengikut kehendak ayah. Keputusan SRP tidak begitu baik lalu memberitahu si ayah yang beliau ingin tukar ke sekolah beraliran agama. Si ayah dengan baik memujuk 'takpe kak lang, sikit je lagi, dah tak lama 2 tahun je dah nak habis, kak lang boleh punya, in syaa Allah'. Kakak ustazah teruskan juga walaupun sering dipilih masuk ke hampir semua kelas tambahan matapelajaran sains. Pada hari keputusan SPM keluar, kakaknya sudah mengetahui keputusan corotnya dari jiran. 
"Kak lang dapat pangkat 3 kak chik" kata kakaknya kepada ustazah.
"Pangkat 3 tu tak elok ke?" "Tak lah"
Ustazah masih ingat betapa berseri2nya wajah ayah & tersenyum lebar beliau ketika itu kerana excited mengambil keputusan kakak. Sampai di sekolah, guru memanggil ayah dan memberitahu "Pakcik, anak pakcik murid yang sangat baik. Tapi dia telah mencacatkan prestasi sekolah"
Ayah ustazah akhirnya sedar, betapa mulia dan suci hasratnya tapi ia tidak mungkin mengatasi kehendak Allah. Kakak ustazah kemudiannya bertukar ke aliran agama, dengan keputusan cemerlang akhirnya bergelar al-hafizah.

3. Mendidik rohani anak2 tergantung pada kondisi rohani kita sendiri
Adakah kita tenang dengan anak2?? atau sering marah2?
Said Musayyab mengatakan - kita perlu perbanyakkan solat sunat dan ibadah2 lain..

kerana ia akan pengaruhi pendidikan anak2..
Berapa ramai antara kita yang punya tahap ketenangan 50% ke atas?
Kenapa kita tenang atau resah?
= Jika kualiti tenang rohani rendah kerana dia hidup dalam zon was2/ragu2/syak wasangka
= Kita tenang jika hidup dalam keyakinan

4. Apa yang kita pegang dengan keyakinan yang mantap?
1. Saya yakin jalan didik anak ini adalah jalan yang dekatkan diri dengan Allah SWT
(sepertimana solat dekatkan diri dengan Allah)
sama ada anak2 yang baik atau sebaliknya.. yang cerdik atau tidak..

kesemuanya adalah wasilah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT

2. Saya yakin sebahagian daripada kepahitan dalam mendidik anak2 adalah kaffarah ke atas dosa2 saya yang lepas.

3. Saya yakin segala usaha saya untuk didik anak2 TIDAK pernah sia-sia
cth: Penat kejut anak bangun subuh setiap pagi? Gosok gigi sering perlu diingatkan??
Walaupun 10 tahun nasihat yang sama berulang2 kali...yakinlah ia tidak sia2! Jangan putus asa!

Dan seterusnya ciptalah keyakinan-keyakinan kita yang lain dengan skrip kita sendiri..


Asas-asas Pendidikan Islam
1. Pendidikan Rohani
2. Pendidikan Akhlak
3. Pendidikan Intelektual
4. Pendidikan Fizikal
5. Pendidikan Sosial
6. Pendidikan Agama
7. Pendidikan Jihad
8. Pendidikan Estetika & Keindahan
9. Pendidikan Politik

Pengertian Pendidikan Rohani

1. Hubungan antara hati, akal, nafsu, ruh
2. Rohani diberikan wirid, zikir dan aturan
3. Latihan dan pendidikan yang membuatkan rohani menyukai segala apa yang mendekat dan memperteguhkan hubungannya dengan Allah
4. Menepati sifat insan beriman

 CHECKLIST- 5 TERAS KAEDAH PENDIDIKAN ROHANI:

1. PEMBINAAN AQIDAH
1. Mendidik anak dengan kalimah Tauhid
2. Mencitai Allah dan merasa diawasiNya, memohon pertolongan kepadaNya serta keimanan yang teguh terhadap Qadha' dam Qadar
3. Menanam kecintaan terhadap Rasulullah SAW
4. Mengajar Al-Quran
5. Menanam keteguhan iman dan kerelaan berkorban keranaya.

2. PEMBINAAN IBADAH
1. Solat
2. Anak dan masjid
3. Puasa
4. Haji
5. Zakat
6. Sadaqah
7. Menuntut Ilmu

3. PEMBINAAN AKHLAK
1. Melazimi adab yang mulia
2. Menyebarkan kebajikan dan kebaikan

4. PEMBINAAN EMOSI
1. Panggilan yang lunak dan baik
2. Memperhati momen penting yang memberi pengaruh emosi anak-anak:
-ketika ingin keluar rumah
- ketika pulang ke rumah
- ketika melakukan amalan berjamaah
- ketika sakit
- dalam perjalanan
- ketika hendak tidur malam

3. Menanam keceriaan dan kebahagiaan dalam jiwa anak
4. Merangsang jiwa kompetetif, kemampuan bersaing, bertanding
5. Memperteguh emosi dan hati anak dengan elemen kekuatan
6. Membimbing dan meluruskan dengan kaedah yang tidak menggelincirkan emosi anak2
7. Menumbuhkan makanan2 emosi
8. Menanam kejituan jiwa dan emosi yang akan melahirkan istiqamah
9. Kunci2nya:
i. Pembersihan hati
ii. Ilmu memahami diri
iii. Kemampuan mengevaluasi diri
iv. memberi ruang untuk menerima penilaian orang lain
v. Mengambil sempadan dan teladan dengan lingkungan


Semoga Allah SWT memberkati setiap ilmu yang dicurahkan mereka serta merahmati & memurahkan rezeki setiap penceramah, urusetia dan semua pihak yang  terlibat dalam menjayakan program ini dunia & akhirat...

Tidak ada istilah terlambat pada perkara kebaikan. Bersama kita muhasabah diri & memperbaiki diri agar hari kita hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini, in syaa Allah!

Alhamdulillah - 17102013

2 comments:

  1. Syukran jazilan.. sgt bagus perkongsian ni..subhanAllah.. byk ilmu saya dpt.. truskn menulis dn berkongsi :)

    ReplyDelete