1- PERSEKITARAN -wujudkan dan hidupkan persekitaran yang kondusif untuk mereka.
Skrip kita: "Bangun nak....sekolah2..umi dah masak sarapan ni..."
Tukar --> "Bangun nak, Subuh..Subuh..solat2"
Bangunkan anak-anak dengan JERITAN FAJAR !!!
Perkongsian video tentang persekitaran negatif -
Kata ustazah, ibu dan ayahnya ada 2 pendapat berbeza tentang anak ini. Ayahnya rasa tidak ada masalah anak berumur 2 tahun ini kerana badannya sihat (sangat sihat mungkin). Tapi tidak pada ibunya. Anak ini dibawa ke luar negara dan dirawat hampir 2-3 tahun lalu pulang ke Indonesia. Ketagihannya pada rokok hilang sepanjang tempoh itu. (harap hingga sekarang).
"So parents, careful with what you do and say!"
2- MATLAMAT YANG JELAS - beri justifikasi yang jelas akan setiap keputusan dan tindakan.
Anak: Datang kuliah sebab mak suruh...??
Beri matlamat pada anak:-
Situasi 1: "Kakak..ikut umi ke kuliah ni. Ustazah best ni masuk selalu tv. Nanti kakak ambil 3 point ustazah tu ye. Jadi setiausaha umi ok "
Situasi 2 :
Umi: "Kenapa kakak pakai bedak? "
Kakak: "Sebab nak cantiklah."
Umi: "Betul..kita perlu cantik sebab Allah itu cantik sukakan yang cantik. Kita kena bedak supaya tak nampak selekeh & kita tak diperlekeh"
Anak2 akan lebih terarah tujuan dan matlamatnya dalam setiap tindakan.
3. MODEL (contoh teladan) - "They do what they see.." "Actions speaks louder than words"
- Beri sentuhan emas pada 6 tahun yg pertama. Ia bagai mengukir di atas batuan. Antara sentuhan emas yang ada keramat adalah di tangan para BAPA.Cth dlm AlQuran:- Luqmanul Hakim, Nabi Ibrahim, Ali Imran
- Untuk membentuk fitrah anak, jangan kita meletak diri di level 'ego' ibu dan ayah sahaja. Turunkan sedikit. Bersahabatlah dengan mereka. Ini kerana kita telah melalui melalui pengalaman lebih lama dalam hidup. Maka setiap satunya perlu dikongsikan bersama. Berkawan dengan anak akan menjadikan kita kawan mereka tanpa syarat kala susah dan senang.
Saidina Ali bin Abi Talib K.w berkata:
”Sayangilah dan layanilah anak sampai usianya tujuh tahun, kemudian didilah anakmu selama tujuh dan pada tujuh tahun ketiga suruhlah anakmu untuk ikut membantu urusan keluargamui”.
Dengan ini ulama membahagikan pendidikan anak-anak kepada tiga fasa (yang setiap satunya selama tempoh tujuh tahun).
1) Fasa (tempoh) tujuh tahun pertama (dari usia 0 hingga tujuh tahun) dengan kasih sayang
2) Fasa tujuh tahun kedua (dari usia 7 hingga 14 tahun) dengan didikan ilmu dan tunjuk ajar serta kebiasaan yang baik.
3) Fasa tujuh tahun ketiga (dari usia 14 hiingga 21 tahun) dengan bimbingan kemahiran hidup dan latihan kepimpinan.
- Anak-anak yang sentiasa berkongsi masalah dan setiap agenda hidupnya dengan kita menandakan kita seorang 'sahabat' yang berjaya. Jika sebaliknya, ia petanda kegagalan kita.
- Mereka perlu sentiasa kita hubungkan dengan Allah.
- Bila sudah 'ngam' dgn anak. Mereka akan 'jatuh cinta' dengan kita.
Cth: Di Maidin susah parking. Tetapi hari itu senang pula dapat.
"Adik...mak bawak adik alhamdulillah senang dapat parking...."
Sentiasa kaitkan apa sahaja dengan Allah. Anak akan rasa bangga dan rasa berharga.
Kita akan mereka jadikan rujukan utama.
4. PEMAKANAN YANG BAIK
Darah daging perlu dari sumber Halalan Toyyiba. Sumber yang halal kita pasti. Menyediakannya juga perlu dalam keadaan yang baik, bersih dan sebagainya. Sebaiknya sebelum ke sekolah, selain sarapan, beri latihan ringan dahulu seperti naik turun tangga. Kajian menunjukkan anak2 yang bangun pagi beriadah & sarapan, daya tumpuannya lebih hebat dari anak yang ambil sarapan pagi sahaja. Apatah lagi yang langsung tidak bersarapan! Ini penyumbang penyakit gastrik selain kelesuan di dalam kelas.
5. PERSEPSI
- Kita biasanya suka meletak label berdasarkan maklumat pertama yang sampai.
"Mak, kakak curi barang adik."
Bila kakak datang nak mengadu kita terus buka mulut "Kenapa kau curi barang dia?!"
Elakkan terpengaruh dengan mana-mana sumber!
** Ajar anak teknik bersosial.
1. Adab ambil barang - teknik memujuk. "Kita kongsi main ye"
2. Pinjam barang "Boleh kakak guna 5minit sahaja?"
3. Negotiate-
"Kalau adik tak bagi kakak takpe, sabar ya. Nanti adik bagi juga. Allah kan suka orang yang sabar."
** Ajar bagamaina mengurus emosi. Mengurus konflik. "How to deal things"
- Jangan kita masuk dalam konflik tersebut dan leraikan dengan ambil barang yang direbutkan lalu terus dibuang atau patahkan. Jika barang mainan, laptop, telefon masih ok lg. Bagamaina bila besar nanti, yang direbutkan adalah seorang wanita???
- Korbankan ego, taat akan datang. Bela & bela ego, taat akan hilang.
## Anak ada 5 Bentuk:-
1. Anak rasa sayang bila dapat hadiah -
Pulang kerja bawakan coklat untuk anak.
2. Ungkapan kata2:
"Mak sayanggg abang long"
3. Rasa sayang bila dibantu -
"Adik nak pergi rombongan mak. Ok takpe, biar mak pack kan barang ya"
4. Masa yang dihabiskan bersama -
Ambil cuti bawalah anak berjalan-jalan.
5. Sentuhan-
Anak sebegini suka dipeluk dan bercakap sambil pegang mereka.
Bagaimana nak tahu. Tanya mereka:
"Bila yang kakak rasa umi paling sayang kakak?"
"Hmm...bila umi tolong adik buat kerja rumah." <-- ok anak ini jenis yang ke 3
Kenali anak/anak-anak kita. Padankan bahasa kasih yg mana? 1-5? Setiap dari mereka..BERBEZA.
Layan setiap dari mereka dan berikan rasa istimewa dan rasa diri merekalah yang paling sayangi. Seperti mana Rasulullah menyantuni setiap isterinya. Hadis - Rujuk sini
Kuliyah Dhuha Muslimah 04052014 @ Surau Al-Munawwarah Putrajaya bersama
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki - 'ANAK...FITRAH @ FITNAH'
No comments:
Post a Comment