Friday, 23 May 2014

Pendidikan Aqidah dalam Peristiwa Isra' Mi'raj


Perkongsian Nota Y.Bhg Dr Mohd Farid B Mohd Sharhan - IKIM

1. Semua yang berlaku pada Rasulullah SAW adalah PENTING bagi kita sebagai pengajaran - kerana Rasulullah SAW adalah suri teladan. Baginda adalah WASILAH UTAMA kita sampai kepada tauhid yang sebenar terhadap Allah.

2. Perjalanan Isra' Mi'raj merupakan salah satu EPISOD PENTING dalam kehidupan Rasulullah SAW kerana ia BUKAN PERJALANAN BIASA (Hijrah juga salah satu perjalanan Rasulullah yang terkandung di dalamnya mukjizat tetapi tidak sebanyak yang berlaku dalam Isra' Mi'raj). Di dalam Isra' Mi'raj, dipenuhi dengan perkara-perkara di luar hukum adat manusiawi. Ia juga BUKAN CERITA DONGENG atau FAIRY TALES (spt ET, Flying Horses dll). Kita berhadapan sekarang ini dengan 'secular worldview' yang melihat segala-galanya dari sudut kebendaan (saintifik, material, empirical) semata-mata.

3. Peristiwa ini harus dilihat dari KACA MATA IMAN. Sebab itu hatta para sahabat pada zaman Rasulullah SAW pun ada yang ragu-ragu dengan peristiwa ini. (Ada riwayat yang mengatakan ada yang murtad. Iman mereka ketika itu masih baru - cuba bayangkan jika kita hidup pada zaman itu, bagaimanakah kita?). Atas dasar itu, peristiwa ini memang mengajar kita akak hal-hal berkaitan aqidah dan keimanan.

4. * Asbab kepada ilmu bukan sahaja PANCAINDERA dan AKAL akan tetapi juga bersumberkan 'KHABAR SODIQ' atau BERITA BENAR YANG DIBAWA OLEH PARA NABI. Peristiwa ini termasuk di dalam KEHARUSAN HUKUM AKAL walaupun bertentangan dengan hukum adat. Dengan kata lain ia masih rasional dan saintifik dari sudut pandangan Islam.

* Asbab Ilmu (Saluran Ilmu) ada 3 :-

a. Ilmu Indrawi - emperical / senses/ ilmu Hissi
- Dalam Islam, semua ilmu yang terkandung dalam ilmu ini adalah Benar.
- Banyak digunakan dalam Sains.
Contoh: Duit syiling jika diletakkan betul2 di depan mata ke arah matahari, akan nampak syiling lebih besar dari matahari.

b. Ilmu 'Aqal - 'Principal of identity' - 1 benda tidak boleha dalam 2 tempat
Contoh: Saya ada di pejabat. Pada masa yang sama saya ada di rumah --> ini tidak dapat diterima akal.
Contoh duit syiling tadi- ilmu akal akan membantu Ilmu Indrawi dalam menjelaskan yang sebenarnya matahari sememangnya lebih besar dari syiling tersebut.

c. 'Khabar Sodiq' = Berita yang benar
Ia terbahagi kepada 2 : -
i. Mutawatir: satu berita dari saluran yang banyak
"Contoh saya ke Washington. Semua percaya bila diberitahu walaupun tak pernah sampai ke sana. Kita tahu dari peta, tv dan pelbagai sumber yang Washington itu wujud. Begitu juga Nabi,kita percaya walaupun tak pernah berjumpa dengannya.

ii. Ahad - satu
Berita dari SEORANG sahaja yang berwibawa - iaitu Nabi Muhammad SAW

5. Pengajaran terbesar dalam peristiwa Isra' Mi'raj ialah pengajaran tentang AQIDAH - walaupun ia dilihat sebahagian orang sebagai sekadar KISAH SIRAH

6. Ia berlaku pada zaman Makkah ketika pengikut Nabi hanya 80 orang dan ayat-ayat tentang aqidah sedang turun. Ia satu UJIAN KEIMANAN bagi sahabat-sahabat.

7. ENAM RUKUN IMAN ada dalam peristiwa Isra' Mi'raj.
Ketika inilah perlu diaplikasikan pengajian Aqidah kita:-

a. PERCAYA KEPADA ALLAH
i. Yang wujud di sebalik segala kejadian yang ada. Kesemua kejadian menunjukkan kepada kewujudan Allah termasuk peristiwa Isra' Mi'raj.
ii. Berkuasa - memperjalankan Nabi
iii. Mendengar dan Berkata-kata

b. PERCAYA KEPADA RASUL
i. Yang berjalan adalah Nabi Muhammad SAW yang telah membawa risalah agama kepada kita.
ii. Nabi BUKAN INSAN BIASA - banyak perkara luar kebiasaan berlaku kepada Rasulullah SAW
iii. Tidak salah memuji dan menyayangi Rasulullah SAW . Baginda makhluk yang paling disayangi oleh Allah. Istimewa kerana 'dijemput khas' oleh Allah untuk melalui peristiwa ini.
iv. Baginda merupakan Rasul yang Benar (Siddiq) dan Amanah.
v. Baginda terpilih - dibelah dadanya

c. PERCAYA KEPADA KITAB
i. Peristiwa ini diajar oleh Al-Quran. Kalau kita meragui Al-Quran maka kita akan ragu dengan peristiwa Isra' Mi'raj.
ii. Al-Quran adalah MU'JIZAT. Banyak peristiwa yang belum berlaku diceritakan al-Quran, susunan ayat dan perkataan yang indah, menjawab persoalan besar dalam hidup.
iii. Kita harus membaca Al-Quran dengan perasaan kita BERSAMA DENGAN RASULULLAH SAW.

d. PERCAYA KEPADA MALAIKAT - (yang mengiringi Nabi ialah Jibril)
i. Malaikat adalah sebahagian dari bukti kebesaran dan kekuasaan Allah
'Subhanallahi biyadihi al-mulk wa huwa 'ala kulli shay' qadir'
ii. Makhluk yang tunduk kepada Allah
iii. Bayt Ma'mur - tempat perkumpulan para malaikat

e. PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT - hal2 hari akhirat dipertontonkan
i. Kehidupan akhirat yang paling kekal dan lebih baik
ii. Kita sendiri telah hidup dalam kehidupan akhirat - ruh
iii. Nabi diperlihatkan dengan peristiwa akhirat

f. PERCAYA KEPADA QADA' dan QADAR - ketentuan Allah dalam memperjalankan Nabi dalam peristiwa ini
i. Yang berlaku adalah ketentuan Allah
ii. Qudrah dan Iradah Allah adalah yang memberi bekas

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Ia ilmu yang sangat bermanfaat....
Semoga kita sentiasa diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT untuk didedahkan dengan apa sahaja ilmu yang boleh membawa kita lebih dekat dengan Allah...serta melihat semua yang berlaku dari kaca mataNya..insyaAllah...

Lagi gambar di sini

No comments:

Post a Comment