Wednesday, 7 May 2014

Taubat Seorang Hamba - Ustaz Yahya Mahyuddin


 

 
Teringat saya ketika terlanggar seorang kanak2 Arab dahulu. Di dalam kereta ketika membawanya ke hospital, dalam esak tangis si kecil menahan sakit, mulutnya melafazkan bait2 ayat Al-Quran dari Suratul FATIHAH!! 
 
 
Subhanallah!
Itulah sewajarnya kita lakukan ketika berhadapan dengan ujian Allah!

√ Istighfar

'Sesiapa yang beristighfar maka Allah akan menjadikan :-
1. Setiap kesusahan itu ada jalan keluar
2. Pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya
3. Memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka..'

Lazimi lidah kita dengan istighfar, supaya bila tak buat hati kan terasa gusar.....

√ Ibn Qayyim al-Jauziyah

'Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan
menghadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihalangkan melainkan perdampingan dengan Allah,
padanya ada dukacita yang tidak dapat ditinggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubung denganNya

√ Apabila ditimba musibah terus lafaz Alhamdulillah! Pada masa itu juga bukan selepas maki hamun & sumpah seranah!

Jazakallah Ustaz Yahya Mahyuddin atas perkongsian terbaik Pengisian Rohani April '14 @ Rp5
 



 

No comments:

Post a Comment