Jika diukur Kpi seorang pendakwah pada
bilangan mad'u, maka gagallah Nabi Luth kerana setelah lama berdakwah,
yang berjaya didakwah hanyalah 2 orang anaknya...
Maka Nabi Nuh lebih berjaya kerana lebih ramai mad'u di dalam bahteranya walau gagal mengajak isteri & anak...
Tetapi itu bukan indikator.
Allah melihat kesungguhan hambaNya melalui usaha & doa....
Nabi Luth tidak pernah berputus asa. Baginda berusaha & bersungguh berdoa dan berdoa.
Akhirnya Allah mengabulkan doanya dengan membalas kejelikan umat luar
tabi'inya dengan menenggelamkan mereka di dasar bumi. Dikatakan di dasar
Laut Matilah jasad mereka berkubur supaya tidak dapat ditemui oleh
sesiapa! Mereka dimatikan dalam murka Allah sehina-hinanya!!!
Segmen 'Ibrah Ustaz Shaari Abd Rahman @ Ikim.fm 31 Mac 2014
------------------------------------------------------------
Tarikh yang sama juga, Allah sekali lagi memperlihatkan Rahman war
RahimNya. Usaha dan DOA saya, keluarga, jiran, rakan sejawat, sahabat
jauh & dekat dan pastinya doa ibu yang ketika itu di Tanah Suci
menunaikan umrah dimakbulkan Allah. Tanpa disangka, genap 10 hari ALZA
yang dilarikan, ditemui semula!! Alhamdulillah thumma Alhamdulillah!!!
Subhanallah..selama 10 hari itu malah hingga ke hari ini, satu demi
satu keajaiban Allah pamerkan. Seorang demi seorang tampil memberi
petunjuk & bantuan. Segala urusan dipermudahkan. Allah ya Allah. Apa
lagi nikmat Alllah yang hendak didustakan??!
Walau Wwj 5017
bertukar identiti & hampir hilang semua isi perutnya, nikmat di
sebalik ujian kecil ini buat sekelian kalinya terlalu besar!
{Wasta'inu bis sobri was solah} <--Sungguh! Ia amat benar!!
#Mh370
Sudah hampir sebulan lamanya.
Teruskan berdoa....
Biar semua tahu siapa dalangnya,
Biar terbela nasib semua jiwa yang tidak berdosa,
Biar si isteri yang gundah kembali tersenyum indah,
Biar terlerai rindu si kecil pada si ayah,
Berdoalah...Berdoalah...
Perlihatkanlah segala hikmah..
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Percayalah.....!
"Terima Kasih ya Allah Kau makbulkan sebahagian doa kakak ini..Boleh tak ya Allah makbulkan doa kakak yang satu lagi? "
Status Fb 1 April 2014
No comments:
Post a Comment