Ini sekadar perkongsian ringkas dapatan ceramah ini.
Proses pembelajaran terbaik pastinya dengan BERTALAQQI (bersemuka) secara langsung dengan guru. Wallahua'lam.
Gambar 2 di sini
Proses pembelajaran terbaik pastinya dengan BERTALAQQI (bersemuka) secara langsung dengan guru. Wallahua'lam.
Gambar 2 di sini
~~ BELAJAR ILMU SECARA TALAQQI DENGAN GURU YANG 'ALIM,
atau Guru yang bertalaqqi dengan guru yang 'alim.
1. WAJIB ke atas setiap MUKALLAF untuk mempelajari ILMU FARDHU 'AIN.
2. Ilmu ini perlu dipelajari secara TALAQQI bukan dicedok di dalam kitab atau internet semata-mata.
3. Ilmu cedokan sedemikian, dibimbangi akan menyebabkan berlaku banyak salah faham dan kekeliruan dalam agama,
4. Dalam ilmu fiqh, salah ilmu akan membatalkan ibadah.
Kata orang 'alim "Siapa yang tidak punya syeikh, yang beri kefahaman adalah dari syaitan'.
5. Ilmu yang salah itu pula, jika disampaikan bukan sekadar akan merosakkan diri sendiri, malah masyakat juga secara umumnya.
6. Dengan bertalaqqi, guru akan memberi syarah yang tepat dan memperbetulkan sebarang kekhilafan atau kekeliruan yang timbul.
Kata Ibnul Mubarak "Belajar ilmu secara sanad/ beriwayat adalah sebahagian dari agama'.
Contoh: Ada beberapa karya ulama' besar apabila diulang cetak, akan berlaku kesalahan cetakan secara sengaja atau tidak sengaja.
~~ MEMILIH DARI SIAPA ILMU YANG DIAMBIL
1. Siapa guru yang kita belajar? Adakah di kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ)?
2. Adakah beliau benar-benar faham dengan ilmu tersebut dan ia tidak bertentangan dengan apa yang termaktub dalam Al-Quran, Hadis?
3. Kedua-duanya perlu dilihat dengan teliti agar kita memilih orang yang tepat dan ahli dengan ilmu tersebut.
4. Imam an-Nawawi menyebut Jika seseorang itu tidak thiqqah, kita tidak boleh bertanya tentang ilmu agama'
~~ MUKALLAF
Ciri-ciri
1. Al-Baligh (cukup umur, jelas tanda-tanda baligh pada lelaki dan perempuan - ustaz menerangkan dengan terperinci bab ini)
2. Al-'Aqil (waras)
Orang yang mempunyai sakit mental sejak lahir dan bersambung sehingga akhir hayatnya tidak ditaklifkan atau diiktiraf sebagai mukallaf.
3. Sampai seruan Islam (allazi balagha risalatul Islam)
- Orang tersebut telah sampai kepadanya seruan 2 kalimah syahadah.
- Hal ini terkecuali kepada orang yang mungkin dibesarkan di dalam hutan misalnya hingga tidak sampai risalah Islam padanya.
- Perbahasan yang panjang berkenaan isu ini ditimbulkan berkenaan status ibu bapa Nabi Muhammad SAW yang dikatakan mati dalam keadaan kafir.
- Dalam Fiqhul Akbar karya Imam Abu Hanifah :
"IBU BAPA NABI MATI DALAM KEADAAN BERIMAN KEPADA ALLAH SWT"
B.Arab - "Maata Muslimain" = mati dalam Islam
- Apabila kitab tersebut jatuh pada tangan orang yang bertanggjawab, ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini lalu menukar ayat tersebut menjadi
"Mati dalam keadaan tidak Islam".
Ditambah pula hadis yang telah jelas dhaif
"Sesungguhnya ayahku dan ayahmu dalam neraka" -
Justeru adalah amat penting untuk belajar ilmu secara bertalaqqi dengan GURU bukan dengan BUKU agar kekhilafan sebegini dapat diperbetulkan.
- Secara umumnya, tidak boleh disebut orang yang mati dalam keadaan tidak muslim itu kafir atau musyrik, mereka mungkin mati dalam keadaan tidak ditaklif dan tidak akan diazab kerana tergolong dalam golongan AHLIL FITRAH.
- Justeru ilmu perlu dicari pada mereka berautoriti!
Kisah Arab seorang yang meminati ilmu kedoktoran tetapi hanya belajar dari buku.
Seorang yang bernama Tuma AlHakim. Membaca buku tentang rawatan kepada pesakit. Bacaannya tersebut secara tepatnya ialah
"Habbatussauda' penawar bagi segala penyakit"
akan tetapi di dalam buku tersebut perkataan "Habbah" hilang satu titik, menjadi "Hayyah" bermaksud Ular. Maka ayat tersebut berubah maknanya menjadi
"Ular Hitam penawar segala penyakit'.
Dikatakan Tuma telah menangkap ular hitam lalu mati. Ada yang mengatakan dia tidak mati. Ular tersebut berjaya ditangkap lalu dipotong dan direbus menjadi ubat. Semua yang diberi penawar tersebut mati.
Inilah kesilapan yang akan membinasakan diri dan masyarakat jika cara pengajian hanya melalui buku semata-mata kita lakukan tanpa berguru. Wallahua'lam.
Al-fadhil Ustaz Mohd Mustakim Mahmood@Fauzi - Pejabat Mufti WPKL
No comments:
Post a Comment