Dah banyak hari rupanya tak update.
Itulah manusia. Susahnya nak istiqamah. Asyik nak ikut mood.
Bercakap pasal mood, Jumaat lepas mood ke laut.
Pagi itu di Bilik Kebal - tempat di mana semua dokumen Nikah, Cerai, Rujuk dan berkaitannya disimpan dari zaman 1900 lagi tak silap untuk seluruh Penang. Boleh bayang tak banyak mana? So memang penat menyusunnya semula. Kemain tebal buku2 jilid yang kompilasikan dokumen2 tu semua. Angkat 1 pun dah rasa nak tercabut pinggang.
Sampai la tengah hari, baru nak rehat, tak pasal2 pula kena marah.
Owh...sedih betul. Masa ni bila baca Quran rasa syahdu sangat. Randomly je bukak. Saat2 kita macam tu mesti ada je ayat Allah 'sedang nak pujuk kita'.
Antara yang terkesan masa tu, "dan di dalam syurga akan terdengar tiada lain melainkan kata2 yang baik je." (al-Waqi'ah) MasyaAllah. Jadi apa la nak dirunsingkan sangat dengan kata2 manusia yang serba lemah ni. Macamlah kita sempurna sangat kan. Seperti yang abang Raja selalu ulang2 dalam buku Jom Jadi Orang Baik2nya...Maafkanlah Dia.
Malamnya Allah 'pujuk' saya lagi melalui suami yang lately keep on ajak pi dengaq ceramah kat masjid. Penat tu penat tapi gagah pi jugakla. MasyaAllah, hati cair dengar ceramahnya--> Nota saya di sini
Wednesday, 17 January 2018
The power of kalimah Tauhid
"Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah, pada setiap pandangan dan nafas sebanyak mana yang diliputi oleh ilmu Allah."
Sekali kita menyebut kalimah ini, seolah-olah mendapat pahala pada setiap kerdipan mata & setiap turun naik nafas sebanyak mana ilmu Allah Taala. Ia bersamaan 72,000 kali!
Al-Habib Zain Ibn Ibrahim menukilkan apa yang disebut oleh Al-Habib Salim Ibn Hafiz dalam Kitab Minhah Al-Ilah:-
Sekali menyebut kalimah ini bersamaan 72,000 ribu kali TAHLIL.
Ini kerana hitungan turun naik nafas manusia +- 24,000 kali.
Manakala kerdipan mata pula +- 48,000 kali.
24,000 + 48,000 = 72,000 kali. Subhanallah!
Sekali menyebut kalimah ini bersamaan 72,000 ribu kali TAHLIL.
Ini kerana hitungan turun naik nafas manusia +- 24,000 kali.
Manakala kerdipan mata pula +- 48,000 kali.
24,000 + 48,000 = 72,000 kali. Subhanallah!
Ini amalan mudah dan ringan. Bacalah sekurang-kurangnya 3x setiap kali selepas solat. Tahlil adalah zikir utama dan paling afdhal. Dalilnya Nabi menyebut:
{ Sebaik-baik ucapan yang aku dan Nabi-Nabi sebelumku ucapkan adalah "Laa ilaaha illallah } & { Sesiapa yang diakhir hidupnya sempat mengucapkan "Laa ilaaha illallah" nescaya akan masuk syurga.}
{ Sebaik-baik ucapan yang aku dan Nabi-Nabi sebelumku ucapkan adalah "Laa ilaaha illallah } & { Sesiapa yang diakhir hidupnya sempat mengucapkan "Laa ilaaha illallah" nescaya akan masuk syurga.}
Ayuh mulakan bermula Jumaat yang mulia ini. Istiqamah berzikir. Moga kalimah yang sama dapat kita sebut sebelum menghembus nafas terakhir.
Memanjangkan perkongsian Azzikraa oleh Ustaz Muhadir Bin Haji Joll Klfm- Rentak Interaktif Kota Klfm Agama 97.2mhz terbitan Tn Hj Manan Selamat 16 Jan 2015
▶️ Bayangkan. Ada mangsa banjir yang rumahnya diangkat, diterbalikkan dan diletak di atas rumah lain. Kelihatan seperti rumah 2 tingkat! MasyaAllah. Hebatnya kuasa Allah pada makhluknya bernama "Air".
▶️ Kita tak perlu ada kumpulan untuk buat benda baik. Lebih banyak kumpulan baru dicipta, semakin banyak perpecahan. Kita hanya perlu hati² yang bersatu membantu. 💞.
▶️ Bukan sekadar memberi bantuan, tapi membina kehidupan. Bukan sekadar membantu mereka, tapi sebenarnya kita sedang membantu diri sendiri juga.
Hidup untuk Ibadah.
Membantu Ummah juga Ibadah.
Membantu Ummah juga Ibadah.
Received 11th Jan 2018
[BUKU JOM JADI ORANG BAIK-BAIK] - Cetakan ke 4
Dapatkannya segera bersama pelbagai hadiah menarik hanya :RM50.00 termasuk pos
Maybank: 5630 4631 5997
Whatsapp bukti : 019-790 8767
Whatsapp bukti : 019-790 8767
Sang Semut
"Ada seorang Arab Badwi keluar untuk satu keperluan. Ketika dia berasa sangat letih dan putus asa, dia duduk dan berfikir untuk berpatah balik ke tempat asalnya. Ketika itu dia melihat seekor semut yang sedang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut itu terjatuh. Kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi. Berulang-ulang kali!. Namun semut itu tetap berusaha dan berusaha sehingga akhirnya berjaya sampai ke atas batu besar itu." Kata Arab Badwi itu: "Aku sepatutnya lebih bersabar dan berusaha berbanding semut tersebut." Kemudian dia pun meneruskan perjalanannya hingga akhirnya sampai destinasi.
Lalu dia berkata:-
Oh My Mahsyar! Ustaz Husam
"Saya tak banyak amalan. Bangun Tahajud adalah kot sebulan sekali. Baca Whatsapp lagi banyak dari baca Quran. Sungguh ni. Sebab tu isi ceramah saya jarang sentuh bab amalan. Sebab saya sendiri pun tak buat mana. Tapi cubalah tuan², puan² renung ni ..👇
Kalau terbangun malam, ambillah wudhu', solat & doa. Bercakap²lah dengan الله. Jika malam ini, hari terakhir aku bernafas di bumi, apalah amalan yang jadi bekalan untuk-Mu Tuhan? Apa pula kenangan yang aku tinggalkan. Baik? Buruk? Pujian? Kecaman?
"Allah...takdak dah arwah tu. Baik sungguhlah dia. Payah nak jumpa orang baik lagu dia." @
"Meninggai dah? Lega aih rasa. Ada ka takdak sama ja."
"Meninggai dah? Lega aih rasa. Ada ka takdak sama ja."
Bayangkan pula. Gelap-gelita di dalam sana. Apa aku dah buat nak bagi cerah? Sempit. Aku buat apa dah nak bagi luas?
Kompilasi Hadis Fadhilat al-Quran
Dari Himpunan Kitab Fadhail Aa'mal
Taklim @home 16012018
Hazrat Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa محمدﷺ bersabda:-
"~~> Seseorang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seumpama "Turanj" (Limau Manis)- mempunyai bau yang sedap, rasa yang manis.
~~> Seseorang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah tamar yang tidak mempunyai bau walaupun ia berasa manis.
~~> Orang Munafiq yang tidak membaca al-Quran adalah seeperti buah liar yang mempunyai rasa pahit, tidak ada bau.
~~> Orang Munafiq yang membaca al-Quran umpama bunga Raihan (berbau manis & harum) tapi berasa pahit.
Huraian
~~~~~~
Nilai bacaan al-Quran yang abstrak telah diperbandingkan dengan sesuatu yang konkrit agar jelas menunjukkan kelebihan membaca & tidak membaca al-Quranul Kareem. Walaupun manis dan harumnya Turanj & Tamar tidaklah sama dengan kemanisan al-Quran yang hakiki.
~~~~~~
Nilai bacaan al-Quran yang abstrak telah diperbandingkan dengan sesuatu yang konkrit agar jelas menunjukkan kelebihan membaca & tidak membaca al-Quranul Kareem. Walaupun manis dan harumnya Turanj & Tamar tidaklah sama dengan kemanisan al-Quran yang hakiki.
'Turanj' memberi rasa kepada mulut, membersihkan perut dan memudahkan penghadaman. Maka begitu juga nilai² al-Quran; keharuman mulut, kesucian & kekuatan rohani adalah hasil pembacaan al-Quran.
Dalam riwayat lain dipetik dari Ihya' disebut 3 perkara yang menguatkan ingatan:-
(1) Bersiwak
(2) Berpuasa
(3) Membaca al-Quran
(1) Bersiwak
(2) Berpuasa
(3) Membaca al-Quran
Tuesday, 9 January 2018
Catatan 8 Januari 2018- Bonus
Bonus. 💰
Ada yang gembira dapat hari ini.
Ada yang dapat awal lagi. Dah habis pun.
Ada yang marah hanya dapat separuh.
Ada yang hampa, langsung tak merasa.
Ada yang pemurah agih²kan pada yang berhak.
Ada yang diam² saja.
Ada yang dapat awal lagi. Dah habis pun.
Ada yang marah hanya dapat separuh.
Ada yang hampa, langsung tak merasa.
Ada yang pemurah agih²kan pada yang berhak.
Ada yang diam² saja.
Itu rezeki bahagian masing² yang telah الله tentukan. Syukur. Barangkali setakat itu sahaja yang halal buat kita. Fikir²kan. Mungkin الله payah nak bagi lebih kalau yang selama ini pun kita sukar syukur pada lisan & perbuatan. Datang kerja pun macam biskut. Buat kerja pun ikut mood. Rehat bila² masa, selamba.
Nota Ceramah Shamsul Debat - "Sukarnya Menangis"
Nabi ﷺ terdengar bunyi yang sangat kuat. Rupa²nya bunyi api neraka. Semakin dekat & dekat. Kuat betul bunyi walau jaraknya sejauh 500 tahun perjalanan. Jibril datang & minta Nabi siramkan air pada api itu lalu api itu pergi.
"Air apa ni Jibril?" tanya Nabi.
"Inilah air mata umatmu yang derhaka namun menangis kerana Allah."
"Inilah air mata umatmu yang derhaka namun menangis kerana Allah."
Dalam satu kisah seorang hamba setelah dihisab, didapati kejahatannya lebih berat maka diputuskan ke neraka.
Salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, RasulMu ﷺ telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Si fulan diampunkan Allah lalu masuklah dia ke dalam syurga.
Nota Kuliyah 7 Januari 2018- Umar Abd Aziz
Kata Ahmad ibn Hambal: "Barangsiapa yang menceritakan kebaikan Umar ibn Abdul Aziz dan menaruh kasih padanya, nescaya الله kurniakan KEBAIKAN YANG BANYAK."
Justeru ingin saya panjangkan salah satu kisah kebaikan khalifah hebat ini. ⤵️⤵️⤵️
Pada hari pertama dilantik menjadi khalifah menggantikan Sulaiman Abd Malik, selesai sahaja pengebumian di Baqi' (setiap jasad yang bersemadi di sini dijanjikan syafaat oleh Nabi ﷺ - moga kita dipilih) datang sebuah kereta kuda menghampiri Umar.
"Ini kenderaan rasmi tuan."
"Tak mengapa, aku sudah punya baghalku." Umar menolak.
"Tak mengapa, aku sudah punya baghalku." Umar menolak.
Datang pula 6 orang siap dengan pedang.
"Kami bodyguard tuan."
"Eh takpa, Allah swt Bodyguardku."
Lalu beliau naik baghalnya dan menuju ke Masjid Nabawi. Umar memulakan khutbah pertamanya sebagai khalifah.
"Kami bodyguard tuan."
"Eh takpa, Allah swt Bodyguardku."
Lalu beliau naik baghalnya dan menuju ke Masjid Nabawi. Umar memulakan khutbah pertamanya sebagai khalifah.
Catatan 7 Januari 2017- Dah Jodoh
Umi, macam mana jumpa ayah? Tengah jalan², terjumpa ke? Lepas tu cakap..."Hai awak apa khabar?"
Umi tergelak². Terkasima pun ya jugak. Tetiba je tanya soalan maut tu. Siap ada dialog lagi. Si ayah pula bila dengar, terus jawab: "Haah ye, umi tengah bawak buku, tetiba jatuh. Ayah tolong kutip." 😂
Teringat forum ambang tahun baru yang kami tonton dalam kereta tadi. Terkejut ustaz Haslin bila ditanya bagaimana bertemu kak Hawanya. Panel lain tak ditanya macam tu, geram jugak dia. Tapi dijawab juga.
Pulang dari Pakistan, beliau bertugas sebagai guru displin di maahad tahfiz. Isterinya ketika itu ketua pelajar. Maka diaturlah jodoh mereka oleh keluarga isteri. Hanya bergaji rm300, ikutkan logik tak mampu nak bernikah. Namun takdir Allah mengatasi tadbir, akhirnya mereka disatukan. Dalam sibuk berceramah, dikurnia 7 cahaya mata. Kalau tak ceramah, tak tahulah berapa. 😁
Catatan 6 Januari 2018 - Baju Halal?
Sambil² mengemas rumah, melipat, menggosok di hujung minggu, tengok²lah apa yang kita ada. Dari baju, tudung, kasut, barang kemas, perkakas rumah milik sendiri atau ahli keluarga. Kadangkala rasa dah banyak, tapi bila ingin diguna rasa macam:-
"Ala..takde baju la nak pakai."
"Tudung takde yang match pula dengan baju."
Pernah? ;-)
Dan bila ke kedai atau melihat iklan online, ada saja barang yang kita rasa 'perlu' dibeli. Harga pula luar biasa murah. Sangat²lah menambah kuat asbab untuk membeli seolah² itulah sales kali terakhir. Usai membayar, tersenyum puas. Namun bila dapat barangnya timbul rasa sesal bila dah tak muat almari nak letak baju baru itu.
"Ala..takde baju la nak pakai."
"Tudung takde yang match pula dengan baju."
Pernah? ;-)
Dan bila ke kedai atau melihat iklan online, ada saja barang yang kita rasa 'perlu' dibeli. Harga pula luar biasa murah. Sangat²lah menambah kuat asbab untuk membeli seolah² itulah sales kali terakhir. Usai membayar, tersenyum puas. Namun bila dapat barangnya timbul rasa sesal bila dah tak muat almari nak letak baju baru itu.
Catatan 6 Januari 2018 - Cucuq
Anda sarapan apa pagi tadi? Nasi lemak? Bihun goreng? Cucuq?
Suami selalu pelik. Kenapalah banyak kuih utara ni dipanggil 'cucuq'. Coq badak, coq udang, coq bilis...eh macam² coq lagilah. Justifikasinya saya menerangkan cucuq adalah perbuatan mencucur adunan tepung ke dalam minyak panas di kuali. Sebab tu lah disebut cucuq. Macam tak sedap je panggil jemput². Gitu. 😁
Masa menggoreng cucuq tu, kena pastikan masak rata ke tak. Kalau saya, garing² sikit baru sedap. Jadi selagi tak perang² warnanya selagi tu saya tak balik²kan & angkat cucuq tu.
Bila dah balik²kan cucuq tu terbayang pulak kalaulah cucuq ni digambarkan jadi hati. Ya, HATI kita. Nabi ﷺ bagi tau siap dah kan, hati ni sifat dia berbolak-balik. Sat rasa nak buat baik. Sat rasa nak jadi nakai sikit. Tak tetap.
Dari Abdullah Bin Amru Bin Al-‘As (r.a) , dia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda : “Sesungguhnya hati-hati keturunan Adam, kesemuanya itu di antara dua jari daripada jari-jemari Tuhan Yang Maha Pemurah ,Dia boleh sahaja membolak-balikkan ke mana-mana sahaja yang disukai-Nya“ . Seterusnya Baginda ﷺ pun berdoa: “Wahai Tuhan Kami Yang Maha Membolak-Balikkan hati-hati kami , arahkanlah hati kami ke arah ketaatanmu“~ Hadis Sahih riwayat I.Muslim
Teringat pula jawapan sesetengah klien yang saya jumpa. Bila ditanya tentang solat. Rata² bagi tahu "Biasalah..adalah juga lompong². Dalam seminggu lebih banyak hari tak cukup 5 waktu dari yang cukup." Hmm..tak pastilah biasa tu bermakna ramai je orang macam tu atau abai solat tu perkara biasa untuk dia.
Friday, 5 January 2018
Catatan 05012017 lagi - Bff Layla
Dari semalam lagi teringat point ni bila anak dara balik bercerita.
Hari pertama ke sekolah agama agak mendung rupa parasnya. Yalah. Sekolah baru. Kawan2 semua tak kenal. Jadi bila saya dan suami temankan, kami sempat jumpa 2 3 budak lain dan minta budak2 ni jadi kawan si Layla, anak ke-3 saya.
"Awak nama apa? Kawan dengan anak achik ye." :-)
Dan hari ini, 4 Januari 2018.
Layla: Seronoklah umi, Layla dah ada kawan baik. Nama dia Anis.
Umi: Alhamdulillah. Seronok umi dengaq.
Layla: Tapi kan umi ada sorang budak ni kan Layla tak suka. Sebab dia suka mencarut.
Umi: Ha? Mencarut?
Hari pertama ke sekolah agama agak mendung rupa parasnya. Yalah. Sekolah baru. Kawan2 semua tak kenal. Jadi bila saya dan suami temankan, kami sempat jumpa 2 3 budak lain dan minta budak2 ni jadi kawan si Layla, anak ke-3 saya.
"Awak nama apa? Kawan dengan anak achik ye." :-)
Dan hari ini, 4 Januari 2018.
Layla: Seronoklah umi, Layla dah ada kawan baik. Nama dia Anis.
Umi: Alhamdulillah. Seronok umi dengaq.
Layla: Tapi kan umi ada sorang budak ni kan Layla tak suka. Sebab dia suka mencarut.
Umi: Ha? Mencarut?
Catatan 05012018
Jem 05012018
Fuh 2jam!
Itulah tempoh masa saya sampai ke
pejabat pagi ini.
Lapar, pening, rasa nak marah jugak
sikit. Walau dah macam2 zikir pasang. Hehe
Itulah lemahnya manusia. Baru diuji
sikit dah tak tentu arah.
Padahal nak marah pada siapa?
Lambat sebab jem. Jem sebab hujan.
Kenderaan jadi banyak dari biasa.
Jadi nak marah pada hujan ke apa? Hujan
siapa yang turunkan? Nak marah pada Tuhan?
Astaghfirullah.
Secantik mana pun perancangan kita.
Keluar rumah awal pun tapi kalau Allah tak izin. Tak jadi juga.
Allah sedang komunikasi dengan kita
bahasawanya kita ni hamba yang hanya mampu rancang. Outcomenya dia
yang tentukan.
Yang penting apa 'ibrah di sebalik apa yang jadi kita boleh ambil. Apa yang Allah sedang nak bagi tahu kita sebenarnya. Sebab setiap hari ada ja benda atau perkara yang Allah sedang berkomunikasi dengan kita.
Yang saya nampak hari ni hikmah hujan. Hebatnya hujan ni bukan sekadar air yang diturun dari langit membasahi bumi, menghidupkan segala yang perlu dan mahu tapi banyak lagi. Kalau rajin cubalah belek2 dalam alQuran tu. Banyak terjemahan ayat bermaksud hujan tapi kalimah Arab yang Allah guna banyak istilah. Setiap satu tu ada makna yang lain dan beza sikit. Dan tidak semestinya maksud hujan. Ada yang membawa maksud Azab. Cuba baca artikel ni. --> Kalimah yang digunakan al-Quran untuk Hujan.
Hebat kan?
Thursday, 4 January 2018
Tahun Baru 2018
Alhamdulillah. Allah pilih juga untuk terus bernafas di tahun 2018 Masihi, malah bersama orang2 tersayang. Ibu, ayah, suami, anak2, adik-beradik, sahabat2, para da'ie yang Subhanallah sentiasa mendidik jiwa.
Untuk permulaan, tak tahu nak mula dari mana. Sambil dengar2 Sharing dari sahabat hebat Ateh Zuhairi Nopiah tentang buku "Percaya Sebelum Percaya" di fbnya, kengkonon edit la sikit Dream Board tahun lepas.
Bila belek2, rasa macam ada yang too high, memang blur boleh capai ke tak takpelah. Yang penting 'dream' dan 'believe' dulu kan. Kata Ateh, setiap tahun dreamboardnya tercapai. Sekurang2nya separuh. Ada dalam lirik lagu Hijaz tak silap. Bunyi lebih kurang Quote ini ..
Dah siap buat letak kat desktop pc, screensaver, henpon ke. Jadi setiap kali tengok kiranya kita sedang masukkan semuanya dalam minda separuh sedar kita. Amin dan Aminkan setiap satu.
So nin dia...
Untuk permulaan, tak tahu nak mula dari mana. Sambil dengar2 Sharing dari sahabat hebat Ateh Zuhairi Nopiah tentang buku "Percaya Sebelum Percaya" di fbnya, kengkonon edit la sikit Dream Board tahun lepas.
Bila belek2, rasa macam ada yang too high, memang blur boleh capai ke tak takpelah. Yang penting 'dream' dan 'believe' dulu kan. Kata Ateh, setiap tahun dreamboardnya tercapai. Sekurang2nya separuh. Ada dalam lirik lagu Hijaz tak silap. Bunyi lebih kurang Quote ini ..
Dah siap buat letak kat desktop pc, screensaver, henpon ke. Jadi setiap kali tengok kiranya kita sedang masukkan semuanya dalam minda separuh sedar kita. Amin dan Aminkan setiap satu.
So nin dia...
Kuliyah Tafsir Tok Ayah 20122017
"Kita rasa craving nak makan sekian². Kemain jauh kita pi cari, sanggup beratoq panjang hanya nak puaskan isi perut. Nak dapat markah tinggi anugerah segala bagai di pejabat. Tak kisah pijak kawan, kipas² boss asaikan dapat." الله :-(
Kita bilang kita rakyat berjiwa merdeka. Tapi hakikatnya masih menjadi hamba pada syaitan, dunia dan nafsu yang menipu. Tak mampu nak kawal kehendak diri. Barang nak barang jadi.
Inilah yang Allah sebut sebagai analogi dalam ayat
Kuliyah Tafsir Tok Ayah 2018
Halaqah pagi tadi 'Tok Ayah' kami bercerita tentang ayat 1 Surah al-Isra'. 1 ayat ja tapi lama kemain.
Subhanallah. Hebatnya ayat yang Allah mula dengan سبحان ini. Rahsianya sebab peristiwa Isra' ni besaq, macam susah nak terima dek akai kita, jadi Allah tekankan Sempurna dan Hebatnya Dia di awsi ayat. Sunyi dari segala sifat Kekurangan. Allah bagi mukjizat Nabi boleh travel beribu² cahaya jauhnya hanya dalam satu malam. Orang yang boleh percaya & ambil 'ibrah dari peristiwa besaq ni memang orang beriman yang tak pertikai dah Keupayaan Allah. Hebat! (y)
Subscribe to:
Posts (Atom)