Wednesday, 17 January 2018

Kompilasi Hadis Fadhilat al-Quran


Dari Himpunan Kitab Fadhail Aa'mal

Taklim @home 16012018

Hazrat Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa محمدﷺ bersabda:-
"~~> Seseorang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seumpama "Turanj" (Limau Manis)- mempunyai bau yang sedap, rasa yang manis.
~~> Seseorang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah tamar yang tidak mempunyai bau walaupun ia berasa manis.
~~> Orang Munafiq yang tidak membaca al-Quran adalah seeperti buah liar yang mempunyai rasa pahit, tidak ada bau.
~~> Orang Munafiq yang membaca al-Quran umpama bunga Raihan (berbau manis & harum) tapi berasa pahit.
Huraian
~~~~~~
Nilai bacaan al-Quran yang abstrak telah diperbandingkan dengan sesuatu yang konkrit agar jelas menunjukkan kelebihan membaca & tidak membaca al-Quranul Kareem. Walaupun manis dan harumnya Turanj & Tamar tidaklah sama dengan kemanisan al-Quran yang hakiki.
'Turanj' memberi rasa kepada mulut, membersihkan perut dan memudahkan penghadaman. Maka begitu juga nilai² al-Quran; keharuman mulut, kesucian & kekuatan rohani adalah hasil pembacaan al-Quran.
Dalam riwayat lain dipetik dari Ihya' disebut 3 perkara yang menguatkan ingatan:-
(1) Bersiwak
(2) Berpuasa
(3) Membaca al-Quran


Taklim @home 15012018


Umumnya, Hasad perbuatan keji yang dilarang. Di pejabat, dengki orang lain dapat perhatian bos, dapat Apc, naik pangkat cepat. Di rumah, tak puas hati dengan adik, abang, kakak yang kita rasa anak emas ibu & ayah.

Boleh ke tak boleh?

Ulama' menghuraikan makna Hasad 👇

(1) Hasad membawa makna tahu orang lain ada sesuatu, dan dia mahu sesuatu itu hilang, sama ada orang tu dapat atau tak. Manakala غبطة orang yang nak sesuatu secara umum baik orang lain kehilangan atau tak. 

Secara اجماع Hasad adalah Haram. Ulama' mengertikan makna hadis ini sebagai غبطة - dalam urusan dunia dibolehkan, dalam urusan agama lebih disukai.

(2) Sebagai satu Pengandaian. Jika Hasad itu boleh, maka hanya 2 perkara ini sahaja dibolehkan. 

Kalau boleh jadi contoh. Kita tengok Qari, para Hufaz baca sedap bukan main. Rasa dengki sungguh. Kita pun baca, belajar kelas sini sini, macam² tok guru siang malam kita talaqqi sebab nak jadi macam mereka tadi. --} yang ni boleh!

Bab lain jangan busuk hati ya. 

Taklim @home 14012018
Saidatina Aishah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: 


Huraian:
1. "Ahli dalam al-Quran" = orang yang cekap membaca & menghafalnya. Lebih terpuji jika menguasai maknanya.
2. "Akan berada di kalangan Malaikat" = berada bersama² malaikat di Hari Pengadilan.
3. "Yang tidak lancar membaca al-Quran akan mendapat ganjaran 2x ganda" = Satu untuk pembacaan, satu lagi kerana usaha walaupun ia tersekat². Namun ganjaran mereka tidak melebihi mereka yang ahli.
Ganjaran Ahli al-Quran ==> Amat tinggi sehingga mereka akan berada bersama malaikat yang khas.
Riwayat lain menyebut seorang yang payah menghafal al-Quran tapi terus juga mempelajarinya dalam hati, juga mendapat 2x ganda ganjaran.
Begitu juga yang ingin menghafal tapi tiada kebolehan melakukannya, tidak putus asa membacanya, akan dikira Allah di kalangan para Hufaz di Hari Kebangkitan.
Hebat bukan? • لا حول ولا قوة الا بالله •

No comments:

Post a Comment