Tuesday, 9 January 2018

Nota Kuliyah 7 Januari 2018- Umar Abd Aziz


Kata Ahmad ibn Hambal: "Barangsiapa yang menceritakan kebaikan Umar ibn Abdul Aziz dan menaruh kasih padanya, nescaya الله kurniakan KEBAIKAN YANG BANYAK."
Justeru ingin saya panjangkan salah satu kisah kebaikan khalifah hebat ini. ⤵️⤵️⤵️
Pada hari pertama dilantik menjadi khalifah menggantikan Sulaiman Abd Malik, selesai sahaja pengebumian di Baqi' (setiap jasad yang bersemadi di sini dijanjikan syafaat oleh Nabi ﷺ - moga kita dipilih) datang sebuah kereta kuda menghampiri Umar.
"Ini kenderaan rasmi tuan."
"Tak mengapa, aku sudah punya baghalku." Umar menolak.
Datang pula 6 orang siap dengan pedang.
"Kami bodyguard tuan."
"Eh takpa, Allah swt Bodyguardku."
Lalu beliau naik baghalnya dan menuju ke Masjid Nabawi. Umar memulakan khutbah pertamanya sebagai khalifah.

Usai berkhutbah, beliau berjalan menuju ke bilik rehat khalifah di Masjid Nabawi. Berlari para ajk masjid membawa hamparan permaidani untuk beliau lalu.
+ 'Untuk apa ini?'
- 'Ini amalan khalifah² sebelum ini tuan.'
+ 'Gulung dan jualkannya. Hasilnya masuk ke dalam baitulmal.
Masuk sahaja ke dalam bilik, kelihatan lampu² indah menghiasi bilik itu. Lalu beliau arahkan para ajk untuk turunkan kesemuanya & dijual. Hasilnya juga diarahkan untuk dimasukkan ke tabung yang sama.
Beliau kemudian merebahkan diri untuk Qailulah sebentar. Menurut kajian, amalan sunnah ini ada kaitan dengan atmosfera yang menambah kekuatan badan, juga lebih mudah mendirikan Tahajud.
Tiba² masuk salah seorang dari 12 anaknya. 👇
+ "Tergamak ayah tidur sedang orang² Madinah perlukan pembelaan ayah?"
- "Eh sat ja nak. Sebentar lagi selepas Zohor ayah akan jumpa mereka."
+ "Bagaimana ayah tahu yang ayah boleh hidup sehingga Zohor?!"
Allahuakbar. Hebatnya ayat dari generasi ini.
Tahu apa yang Umar buat pada anaknya? Kalau dapat kat kita, siaplah budak tu. Berani betul sound direct gitu.
Imej di bawah adalah kata² atau DOA Umar pada anaknya yang bijak itu. Umar panggil & lafazkan:


"Segala puji bagi Allah yang telah mengeluarkan dari tulang sulbiku seorang anak yang akan membantuku atas agamaku."
Begitulah di antara kisah seorang khalifah yang Sufyan ath-Thauri gelar sebagai khulafa' ar- rasyidin ke-5 ini. Memikul amanah sebagai pemimpin soleh sehingga ke tahap itu. Seperti dijelaskan dalam Surah Fussilat ayat 46:-
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ
Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.
-------------------------------------------------------------------------
#NotaSazahMumtaz
Kuliyah Bulanan - Alfadhil Ustaz Halim Nasir @Masjid Simpang 4- 07012017


No comments:

Post a Comment