Bonus. 💰
Ada yang gembira dapat hari ini.
Ada yang dapat awal lagi. Dah habis pun.
Ada yang marah hanya dapat separuh.
Ada yang hampa, langsung tak merasa.
Ada yang pemurah agih²kan pada yang berhak.
Ada yang diam² saja.
Ada yang dapat awal lagi. Dah habis pun.
Ada yang marah hanya dapat separuh.
Ada yang hampa, langsung tak merasa.
Ada yang pemurah agih²kan pada yang berhak.
Ada yang diam² saja.
Itu rezeki bahagian masing² yang telah الله tentukan. Syukur. Barangkali setakat itu sahaja yang halal buat kita. Fikir²kan. Mungkin الله payah nak bagi lebih kalau yang selama ini pun kita sukar syukur pada lisan & perbuatan. Datang kerja pun macam biskut. Buat kerja pun ikut mood. Rehat bila² masa, selamba.
Hati². Nak bagi gaji berkat, kerja kena minat. Sungguh². Poyo pun poyolah. Hasil gaji bukan saja suap di mulut sendiri, tapi ramai lagi. Usah buat lebih kurang bimbang ditarik berkat. Usah pula bersungguh kerja tapi derhaka pada Ilahi. Solat sukar sekali. Seolah kitalah makhluk paling busy di muka bumi.
Teringat kisah seorang ayah bergaji hanya beberapa ratus namun setiap bulan mensyukurinya dengan Sujud & Sedekah!
Muhasabahlah teman. Ketidakcukupan bukan terletak pada angka. Ia ujian yang sengaja Allah beri untuk melihat apa pilihan kita - syukur atau kufur?
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".-Surah Ibrahim, Ayah 7

الحمدلله على كل نعم. الحمدلله على كل حال
No comments:
Post a Comment