Wednesday, 17 January 2018

Sang Semut

"Ada seorang Arab Badwi keluar untuk satu keperluan. Ketika dia berasa sangat letih dan putus asa, dia duduk dan berfikir untuk berpatah balik ke tempat asalnya. Ketika itu dia melihat seekor semut yang sedang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut itu terjatuh. Kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi. Berulang-ulang kali!. Namun semut itu tetap berusaha dan berusaha sehingga akhirnya berjaya sampai ke atas batu besar itu." Kata Arab Badwi itu: "Aku sepatutnya lebih bersabar dan berusaha berbanding semut tersebut." Kemudian dia pun meneruskan perjalanannya hingga akhirnya sampai destinasi.
Lalu dia berkata:-

"Cari & raih. Jangan pernah berkeluh kesa & bosan daripada berusaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang ingin mencari & Meraih sesuatu adalah BOSAN."
Itulah semut. Ketabahan, kesabaran, pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal erti lelah. Lihatlah betapa cerdiknya para semut mengumpulkan makanan di musim panas sebagai bekalan mereka di musim sejuk. Bijian itu dibelah pula di tengah2 agar tidak tumbuh ketika disimpan lama. MasyaAllah.
Lihat pula bagaimana ketika mereka menyeberangi laluan yang digenangi air, semut & rakan2 saling bergandingan membina jambatan. Apabila bertemu sepotong kaki belalang pula, seekor semut tak mampu membawanya. Lalu dia pulang mengajak rakan2 membantu. Sesekali cuba letakkan batu kecil ketika semut berjalan. Mereka tidak akan mengundur malah akan terus menaiki batu itu atau mencari jalan alternatif lain di kiri dan kanan. Subhanallah!
Di petang Jumaah yang penuh barakah, marilah kita lafazkan doa Nabi Sulaiman a.s ini ketika mana risaunya sang semut akan dipijak oleh Baginda.
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
“Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa:
"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh".
#NotaSazahMumtaz
'Ibrah dari sang semut 🐜🐜🐜
Petikan Buku #PengalamanAdalahGuruTerbaik karya Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni

No comments:

Post a Comment