Kadangkala..kita sebagai ibubapa sering memandang anak-anak dengan penuh jengkel apabila mereka buat perangai..
Apabila dibawa ke kedai...nampak sahaja mainan atau apa sahaja yang berkenan..terus rasa nak & minta pada kita, bila tak dibeli..mulalah si kecil ini buat muka, merengek-rengek malah tidak segan silu bergolek-golek di dalam kedai itu...Dalam geram sambil membebel..kita beli juga untuk meleraikan tangisnya (atau mungkin nak tutup malu bila ramai yang memandang)..
Sedar atau tidak..sebenarnya saat itu Allah SWT sedang menyindir kita secara halus. Bagaimana jengkelnya pandangan kita terhadap anak...mungkin begitulah pandangan Allah terhadap kita yang sering 'merengek-rengek' dengan nafsu kita...mungkin tidak bergolek-golek atau berguling-guling..kerana apa sahaja kita mahu, kita pasti berusaha untuk dapat!!!..
Lepas beg tangan.....kasut pula....lepas tu.....baju..sanggup beratur panjang dari subuh hingga petang hanya kerana sehelai tudung!..penuhi pula nafsu makan di restoran itu & ini... senarai ini tidak pernah habis.....
Jadi mujahadalah menundukkan nafsu mazmumah kita..mungkin anak juga akan mengikut jejak mahmudah kita itu...kerana mereka adalah cermin kita!
Posting Fb penulis pada 22 Mac 2013
No comments:
Post a Comment