Monday, 15 April 2013

Inspirasi Dialog Cinta High Class


Sedang suami yang kepenatan pulang dari kerja, si isteri lantas sibuk meminta maaf kerana tidak sempat mengemas (sambil mengutip mainan yang berselerakan) lalu dihalang suaminya dengan berkata..

"Tak mengapa sayang. Bukankah rumah ini medan didikan untuk para ulama kecil kita. Biarlah mereka bebas meneroka"

Si isteri kemudian kalut pula ingin ke dapur menyediakan minum petang, namun diajak pula turut sama bermain dengannya & anak-anak..

Isteri : Abang penat bukan? Rehatlah dulu....

Suami: Malulah abang nak mengaku penat, sedangkan kekasih abang lebih penat melayani kami siang dan malam..


Isteri: (dengan linangan air mata) Baiknya abang, selalu menghargai. Sayang rasa bertuah!

Suami: Abang lebih bertuah punya perhiasan, lebih indah daripada dunia seisinya. Betul kata Nabi, pilihlah yang beragama nescaya beruntung kedua-dua tanganmu!!!

Allahuakbar! Semoga menjadi iktibar kepada semua suami & isteri..

Bagi yang merasa tidak akan sebertuah isteri di atas kerana tidak punya suami sebaik ini, usah gundah...terus sabar menjadi isteri yang baik..setiap benih kesabaran yang disemai dengan EEMAN, hasilnya kelak pasti berlaku KEAJAIBAN!
Percayalah, in syaa Allah..
Bukti???
'Ibrah dari kisah Hajar ditinggal suami berseorangan di tanah gersang atas perintah Allah SWT, namun kerana tingginya iman & kebergantungan pada Allah SWT, maka akhirnya dengan sebab musabab hentakan kaki si kecil Ismail yang meraung kehausan, terhasillah keajaiban air zam-zam yang kita kecapi nikmatnya sejak zaman-berzaman...Allah!
(kisah lanjut: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13310.0)

Inspirasi dari dialog Cinta High Class karya Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi,
Galeri Ilmu, Cetakan Ke-4 2013

No comments:

Post a Comment