Wednesday, 17 April 2013

Artis & Aurat...

Posting dari fb penulis pada 10 Oktober 2012:

"Maaf, saya sangat terganggu kerana ia melibatkan saudara seagama. Apabila timbul saja isu artis berpakaian menjolok mata..maka keluarlah pelbagai kenyataan yg saya kira agak dangkal seperti "Adaku kesah?...Alah, orang lagi seksi..& yang terbaru "Saya bukan berbogel, Jangan menilai orang dari cara berpakaian, bergambar atau apa saja. Pertikaikan bakat dan hasil kerja lebih bagus dari mengkritik benda lain. Buang sikap suka menghukum dan berfikiran negatif!" Ooh adakah perlu hingga tahap berbogel baru perlu ditegur? Speechless with all these nonsense excuses! Please stop!!!

Rasalah bahawa anda ditegur kerana masih ramai yg kisah..mungkin kerana ramai yg masih ada rasa mawaddah...& Allah menganugerahkan lorong keinsafan agar ada ruang & peluang utk kita berhijrah..Bagaimana jika sudah tiada yg kisah & yg paling takut jika Allah sudah tidak endah??? 
Wa 'iyazubillah...Moga mereka & kita diberi taufiq & hidayah...!!! "

Hari ini 17 April 2013...

Rasanya isu di atas tidak ada noktahnya. Tidak sanggup pula saya kembarkan artikel ini dengan contoh-contoh gambar yang berkaitan kerana melihatnya sahaja sudah sangat memualkan, menambah dosa pula. Cukuplah keratan-keratan ini sebagai penguat isi:



Teguran Dr. Har (Lihat Artikel) tempoh hari, pada saya sudah sangat berhikmah lagi menyantuni sasaran yang terlibat. Akan tetapi melihatkan lagak sebahagian artis ketika Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang baru sahaja berlalu (selepas teguran dibuat), dilihat seperti tidak langsung meninggalkan kudis pun malah mereka lebih 'daring' memperagakan gaya busana yang dirasakan hak peribadi mereka sepenuhnya.

Jika pertimbangan diambil dengan penuh emosi dan melihat dari perspektif negatif, boleh sahaja golongan ini digugurkan dari senarai sasaran dakwah para da'ie dek kerana kedegilan mereka yang seolah-olah tidak makan saman. Akan tetapi apa akan jadi jika mereka terus dibiarkan hanyut sebegini? Meminggirkan mereka seolah-olah membuka gerbang 'wabak' ini  untuk kian merebak malah terus dijangkiti dari generasi ke generasi! Na'uzubillah..

Ayuh semua, para da'ie atau yang bukan da'ie sekalipun. Usah sesekali kita berhenti mengajak diri dan mereka untuk sentiasa memperbaiki emosi, rohani dan jasmani kita. Ramai artis yang berhijrah mungkin disebabkan doa dan usaha kita. Allah sentiasa melihat usaha, bukan hasilnya!

Justeru, tidah salah rasanya untuk kita Like/ Subscribe/Add seramai mungkin artis untuk masuk ke dalam 'Friend's List' kita agar segala perkongsian yang baik dapat dimanfaatkan bersama walau mungkin kadangkala kita akan merasa terganggu dan tidak berkenaan dengan sebahagian gambar dan posting mereka. Malah sahabat-sahabat kita yang kelihatan berani mendedahkan aurat juga perlu kita santuni dan jangan sesekali di'block'!. Mereka perlu benar-benar kita rasakan friend di Fb dan friend pada realiti!!! Bukankah kita semua bersaudara?

"Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." Surah Al-Hujurat:10

Mungkin antara faktor isu ini tidak berakhir kerana kurangnya doa kita, malah lontaran hinaan dan lemparan cacian dan makian pula yang banyak kita campakkan pada mereka. Maka berdoalah dan teruskan berdoa malah bersolat hajat juga agar kita semua diberi hidayah Allah untuk sentiasa menjadi yang lebih baik, in syaa Allah.

Astaghfirullah, moga Allah ampunkan dosa kita semua!


No comments:

Post a Comment