Ke arah mencapai masa berkualiti di
rumah, ibubapa perlu 'anjurkan' program
berpakej Alfa Family berikut
(sekurang-kurangnya 1x seminggu):
1. Solat Maghrib Berjemaah -
ubah ruang tamu rumah anda menjadi 'surau/musolla'..hampar sejadah, minta suami @ anak lelaki melaungkan azan, iqamah & seterusnya solat jemaah dengan SUAMI sebagai imam (walau punya deretan anak huffaz sekalipun, SUAMI satu2nya calon menang tanpa bertanding yang perlu mengisi jawatan 'IMAM'!)
2. Zikir berTARANNUM (berlagu) / Selawat/ Yaasin @ Tahlil
Basahkan lidah kita & ahli keluarga dengan zikrullah @ selawat, sentuhan tarannum akan menyegarkan zikir yang dilafaz dari hati & mampu menunduk jiwa ('khadi'unnafs')
3. DOA
Seeloknya hanya sedikit dalam versi Bahasa Arab & selebihnya dalam bahasa yang kita mampu 'feel' (cth Bahasa Melayu). Dibaca dengan kuat, si ayah mulakan berdoa diikuti ibu & seterusnya anak-anak. Alangkah moleknya jika ayah & ibu itu dapat menyebut setiap nama anak dalam doa mereka diikuti dengan hajat mereka pada setiap anak tersebut. Anak anda pasti berasa bangga, terharu tatkala mendengar nama mereka di sebut dalam doa2 kalian kerana dapat benar2 'merasa' pentingnya mereka dalam kehidupan kita..Percayalah!!
4. Tazkirah
Yang lebih ringan, santai & ringkas yang mampu si kecil pun faham. Yang penting, sampaikannya dari hati!
5. Solat Isyak Berjemaah (sama seperti Solat Maghrib)
6. Makan Sekeluarga
Inilah medium di mana elemen mahabbah wa rahmah dapat digembleng hanya melalui amalan makan bersama. Dan lebih manis, jika dapat mengaplikasi sunnah 'makan dalam talam' atau berkongsi bekas makan/minum yang sama!. Perbuatan saling melaga2kan tangan ketika makan, berbincang tentang perihal yang berlaku sepanjang hari itu pasti akan menembah erat dalam rumahtangga. Anak2 yang sering bercakaran juga in syaa Allah bakal berkurangan karenah tersebut.
7. Semakan Diri
Homework time!!! Pantau kerja sekolah @ aktiviti akademik atau mungkin tasmi' hafazan anak..Indahnya menjadi 'pemantau' anak2 yang pelbagai ragam...yang menerap, yang duduk, yang bertanya itu & ini..Ingat, anak2 yang 2thn, 3thn, 4thn hanya sekali seumur hidup..Kita pasti akan merinduikan saat2 ini!!
Jom kita mula!!!
Modul yang dirangka & diaplikasi oleh Ustazah Nor Hafizah Musa & suami..
Program Perlatihan Kecemerlangan Wanita 17 Mac 2013 Masjid Negara Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment