30 & 31 Mac 2013 (Sabtu & Ahad) - Bahagian
Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) dengan kerjasama Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur
(ATCKL) telah menganjurkan Bengkel Intensif Tamhid & Tajwid Al-Baghdadi 2013 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Bengkel selama dua hari yang telah dihadiri hampir 40 peserta yang
terdiri daripada kakitangan awam, swasta, NGO dan pelajar IPT ini
dikendalikan sepenuhnya oleh tiga tenaga perunding dari ATCKL yang
diketuai oleh Pengarah ATCKL, Y.Bhg Ustaz Syahrul Nizam @ Abdullah B
Abdul Mutalib. Ia bertujuan memperkenalkan teknik pengajaran buku
Tamhid & Tajwid Al Baghdadi dan melahirkan guru-guru Teknik Al
Baghdadi dan guru-guru Tajwid yang terlatih.

Program dimulakan dengan memperkenalkan Teknik Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi yang merupakan satu satu teknik pembelajaran asas al-Quran terkini yang mudah, menyeronokkan dan berkesan. Teknik yang mula diperkenalkan pada bulan Mac 2009 oleh pengasasnya Ustaz Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin Al Baghdadi ini, memberi tumpuan kepada 6 kemahiran asas membaca Al-Quran menggunakan 2 buah buku yang padat, ringkas, mudah dan eksklusif (Tamhid & Tajwid). Teknik pengajaran bahasa yang terbukti berkesan; SAS (Struktur, Analisis & Sintesis) dengan kaedah
sistematik, pendekatan inovatif & teknik yang menarik iaitu Teknik
Ketukan telah terbukti berjaya melahirkan ikon cilik Al-Baghdadi yang
berjaya khatam Al-Quran pada umur 5 tahun dan dewasa yang buta Al-Quran
berjaya tamat asas dan tajwid Al-Quran dalam tempoh 6 bulan.
Keterujaanan para peserta ternyata
terserlah semasa sesi praktikal pengajian buku Tamhid Al-Baghdadi yang
merangkumi keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyah dengan baik,
membaca tanda baris asas bacaan termasuk bacaan pendek, panjang (mad),
mati (sukun), berganda (sabdu). Teknik Ketukan dan Teknik Bacaan
Berirama pula memberi pengalaman berbeza kepada peserta kerana ia mampu
mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fokus,
fasih dan tertib dengan cara yang amat menyeronokkan dan tidak
membosankan.
Diharapkan ilmu yang diperolehi dari bengkel ini bukan sahaja dapat
membantu peserta menarik minat lebih ramai kanak-kanak untuk mengaji
Al-Quran namun turut menambah kesedaran masyarakat khususnya dewasa
terhadap kepentingan mempelajari ilmu agama yakni Al-Quran.
Antara slides-slides yang dibentangkan..
No comments:
Post a Comment