22 Mac 2013 (Jumaat) - Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), telah menganjurkan Bengkel Islamophobia Siri 2 kepada 18 kakitangan cawangan ini bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 11, JAWI.
Bengkel hampir tiga jam ini dikendalikan sepenuhnya oleh Y.Bhg Ustaz Nik Mohd Marzuki Bin Mohd Nor, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI yang juga merupakan wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (Sesi Biasa ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia), Geneva, Switzerland dan OIC Group Meeting by Permanent Delegation of the Organization of Islamic Cooperation (OIC), Geneva, Switzerland pada tahun 2012.

Program dimulakan dengan mengimbas kembali beberapa perkara yang telah disentuh dari bengkel siri pertama pada 14 Mac lalu, termasuk menelusuri beberapa isu, istilah dan figura yang berkait secara langsung dengan kefahaman terhadap isu Islamophobia atau ketakutan pada agama. Ini termasuk istilah Sekular (pemisahan agama dalam hidup), Theism (percaya pada kewujudan Tuhan), Atheism (tidak percaya pada kewujudan Tuhan), Agnotistism (antara percaya atau tidak akan kewujudan Tuhan) dan Xenophobia (ketakutan kepada sesuatu yang asing/baru). Ceramah turut diselitkan dengan beberapa tayangan video menarik berkenaan Islamophobia yang menunjukkan bentuk-bentuk penghinaan terhadap Islam dan bantahan umat Islam terhadapnya.
Di samping pembentangan Laporan-laporan mengenai Islamaphobia dari Badan Peninjau Islamophobia OIC dari tahun 2008 hingga 2012, setiap peserta turut mengambil bahagian membentangkan tugasan masing-masing yang telah dtugaskan sebelum ini. Kefahaman peserta terhadap isu ini jelas apabila berjaya mengenengahkan beberapa insiden atau isu yang berlaku di luar negara dan Malaysia yang dikategorikan sebagai Islamophobia.

Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini bukan sahaja menambahkan kefahaman peserta terhadap isu-isu berkaitan Islamophobia tetapi turut menambah kesedaran peserta agar lebih peka dan cakna terhadap senario yang berlaku di sekeliling, dalam dan luar negara terhadap sebarang bentuk penghinaan terhadap agama.
Contoh-contoh Kes Islamophobia di Malaysia:
Kes 1 - Devil May Cry 3 Permainan Hina Islam- Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah. Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah. Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
Rujuk-
Kes 2: Selangor - Gopinath Jayaratnam Budak India Hina ISLAM - Penghinaan demi penghinaan terhadap Allah dan Nabi Muhammad SAW dibuat secara terbuka, terang-terangan tanpa sebarang perasaan takut kepada undang-undang.Kerana apa?..kerana kita terlalu berlembut dalam hal ni, adakah cukup dengan sekadar permohonan maaf? Gambar Gopinath Jayaratnam di atas sudah tersebar luas di laman sosial Facebook. Diharap pihak Polis Di Raja Malaysia dan SKMM hendaklah menyiasat secara terperinci dan membawa anak muda di atas ke muka pengadilan.
Rujuk - http://www.melvister.com/2012/09/gopinath-jayaratnam-budak-india-hina-islam-ditahan.html
Contoh-contoh Kes Islamophobia Antarabangsa:
Kes 1-

Rujuk-
Kes 2-

Rujuk-http://www.islamophobia-watch.com/islamophobia-watch/2012/7/25/sutton-opponents-organise-petition-against-new-mosque.html,
Kes 3-

"If you are a young male, aged between say about 19 and about 35, and you're a Muslim, or you look like a Muslim, or you come from a Muslim country, then you are not welcome to travel on any of the West's airlines," he wrote. Prime Minister John Key was "appalled" by the comments, while the New Zealand Muslim Association called them "senseless".
No comments:
Post a Comment