Wednesday, 17 April 2013

Suami sejahat Firaun?


Pesanan buat isteri yang merasakan punya pasangan yang bermasalah:   

Imbas kembali kisah Asiah yang menjadi isteri Firaun, manusia paling kejam di atas muka bumi yang mengaku dirinya sebagai tuhan. Tanya pada diri sendiri "adakah suami kita sejahat Firaun? Sebenarnya suami adalah anugerah Allah untuk kita mendekati diri kepadaNya. Kita dan suami tidak mempunyai hubungan yang mutlak. Nanti bila kita menghadapNya kita akan pergi berseorangan tanpa suami. Jadi tidak usahlah bercerita kepada orang tentang masalah rumahtangga kita. Mengadulah pada Allah. Isteri solehah tidak membuka aib suami kepada orang lain. Dia Maha Mendengar. Biar Dia yang membuat keputusan apa yang terbaik buat kita"
 
Pesanan kepada isteri2 ustaz "Ustaz zaman sekarang banyak yang dirosakkan oleh isteri. Isteri tidak tahu menjaga maruah suami. Memerintah suami di khalayak ramai, pakaian tidak terjaga, lipstick mengalahkan penyanyi, mengawal pergerakan suami untuk berdakwah, malah lebih teruk lagi tidak memahami peranan orang beragama kepada masyarakat"
 
Akhirnya..
 
"Pakailah pakaian yang boleh membawa wanita terus bersolat tanpa memakai telekung. Ia tidak sukar. Tinggal lagi wanita yang mahu jadi golongan terpilih mesti kuatkan semangat melawan apa yang sudah menjadi budaya masyarakat. Ramai tidak semestinya benar, sedikit tidak semestinya salah."
 
SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN PARA ISTERI YANG SOLEHAH...
 
Petikan buku Bersyukur Saat Diuji, 
Bab 22: Ujian Isteri- 
karya Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim 
Galeri Ilmu

No comments:

Post a Comment