Friday, 13 March 2015

0603 Kasih Kepada Kekasih Klfm Live @ Surau Al-Munawwarah


Ceramah Perdana Bulan Mac : Radio klfm akan bertandang ke Surau Al-Munawwarah untuk rakaman program "Kasih kepada Kekasih". Ayuh warga 5R3 dan sekitarnya kita rebut peluang bersama-sama menjayakan rakaman ini yang akan disiarkan di radio klfm nanti. Jom ke Surau!

Perkongsian Nota:

1st Round - Ustaz Raihan Abd Aziz "KASIH KEPADA KEKASIH" Klfm Agama 6 Mac 2015


HAKIKAT CINTA - Letakkan mengikut keutamaan. Sedikit kesilapan bakal membinasakan.

√ Cinta Agama (Hubbud Deen) 

√ Cinta Keluarga/ Sahabat (Hubbu Syafaqah)

√ Cinta Nafsu (Hubbun Nafs)

(قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ) [Surat At-Tawba : 24]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).



2nd Round "KASIH KEPADA KEKASIH" - Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki Klfm Agama 6 Mac 2015

√ Sedar akan hakikat status diri yang dibawa semenjak bayi hingga kini --> HAMBA.
- Dengar kata nafsu (merokok misalnya, maka kita hamba pada rokok.)
- Melakukan sesuatu kerana pujian, pangkat & nama, maka kita hamba kepada semua perkara itu.

√ Maka, siapakah Tuan kita yang sebenar? Pastinya Allah; Dia-lah Tuhan & Tuan kita!
~ Syarat Mencintai Allah
Ikut Nabi dengan mencetuskan cinta kepada baginda terlebih dahulu. Cetusan cinta itu juga mustahil jika tiada cinta kepada orang lain yang sewajarnya perlu melebihi cinta terhadap diri sendiri.
Maka cinta bermula dengan:-
DIRI --> ORANG LAIN --> NABI --> ALLAH
√ Justeru, rasa kasih ini perlu dipandu ke arah Tuan kita yang sebenar; Allah Taala.


No comments:

Post a Comment