Friday 13 March 2015

1003015 - Guru & Pendidikan - Ciri-ciri orang Berjaya

Antara ciri-ciri orang yang berjaya, Allah sebut 2 KALI tentang SOLAT. Bukan 1 tapi 2 ! --> Solat orang yang khusyu' & yang benar-benar memeliharanya. Solat yang sifatnya:-
√ Cepat-cepat buat pada waktu yang tepat
√ Ditunaikan lambat-lambat, bukan ala-kadar sebab nak cepat
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ [Surat Al-Mu'minun : 1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
(الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ)
[Surat Al-Mu'minun : 2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
(وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ)
[Surat Al-Mu'minun : 9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Dr Mohd Farid B Mohd Shahran - Guru & Pendidikan "Kecemerlangan" 10032015 @ Ikim.fm 91.5mhz ‪#‎SharingnotesMs‬

No comments:

Post a Comment