Membesar bersama Muqaddam & Tilawah dari kecil. Jika dahulu di hadapan kaca tv, kini berpeluang berada di belakang tabir. Subhanallah walhamdulillah! Ia pengalaman yang penuh cabaran namun amat mengujakan.
Mengambil aura dari figura-figura ini. Mereka mendalami ilmu seni al-Quran tanpa henti sejak dulu hingga kini. Direzekikan pelbagai nikmat yang tidak disangka-sangka melalui kurniaan minat & bakat dari Ilahi. Mereka mengajar & terus belajar, MasyaAllah Tabarakallah!
Moga dengan al-Quran memperelokkan syakhsiah, bukan menjadi fitnah. Semakin indah dan elok pada setiap lenggok nada lagu al-Quran, maka semakin cantik dan moleklah juga setiap tutur kata & kelakuan.
Terima kasih, sekalung tahniah & jutaan maaf kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas penganjuran #MTQWPKL2015. Moga usaha kecil ini menjadi jariah buat kita di Sana. InsyaAllah.
Jemaah hakim mula menghakimi peserta pertama. #MTQWPKL2015
Surah al-Baqarah bermula ayat 269:-
(يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ)
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [Surat Al-Baqarah : 269]
27 Feb 2015 - 10:48 pm
Menghakimi peserta terakhir #MTQWPKL2015
Alhamdulillah...kehadiran di malam yang penuh barokah, melimpah-ruah masyaAllah!
26 Feb 2015 (Hari Cabutan Undian & Taklimat) :
26 Feb 2015
Event Promo -
Jangan lupa temujanji kita esok!
Ayuh hadir beramai-ramai ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) esok bermula jam 3 petang.
Bawalah senaskhah al-Quran anda bersama. Kita ikuti alunan ayat suci al-Quran oleh 10 orang Qari dan Qariah yang mewakili 4 Zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya termasuk Johan Menunggu. Majlis Penutup pada malamnya bakal diserikan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Rabbani, insyaAllah.
Santapan malam juga disediakan selain santapan rohani tersebut. Marilah manfaatkan Jumaat yang penuh barokah dengan membawa keluarga, saudara-mara dan sahabat bersama.
"Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa yang Kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (Masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)". Terjemahan Surah al-Fussilat ayat 44
Jom! #MTQWPKL2015
No comments:
Post a Comment