Friday, 13 March 2015

Review Buku: Genius Dari Syurga

Alhamdulillah. Selesai menghabiskan hasil pancingan pertama di Seminar Facebook Menjadi Buku semalam.
Buku ini saya terus beli hanya kerana tertarik dengan tajuknya "Genius dari Syurga". Sinopsis dan bahagian dalamnya tidak pun saya belek. Tidak juga ada di kalangan keluarga yang autistik. Namun hati meronta ingin menyelami jiwa si ibu yang punya anak sebegitu tanpa saya kenal siapa dia. Beliau dengan baik hati menandatangani buku bersama kata-kata yang berbekas di hati.

Pembelian ini ternyata amat berbaloi. Betapa Allah menghadiahkan pelbagai nikmat yang berlimpah ruah ke atas setiap musibah. Banyak yang Allah 'tegur' saya melalui buku ini atas kesilapan & ketidaksabaran mendidik khalifah-Nya. Pelbagai tips keibubapaan praktikal & spiritual yang amat berguna. Jika anak2 autistik boleh, inikan pula yang normal. Asal serahkan semuanya pada Si Pencipta, maka Dia akan permudahkan segalanya.
Buku yang perlu dimiliki oleh semua khususnya para ibu bapa & pendidik. Tahniah Cik Puan Ainizal Abdul Latif ! Moga Allah limpahkan rahmah & barakah-Nya pada cik Puan seisi keluarga. Syukur atas izin-Nya kita dipertemukan. Each of your words were so inspiring!! Kindly send aunty Azah salam, hugs & kisses to Rizqy....the Genius 


Posting Fb 18012015 

No comments:

Post a Comment