Friday, 13 March 2015

Postinf FB 1801 - Kasihnya Layla

~KASIHNYA LAYLA~ Cahaya Malam Disinari Solat Witir

"Uwekkkk....uwekkkk..."
" Allah...kuat gila suara baby ni. Anak sapa la yang teriak kuat sangat tu? Dengaq habih satu hospital aih"..detik hati. Tidak lama selepas itu, jururawat datang membawa seorang bayi comel kepada saya. "Kuat betul suara dia Puan..." :)) "Laa...anak aku rupanya!"

Pagi 180110: Saya masih bekerja di tempat kerja lama. Hari itu, saya ambil cuti separuh hari untuk rutin pemeriksaan kandungan bersama suami. Bacaan graf jantung si kecil kelihatan tidak berapa stabil. "Kita induce ya?" cadang doktor. "Alah..tak boleh tunggu 20012010 ke doktor? Cantik sikit tarikh....hehe" sempat lagi saya berseloroh. "Takpelah doktor, saya ikut yang mana baik". Kami pulang & berkemas. Makan tengahari hari itu saya 'pulun' sungguh-sungguh. "Lepas ni tak boleh makan dah sedap-sedap macam ni kot" kata saya pada suami. Dia geleng kepala sahaja smile emoticon Selesai semua, kami terus mendaftar ke wad pusat perubatan Islam itu. Jiwa terasa tenang pabila alunan Al-Quran bergema di setiap sudut.
Petang 180110: Jururawat meminta izin memasukkan Induce ke dalam rahim seperti arahan doktor. Jangkaan beliau saya bakal bersalin keesokkan paginya. "Zupp...rengatan kontraksi serta-merta terasa usai ubat itu dimasukkan." Sakitnya ya Rabbi! "Layla..anak umi dah nak keluar ke ni?" Sama seperti abang & adiknya, nama Nur Layla Witra kami pilih & panggil seawal kandungan tanpa pasti jantinanya lagi. Makna pada nama itulah doa awal kami pasakkan sejak dia di alam rahim.
Malam 180110: Hanya beberapa jam selepas itu, saya disorong ke bilik bersalin. Doktor dan para pembantu bergegas membuat persediaan. "Dah tak sabar budak ni nak keluar rupanya..." Keperitan kontraksi terasa sedikit lega mendengar alunan Yaasin yang dipasang. Doa "Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin" yang terpampang di dinding bilik itu tidak henti-henti saya lafazkan. Suami membaca Manzil berulang kali di sebelah. Akhirnya jam 10:00 malam, Nur Layla benar-benar dilahirkan di waktu malam!
Alhamdulillah, hari ini, si pemilik suara nyaring inilah yang paling manja & kuat ketawanya. Paling kuat juga tangisnya. Namun tangis dan tawa inilah racun & penawar ayah & bonda. Persis namanya, moga kami semua istiqamah bangun menghidupkan sepertiga malam. Walau apa jua kerjaya yang bakal dipilihnya, doakan si solehah ini memikul gelaran Hafizatul Quran. Dipanjangkan umur & dicukupkan rezeki. Menjejaki keperibadian srikandi tersohor Islam. Menyebarkan manfaat ke sekelian alam. Aamin ya Rabb.
"Terima kasih Dr. Fazlina Hanum, kakak2, makcik2 Pusat Rawatan Islam Azzahrah tolong Layla dan umi 5 tahun lepas. Terima kasih keluarga, cikgu2, pengasuh2, kawan2 Layla yang tersayang. Allah je dapat balas budi baik semua. Terima kasih banyak-banyak!
* Err...Tak dapat kek frozen, dapat poster tu pun boleh la ummi....." Let it gooo......

Ms 18012015

No comments:

Post a Comment