Friday, 13 March 2015

Usrati Ustazah Norhafizah Musa 19 Feb 2015 - MISI 7M AL-QURAN

Al-Quran Ku Jatuh Cinta
~ Pupuk 2C: Cinta & Cita-Cita 
~ Pasakkan 7M Al-Quran sebagai agenda utama hidup:-
1. Membaca 
2. Mengajar dan belajar 
3. Menghafaz 👤💬
4. Mentadabbur (menelusuri makna & mengambil pelajaran)
5. Mengamal
6. Mendaulatkan
7. Memperjuangkan

~ ⏰ Waktu terbaik 🕗🕘
Antara Maghrib & Isyak, cipta 'hiburan' yang indah dengan al-Quran.
 Bermujahadahlah dengan rasa letih, mengantuk, dan M yang negatif iaitu Malas nescaya akan tersingkaplah keindahan al-Quran.😴💆
Contoh:
√ Mak/ayah tasmik anak & sebaliknya. 
√ Buat seolah2 dalam pertandingan hafazan / tilawah al-Quran 
√ Beri ganjaran untuk menambah 'mood' & motivasi  🍗🍩🍫
( * Banyak tips dikongsi di wall Fb sahabat saya saudari)
~ Kisah Inspirasi
Johan Tahfiz Peringkat Antarabangsa saudara 'D.M Makhyaruddin' dalam bukunya 'Rahsia dan Nikmat Menghafaz al-Quran 30 juzuk' menyatakan saat beliau jatuh cinta dengan al-Quran beliau memasang cita-cita untuk bergelar penghafaznya. Dengan izin dan pertolongan Allah, beliau menghafaz al-Quran hanya dalam masa 56 hari (antara kaedah: satu muka surat diulang 30 kali sehingga dapat menggambarkan letak duduk setiap ayat / baris ). Subhanallah!
Moga pertolongan Allah bakal merealisasikan Cinta  demi menggapai Cita-cita ....
Ustazah Norhafizah Musa (Official) Usrati @ 91.5mhz pada 19 Februari 2015

No comments:

Post a Comment