Friday, 13 March 2015

Tazkirah inspired from Trending AJL - Qu Puteh Qu Puteh...

#1 ~ Putih, Hitam, Coklat, Sawo Matang atau Kuning Langsat - semuanya sama di sisi TUHAN. Hanya Iman, Amal & Taqwa yang membezakan ! ~
(لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya) [Surat At-Tin : 4]


#2 - Kita datang dari-Nya dalam keadaan suci putih tanpa dosa. Kembali pada-Nya dengan jasad dibalut kafan putih. Terdapat 12 ayat di dalam Al-Quran berkaitan warna Putih atau Abyadh dengan beberapa maksud. Antaranya:

1. "Nur" / Cahaya: Di waktu subuh/fajar & cahaya wajah. Perkara penting untuk mulakan hari adalah solat Subuh. Wajah akan sentiasa manis & 'putih bersih' melalui wudhu' yang berterusan & senyuman yang dilemparkan.

2. Perkara-perkara di dalam Syurga: Antara nikmat yang disebut Allah dalam syurga adalah terdapat sungai yang mengalir susu (yang putih) serta wanita2 bidadari syurga yang putih kekuning-kuningan.

{ Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa: Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) & beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya...} Muhammad: 15

Berlumba-lumbalah kita melakukan amalan kebaikan. Kerana Nabi sudah pun menitip pesanan. "Daripada Ummu Salamah (isteri Nabi) katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]

Posting fb 19012015 - Trending dari #AJL29 membawa imbasan perkongsian Azzikraa di Radio Klfm-Rentak Interaktif Kota terbitan Tn Hi Manan Selamat pada 26 Ogos 2013 oleh Alfadhil Ustaz Idzhar Jumali berkaitan warna putih pada bendera sempena Kemerdekaan. Moga menjadi manfaat yang berpanjangan. #MsReminder

No comments:

Post a Comment