Friday, 13 March 2015

Posting Fb dari Azziraa 160115 - Zikir 72,000 kali!

"Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad SAW Pesuruh Allah" 


Sekali kita menyebut kalimah ini, seolah-olah mendapat pahala pada setiap kerdipan mata & setiap turun naik nafas sebanyak mana ilmu Allah Taala. Ia bersamaan 72,000 kali!
Al-Habib Zain Ibn Ibrahim menukilkan apa yang disebut oleh Al-Habib Salim Ibn Hafiz dalam Kitab Minhah Al-Ilah:-


Sekali menyebut kalimah ini bersamaan 72,000 ribu kali TAHLIL. 
Ini kerana hitungan turun naik nafas manusia +- 24,000 kali.
Manakala kerdipan mata pula +- 48,000 kali.
24,000 + 48,000 = 72,000 kali. Subhanallah!
Ini amalan mudah dan ringan. Bacalah sekurang-kurangnya 3x setiap kali selepas solat. Tahlil adalah zikir utama dan paling afdhal. Dalilnya Nabi menyebut:
{ Sebaik-baik ucapan yang aku dan Nabi-Nabi sebelumku ucapkan adalah "Laa ilaaha illallah } & { Sesiapa yang diakhir hidupnya sempat mengucapkan "Laa ilaaha illallah" nescaya akan masuk syurga.}
Ayuh mulakan bermula Jumaat yang mulia ini. Istiqamah berzikir. Moga kalimah yang sama dapat kita sebut sebelum menghembus nafas terakhir.
Memanjangkan perkongsian Azzikraa oleh Ustaz Muhadir Bin Haji Joll Klfm- Rentak Interaktif Kota Klfm Agama 97.2mhz terbitan Tn Hj Manan Selamat16 Jan 2015

No comments:

Post a Comment