Setiap hari, lazimnya perpisahan itu hanya selama 9-10 jam cuma..
Di awal hari, si suami menghantar si isteri ke tempat kerja, anak2 ke sekolah lalu petang bertemu semula, menjemput semuanya pulang..
Namun, petang semalam suami itu tidak lagi sempat menjemput suri dan cahaya hatinya kerana pagi itulah detik akhir mereka bersama di dunia. Beliau terlebih dahulu 'dijemput pulang kembali ke sisi-Nya'. Meninggalkan si isteri bersama 3 khalifah kecil. Allah!
Ia ujian buat keluarga itu namun memberi tazkirah & 'ibrah besar buat kita yang masih dipinjamkan nyawa :-
√ Detik kematian ada yang datang tanpa isyarat. Tua atau muda, sihat atau sakit. Ia pasti datang, tidakkan awal atau pun lambat..
√ Jadikan waktu bersama yang tersayang walaupun sedikit, biar bermanfaat. Berbakti padanya selagi dikandung hayat.
√ Sibukkan setiap waktu yang berbaki dengan ibadat. 'Fastabiqul khairat' & lupakan maksiat. Kejar dan buru redho Ilahi setiap saat ...

Hingga tiba 'detik' itu, moga ruh kita berjaya dijemput tenang, dalam Mardhiyah Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. [Surat Al-Fajr : 27-28]
(يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ)
(ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً)
(ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً)
Al-Fatihah, Allahumaghfir ila al-marhum Zaujun Ukhti Nor Izzati..moga Allah mencampakkan ketabahan & kekuatan buat dirimu seisi keluarga. Moga kembali bertemu di syurga-Nya... T_T
Posting pada Ms pada 25022015
No comments:
Post a Comment