1. Bonus dah masuk? Alhamdulillah..syukur ya Allah.
2. Bonus separuh bulan je? Ada orang dapat sebulan! Mana cukup nak bayar bla...bla..bla......
2. Bonus separuh bulan je? Ada orang dapat sebulan! Mana cukup nak bayar bla...bla..bla......
Wahai penjawat awam yang dirahmati Allah...,
Yang mana satu lafaz spontan kita hari ini ketika memeriksa status gaji? Jika 1, alhamdulillah. Tetapi amatlah membimbangkan sekiranya ada di antara kita yang sengaja atau tidak menyebut yang ke-2. Justeru saya mohon sedikit masa anda. Kita ikuti kisah ringkas ini. Harapnya ia berbekas di hati.

Terkesan dengan kisah seorang tukang sapu yang mampu membesarkan bukan 2,4,6 tetapi 8 orang anak!! Kesemuanya sangat berjaya akademik malah soleh & solehah..Masya'Allah Tabarakallah!!
Apabila ditanya ustaz apa rahsia amalan beliau, tukang sapu ini merendah diri berkata biasa-biasa sahaja ustaz, tidak ada apa yang luar biasa. Hanya menjadi amalan beliau, setelah beratur mengambil gaji, segera beliau ke surau untuk SUJUD SYUKUR!
Dan yang paling menyentuh emosi, setelah didesak lagi berkongsi amalannya, dengan penuh malu-malu beliau berkata:
"Ustaz...setiap helai not RM50 gaji saya itu, akan saya cium setiap helai, satu demi satu sambil berdoa:
Ya Allah..aku bersyukur..dengan duit inilah aku dapat beli rumah..
Ya Allah...aku bersyukur..dengan duit ini dapat beri rezeki pada isteri & anak-anak..
Ya Allah...dengan rezeki-Mu..dengan duit inilah aku dapat besarkan mereka....
Ya Allah...dengan rezekiMu..dengan duit inilah aku dapat sekolahkan mereka...."

Subhanallah! Setiap not- ciuman & doa..amalan ini dilakukan setiap bulan, setiap kali dapat gaji. Dan ia hanyalah sekadar 9 keping not RM50.00!!!
Allah ya Allah...Mungkin rutin kerjanya setiap hari 'bergelumang' dengan sampah tetapi dalam hidupnya Allah campakkan barakah, rezeki yang berkat, isteri yang taat, zuriat yang hebat!!!
Jom periksa bagaimana reaksi kita setiap kali dapat bonus/gaji?
Sering meratus, merungut-rungut tidak cukup atau tidak henti-henti melafazkan & menterjemahkan syukur??
Sering meratus, merungut-rungut tidak cukup atau tidak henti-henti melafazkan & menterjemahkan syukur??
Perkongsian dari Rancangan J.O.M Jalan Orang Mukmin 15112013 #TV9yang disampaikan Y.Bhg Ustaz Zulramli Mrazalihttp://mumtazahsanusi.blogspot.com/2013/11/gaji-oh-gaji.html
No comments:
Post a Comment