(1) "Umur saya dah banyak. Rambut pun dah beruban. Otak dah tepu. Hati pun dah keras sangat. Boleh ke? Rasa tak mampu. Lagipun bila nak habis?" ~ Berhati2 dengan ayat ini. Kita sering rasa tak boleh kerana meletakkan kemampuan & kekuatan atas diri sendiri bukan ke atas kekuatan & keizinan dari Allah.
(2) " Dah terlambat. Biarlah anak-anak je yang hafaz. Hati masih lembut, otak pun macam span. Lagipun anak2 saya semua dah saya hantar ke Maahad Tahfiz. Dapat tumpang syafaat anak2 pun jadilah." ~ Sebelum mendidik si kecil, diri sendiri perlu terdidik terlebih dahulu. Kesedaran ini baik namun sewajarnya ia perlu datang bersama2; ibu bapa & anak2.
(3) "Saya baca Quran pun merangkak-rangkak. Tajwid pun tak pandai. Macam manalah nak hafaz? " ~ Dengan hafazanlah, proses pemantapan tajwid akan berlaku pada masa yang sama.
(4) "Kerja2 yang ada sekarang pun terkejar-kejar masa. Manalah ada masa nak menghafaz. Saya betul-betul sibuk! (Err...mungkin tunggu pencen esoklah.)
~ Sehari satu ayat hanya mengambil masa tidak lebih 3-5minit sahaja.
~ Sehari satu ayat hanya mengambil masa tidak lebih 3-5minit sahaja.
(5) "Kalau dah hafaz nanti kena jaga betul-betul..kalau tak berdosa. Susah tu. Baik tak payah lah." ~ Kasihan. Itu sahaja ayat untuk orang sebegini.
(6) "Sehari satu ayat? Sikit sangat tu. (Skrip yang sama) Bila nak habis?! " ~~~~~
(7) "Sehari satu ayat tu boleh rasanya. Tapi nak istiqamah tu yang susah sikit. " ~ Jika makan, minum, kerja kita mampu istiqamah hari2 untuk penuhi tuntutan hidup, mengapa apabila memenuhi urusan Allah terasa sukar pula?!
(8)Dialog
A: Jom kita daftar kelas hafazan? Kau takut tak boleh hafaz sorang2. Ni ada kelas, ramai geng mesti best.
B: Kat mana?
A: Bangi
B: Ush...jauhlah.
A: Alah...kau gi keje hari2 jauh boleh pulak.
B: Hmm..oklah. Bila? Berapa?
A: Hari kerja sebelah malam. Hujung minggu sebelah pagi. Boleh pilih mana2. Yuran bulan2 murah je...rm80-100.
B: Ush..payah tu. Kalau hari kerja sibuk balik malam penat..takut tak sempat. Hujung minggu baru boleh rehat. Yuran tu mahal juga rasanya...
A: Habis bila yang kau boleh?
Macam2 benda kau bayar beratus-ratus boleh pulak...
B:

………………………………………………
Dari Seminar Keluarga Genius al-Huffaz oleh Ybhg Dr Shafie Al-Hafiz @PPAS 07022015
Dari Seminar Keluarga Genius al-Huffaz oleh Ybhg Dr Shafie Al-Hafiz @PPAS 07022015
No comments:
Post a Comment