Sunday, 11 October 2015

PERKONGSIAN KULIAH DHUHA: HALAL & HARAM oleh Dr Izhar Arif di Kompleks Pendidikan Islam BBB



# Muqaddimah
Kelebihan Menuntut Ilmu

“Sesiapa yang permudahkan urusan ilmu Allah mudahkan urusan untuk ke syurga”

“Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman”

“YANG HALAL JELAS, YANG HARAM JELAS”
-     Namun bagi mendalami kedua-duanya perlukan kepada ILMU – budaya   Iqra’. 

 Peranan Ulama’ dalam menjelaskan yang Halal & haram: 
pemimpin seharusnya mengikuti nasihat para ulama”

Dalil: “Kullil haq wa lau kaana murran”
Ada cara berbeza mendekati pemimpin tetapi jangan sampai menggadai agama.

MENURUT SYED HAWA’, BAGAIMANA MEMPERKASA  PERKARA HALAL & HARAM?

Wednesday, 5 August 2015

Begedil ayam

Resepi Bergedil 😋


😁


•Ubi kentang
•Daging ayam cincang
•Bawang besar
•Bawang putih
•Daun sup
•Bawang goreng
•Telur
•Tepung gandum
•Garam
•Serbuk perasa
•Lada hitam kasar

Friday, 19 June 2015

SEMINAR DI AMBANG RAMADHAN 2014



SLOT FORUM

Panelis: Dr Ishak Mas'ud
Pakar Perubatan Al-Islam Specialist Hospital, Kg Baru


Puasa untuk apa? Kurus?
Tak puasa pun boleh kurus...
Bagaimana kita melihat diri kita sendiri?
Saya sebagai seorang doktor sahaja....?
Saya sebagai orang kerajaan sahaja..?
Mari kita tukar paradigma kita..

Wednesday, 17 June 2015

Resipi Mudah Ramadhan - No More PARAM!

Sumber: Fb Cik Puan Pnut Syafinaz

Saya nak share tips ni untuk semua ibu2, para suami boleh juga tunjuk kat isteri.
Kadang-kadang bagi saya benda ni basic je, semua orang boleh buat, tetapi bila saya sering upload pic frozen2 stok saya, saya kena jawab banyak pertanyaan yang bagi saya basic2 tu, ramai yang kurang arif tentang ini, maka saya share...
Sebagai emak-emak bekerja, saya nak share cara cepat saya sediakan juadah puasa untuk keluarga. Walau bekerja, kita masih boleh sediakan roti john, puding roti daging, kuih cara, donut utk anak-anak.
tips ni boleh pakai sepanjang masa, bukan bulan puasa je, kita bekerja kan, tetapi teringin juga nak masak untuk keluarga, dengan masa terbatas memang penat.
So saya selalu spend masa hujung minggu buat stok frozen paste kari, kurma, asam pedas dan sambal tumis. frozenkan.
1. Setiap pagi lps sahur, sebelum pergi kerja, keluarkan setiap portion letak peti ais bhgn bawah,
2. ikan, ayam, simpan dalam container cukup utk satu protion masak dengan satu portion paste kita sediakan. pun pagi-pagi kita keluarkan satu portion letak peti ais bawah.
3. balik je kerja, kalau sampai rumah 6.30pm pun sempat, masuk paste dalam periuk, tambah santan/air, haiwan2 dan bendi, kentang. etc. rasanya sebelum jam 7 dah siap satu menu kalian.
Pssttt bodek laki belikan deep freezer ye...
Selamat berpuasa dan cuba tips ni ye. Moga kita istiqomah nak masak untuk keluarga.
Kalau malas, no komen.

RESIPI 1 - KUIH CARA TUNA CHEESE

Friday, 29 May 2015

Bicara ISIS& ISLAMOFBIA 28 Mei 2015

Majlis Perasmian BICARA ISLAMOFOBIA: ORDE BARU UMMAH ANTARA EKSTREMISME AGAMA DAN HEGEMONI BARAT


 Sekapur Sireh
 Prof. Dato' Dr.Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, 
Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.


Seulas Pinang dan Perasmian 
Y.Brs. Tuan Haji Paimuzi Yahya, 
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Slot Forum:
Bicara “Orde Baru Ummah: Antara Ektremisme Agama & Hegemoni Barat”


1) Tema: Ektremisme Rentas Agama & Tamadun
oleh Prof Madya Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan)
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)



Nota:
# Kegiatan Ekstrem
1) Perang
2) Perang Saudara
3) Democide (keganasan faktor politik)
4) Genocide (kump.dominan hapuskan bangsa/agama)
5) Structural Violence (keganasan secara tidak berdepan, amat terancang)
# Kesan --> KONFLIK & PERANG merentas AGAMA & TAMADUN
# Kajian Naveed S.Sheikh dari Univ of Louisville menunjukkan bermula 0-2008M, seramai 500j - 700j nyawa terkorban, kesan keganasan...Allah!
.اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
البقاء لله وحده..

2) Tema: “Negara Islam Iraq dan Syria” (ISIS)
oleh Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kounter Terrorisme
Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.

Friday, 13 March 2015

PIALA DUNIA, TEH MANIS, DAN TARIKH TAHFIZH-KU

Piala Dunia tiba-tiba jadi momen tak terlupakan, hampir bagi semua kalangan. Tahun 2002, saat kuberanjak remaja, kucemas hadapi masa depan yang, baru kusadari, tampak sangat suram. Piala Dunia tak lagi memberiku keceriaan. Harus ada peristiwa besar dalam hidupku yang, kemudian, paling tidak, bisa kukenang setiap kali datang Piala Dunia. Kubulatkan tekad menghafal Al-Qur'an awal Juni saat Piala Dunia berlangsung meriah di dua negara, Korea dan Jepang.
Selama masa menghafal, puasa sempurnakan laparku. Tak ada bekal, apalagi uang. Bertemu nasi putih sekali dalam sehari sudah cukup bagiku. Terselip syukur dalam setiap hela nafas, karena, ternyata, masih ada yang perhatian padaku. Yaitu pamanku, sekaligus guru tahfizhku, dan bibi-ku, kakak pamanku, yang relakan rumahnya kutinggali selama menghafal. Bagiku, mereka adalah malaikat. Selain mereka, tak satupun keluargaku yang tahu aku sedang menghafal Al-Qur'an.

TIDURNYA AL-QUR'AN by Deden M. Makhyaruddin

Keberhasilan seseorang dalam menghafal Al-Qur'an dapat dilihat dari kualitas tidurnya. Bagaimana tidak, dia sudah bisa menata tidur sedemikian rupa, sangat rapih, maka menata hafalan tentu lebih bisa. Begitu pula dengan pencapaian yang lain.
Tidur yang berkualitas adalah yang nyenyak, diniatkan, tepat waktu, dan durasinya tidak lebih dari 7 atau 8 jam per-hari, sudah termasuk tidur yang berdurasi maksimal 30 menit di tengah hari, yaitu sebelum atau sesudah shalat zhuhur. Rasulullah Saw. Menyebutnya dengan qailulah.

TAHFIZH MOTIVATION dari Wall fb Deden M. Makhyaruddin

"Sesugguhnya menghafal Al-Qur'qn itu tidak membutuhkan metode, tetapi yg dibuthkan dalam menghafal Al-Qur'an hanyalah niat, mujahadah, dan istiqomah"
TAHFIZH MOTIVATION (35)
"Target penghafal Al-Qur'an yang ahlullaah itu bukan kapan saya khatam, tapi kapan saya bisa bergantung total kepada Allah, kapan saya bisa termasuk muttaqin, kapan saya bisa termasuk orang-orang yang khusyuk, kapan saya bisa membaca sepenuh hati, kapan saya bisa menjadi pribadi yang berakhlak Al-Qur'an seperti Rasulullah Saw.." (Imam Abu Bakar Al-Ajurri (w. 360 H.) dalam Akhlaqu Ahlil Qur'an)

Dari Fb Tuan Syirfan Indra, Tv al-Hijrah 13032015

Sering ternampak seorang individu ini apabila menghantar anak ke sekolah. Seorang bapa juga sama seperti saya menghantar anak saban pagi ke sekolah.

Namun perlakuan dan tindakannya sering saya perhatikan. Saya kategorikan beliau sebagai bapa yang baik.
Setiap kali melepaskan anaknya masuk ke sekolah, beliau akan memastikan anak yang kemas berpakaian. Beliau akan menunggu di luar pagar sehingga anaknya hilang dari pandangannya. Dalam tempoh itu, dia akan melambai-lambai tangan pada anaknya dan menjeritkan perkara-perkara yang positif pada anaknya. Sering saya dengar perkataan "focus, focus, focus...", "u can do it" dan pelbagai kata perangsang yang lain. Anak-anak lain juga akan mendengar jeritan bapa ini.
Selepas anaknya hilang dari pandangan, beliau akan mengambil masa 5 minit menunggu. Bila semuanya selesai, barulah beliau bergerak sambil mengelap matanya yang basah saban pagi. Saya fikir, doa panjang berlagu di dadanya...
Bila kali terakhir kita mengalir air mata melepaskan anak ke sekolah... atau bila kali terakhir kita doakan permata hati kita itu...?
Perhatikan manusia. Mereka mungkin jadi guru kita tanpa sedar...

Tips Hafazan Orang Sibuk

Ingin menghafaz tapi tak sempat?
Cara-caranya:
~ Pilih Surah & Ayat yang ingin dihafaz 

1003015 - Guru & Pendidikan - Ciri-ciri orang Berjaya

Antara ciri-ciri orang yang berjaya, Allah sebut 2 KALI tentang SOLAT. Bukan 1 tapi 2 ! --> Solat orang yang khusyu' & yang benar-benar memeliharanya. Solat yang sifatnya:-
√ Cepat-cepat buat pada waktu yang tepat
√ Ditunaikan lambat-lambat, bukan ala-kadar sebab nak cepat
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ [Surat Al-Mu'minun : 1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
(الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ)
[Surat Al-Mu'minun : 2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
(وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ)
[Surat Al-Mu'minun : 9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Dr Mohd Farid B Mohd Shahran - Guru & Pendidikan "Kecemerlangan" 10032015 @ Ikim.fm 91.5mhz ‪#‎SharingnotesMs‬

10032015 - Kitab Abi Syuja' oleh Ustaz Mustakim


Ketika perang, para sahabat mengadu tentang ketiadaan air. Lalu Nabi minta sebuah bekas (al-ina'). Baginda memasukkan tangannya, lalu memancut keluar air dari celah-celah jari Baginda. ~ 
(Diriwayatkan sehingga dapat memberi minum 300 orang -Masya'Allah! - hadis riwayat Muslim) ~ Mukjizat Nabi s.a.w ini dikategorikan air mutlak yang suci lagi menyucikan!!

Pembetulan nota (imej 1 dari posting) pada Jenis Air "Tohir Mutohir-suci lagi menyucikan" - 1) Bukan makruh - Air Mutlak (7 jenis) 2) Makruh - Air Musyammas (air yang terkena pancaran matahari di negara panas)

Rujukan sampingan- Buku 24Jam Dipayungi Syariat - Terjemahan Kitab Matan Abi Syuja' terbitan PTS
Aqsamul Miyah - Kuliyah Matan Abi Syuja' oleh Ustaz Mohd Mustakim Fauzi@Mahmood -10032015 @ Surau al-Muhajirin sekarang...

Doa disegerakan Kebaikan dan dijauhkan Kejahatan


~ Di pertengahan bulan, ketika poket tidak berisi, tiba-tiba ada sahabat menghulur bantuan berkongsi rezeki?
~ Ketika hati dirundung duka, tanpa disangka didatangi berita gembira?
Alangkah bahagianya jika sering begitu. Justeru, ayuh amalkan doa ini. Moga direzekikan Allah nikmat kebaikan serta dilindungi Allah dari alpa & bala' yang tidak diduga. 


"Ya Allah Kami memohon agar diberikan kebaikan yang tidak disangka-sangka. Dan jauhkanlah kami dari keburukan yang mengejut!"
Ustaz Muhadir Bin Haji Joll - Az-Zikraa 10 Mac 2015 Klfm-Rentak Interaktif Kota Klfm Agama 97.2 mhz terbitan Tn Hj Manan Selamat ‪#‎SharingnotesMs‬

Hafazan oh Hafazan

Majlis Hafazan Wilayah 2015




Majlis Hafazan Kebangsaan 2015

-~ PROMO ~


Allah ya Allah...
"Al-Quran akan memberi syafaat di dalam kubur & ketika dibangkitkan di akhirat nanti. Tiada siapa akan tolong kita masa tu. Dengan hafazan, minat untuk mentadabbur ayat2 suci akan semakin subur di hati...."
Subhanallah! Sangat memberi inspirasi!
Johan Hafiz & Hafizah Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah turut meraih gelaran yang sama di peringkat Kebangsaan, alhamdulillah. Tahniah Farihah Zulkifli & Muhammad Rasyid Redha!
Apa Kata Johan ~

Doa tidur dari Hadis Nabi

Sebelum beradu, mari lazimi sunnah yang satu ini terlebih dahulu?


Maksud Hadis :- Jika Rasulullah saw berbaring, baginda akan meletakkan telapak tangan kanan di bawah pipi kanannya. Lalu berdoa, "Wahai Tuhanku, peliharalah aku daripada azab-Mu pada hari Engkau bangkitkan seluruh hamba-Mu."
(Direkodkan oleh Tirmizi dan Nasa'i, hadis bertaraf sahih.)‪#‎MsMotivasiSunnah‬

Posting Fb 0732015

0603 Kasih Kepada Kekasih Klfm Live @ Surau Al-Munawwarah


Ceramah Perdana Bulan Mac : Radio klfm akan bertandang ke Surau Al-Munawwarah untuk rakaman program "Kasih kepada Kekasih". Ayuh warga 5R3 dan sekitarnya kita rebut peluang bersama-sama menjayakan rakaman ini yang akan disiarkan di radio klfm nanti. Jom ke Surau!

Perkongsian Nota:

1st Round - Ustaz Raihan Abd Aziz "KASIH KEPADA KEKASIH" Klfm Agama 6 Mac 2015


HAKIKAT CINTA - Letakkan mengikut keutamaan. Sedikit kesilapan bakal membinasakan.

√ Cinta Agama (Hubbud Deen) 

√ Cinta Keluarga/ Sahabat (Hubbu Syafaqah)

√ Cinta Nafsu (Hubbun Nafs)

(قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ) [Surat At-Tawba : 24]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

0103 Assalammualaikum - Adab jawab Salam

Ahmad: Ali, bapak aku kirim salam kat hang...
Ali: Waalaikumussalam mad. Kirim salam balik kat dia na...
Ini dialog biasa yang kita tuturkan sebaik menerima salam dari orang lain.
Namun adab menjawab salam yang sebenar disebut dalam sebuah hadis apabila seorang sahabat mengirim salam ayahnya kepada Rasulullah s.a.w dan dijawab seperti imej berikut.



Salam dijawab ke atas orang yang membawa pesanan & ke atas orang asal yang mengirimkan salam tersebut.
~ Sunnah Nabi kita ikuti. Moga usaha kecil meneladani setiap kata & akhlak kekasih Allah ini, ada ganjaran dari Ilahi. Ustaz Taha Omar‪#‎Assalammualaikum‬ 01032015 ‪#‎MotivasiMsSunnah‬


MTQ Wilayah...Menyingkap Hikmah

Pasca-program - 28 Feb 2015





Membesar bersama Muqaddam & Tilawah dari kecil. Jika dahulu di hadapan kaca tv, kini berpeluang berada di belakang tabir. Subhanallah walhamdulillah! Ia pengalaman yang penuh cabaran namun amat mengujakan.
Mengambil aura dari figura-figura ini. Mereka mendalami ilmu seni al-Quran tanpa henti sejak dulu hingga kini. Direzekikan pelbagai nikmat yang tidak disangka-sangka melalui kurniaan minat & bakat dari Ilahi. Mereka mengajar & terus belajar, MasyaAllah Tabarakallah!
Moga dengan al-Quran memperelokkan syakhsiah, bukan menjadi fitnah. Semakin indah dan elok pada setiap lenggok nada lagu al-Quran, maka semakin cantik dan moleklah juga setiap tutur kata & kelakuan.
Terima kasih, sekalung tahniah & jutaan maaf kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas penganjuran ‪#‎MTQWPKL2015‬. Moga usaha kecil ini menjadi jariah buat kita di Sana. InsyaAllah.

Doa Hafazan untuk Anak sejak dari kandungan


Berita Sedih pada 24 Feb 2015 @ JAWI - Musibah & Hikmah Ujian

Setiap hari, lazimnya perpisahan itu hanya selama 9-10 jam cuma..
Di awal hari, si suami menghantar si isteri ke tempat kerja, anak2 ke sekolah lalu petang bertemu semula, menjemput semuanya pulang..
Namun, petang semalam suami itu tidak lagi sempat menjemput suri dan cahaya hatinya kerana pagi itulah detik akhir mereka bersama di dunia. Beliau terlebih dahulu 'dijemput pulang kembali ke sisi-Nya'. Meninggalkan si isteri bersama 3 khalifah kecil. Allah!

Sahaja Aku Jatuh Cinta Bonda Nor - SEAGUNG CINTA HANDZALAH


Jenazah dimandikan malaikat? Jika dijadikan tajuk majalah, pasti laris di pasaran. Hakikatnya, kisah itu benar-benar berlaku. Baru sahaja mengecapi malam pertama tanpa sempat mandi wajib, sahabat Rasulullah saw ini meluru ke medan jihad lalu gugur syahid. Diuruskan oleh para Malaikat Allah, jasadnya ditemui dalam keadaan basah. Allahuakbar! Betapa agung cinta HANDZALAH pada Pencipta dan Rasul-Nya. Betapa hebat pengorbanan si isteri melepaskan suami ketika ‘inai masih merah di jari’.

Usrati Ustazah Norhafizah Musa 19 Feb 2015 - MISI 7M AL-QURAN

Al-Quran Ku Jatuh Cinta
~ Pupuk 2C: Cinta & Cita-Cita 
~ Pasakkan 7M Al-Quran sebagai agenda utama hidup:-
1. Membaca 
2. Mengajar dan belajar 
3. Menghafaz 👤💬
4. Mentadabbur (menelusuri makna & mengambil pelajaran)
5. Mengamal
6. Mendaulatkan
7. Memperjuangkan

@ Pusat Sains Negara during CNY 2015


HALAL EXPO @ PISA 310012015


Koleksi Album - Lihat Sini


PhD 'Excusecology' tentang Hafazan - 07022015

Skrip para pemegang PhD 'Excusecology' tentang Hafazan:-
(1) "Umur saya dah banyak. Rambut pun dah beruban. Otak dah tepu. Hati pun dah keras sangat. Boleh ke? Rasa tak mampu. Lagipun bila nak habis?" ~ Berhati2 dengan ayat ini. Kita sering rasa tak boleh kerana meletakkan kemampuan & kekuatan atas diri sendiri bukan ke atas kekuatan & keizinan dari Allah.
(2) " Dah terlambat. Biarlah anak-anak je yang hafaz. Hati masih lembut, otak pun macam span. Lagipun anak2 saya semua dah saya hantar ke Maahad Tahfiz. Dapat tumpang syafaat anak2 pun jadilah." ~ Sebelum mendidik si kecil, diri sendiri perlu terdidik terlebih dahulu. Kesedaran ini baik namun sewajarnya ia perlu datang bersama2; ibu bapa & anak2.

Skuad Prihatin JAWI : 21-24 Januari 2015

24 Jan 2015 ~ Hari terakhir: Program Jalinan Amal Bantuan Pasca Banjir Kerjasama JAWI, MAIWP & Kerajaan Negeri Pahang 21-24 Januari 2015 @ Temerloh
Alhamdulillah bantuan kewangan & material berjaya disampaikan kepada penduduk kampung, orang asal & yang berdekatan. Sumbangan wang, kelengkapan sekolah & asrama juga turut dinikmati Sekolah Agama Khairiah & Sek Agama Wosto. Moga sedikit perkongsian rohani & motivasi yang dihulur juga berjaya berbekas di hati.


Tazkirah inspired from Trending AJL - Qu Puteh Qu Puteh...

#1 ~ Putih, Hitam, Coklat, Sawo Matang atau Kuning Langsat - semuanya sama di sisi TUHAN. Hanya Iman, Amal & Taqwa yang membezakan ! ~
(لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya) [Surat At-Tin : 4]

Review Buku: Genius Dari Syurga

Alhamdulillah. Selesai menghabiskan hasil pancingan pertama di Seminar Facebook Menjadi Buku semalam.
Buku ini saya terus beli hanya kerana tertarik dengan tajuknya "Genius dari Syurga". Sinopsis dan bahagian dalamnya tidak pun saya belek. Tidak juga ada di kalangan keluarga yang autistik. Namun hati meronta ingin menyelami jiwa si ibu yang punya anak sebegitu tanpa saya kenal siapa dia. Beliau dengan baik hati menandatangani buku bersama kata-kata yang berbekas di hati.

Postinf FB 1801 - Kasihnya Layla

~KASIHNYA LAYLA~ Cahaya Malam Disinari Solat Witir

"Uwekkkk....uwekkkk..."
" Allah...kuat gila suara baby ni. Anak sapa la yang teriak kuat sangat tu? Dengaq habih satu hospital aih"..detik hati. Tidak lama selepas itu, jururawat datang membawa seorang bayi comel kepada saya. "Kuat betul suara dia Puan..." :)) "Laa...anak aku rupanya!"

Posting Fb dari Azziraa 160115 - Zikir 72,000 kali!

"Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad SAW Pesuruh Allah" 


Sekali kita menyebut kalimah ini, seolah-olah mendapat pahala pada setiap kerdipan mata & setiap turun naik nafas sebanyak mana ilmu Allah Taala. Ia bersamaan 72,000 kali!
Al-Habib Zain Ibn Ibrahim menukilkan apa yang disebut oleh Al-Habib Salim Ibn Hafiz dalam Kitab Minhah Al-Ilah:-

Forum HEI 'Dakwah Cara Nabi' 15012015

Biasanya jurutol tidak memberi respon jika kita sekadar menyebut 'Terima Kasih' ketika membayar tol. Mari kita cuba ucapkan 'Terima Kasih Syafiqah (nama jurutol bertugas)...pasti beliau akan terus berpaling melihat kita!
~ MENYEBUT & MENGINGATI NAMA~ salah satu cara untuk masuk ke dalam hati para mad'u.
Sesungguhnya...
Dakwah itu memuji bukan mengeji,
Dakwah itu menunjuk bukan mengutuk.
Moga warna keindahan ISLAM seperti zaman Nabi kembali menyinari...
Forum HEI 'Dakwah Cara Nabi' 15012015 @ UKM, Bangi


Posting Fb 15 Jan 2015 - Bonus dah masuk?

1. Bonus dah masuk? Alhamdulillah..syukur ya Allah.
2. Bonus separuh bulan je? Ada orang dapat sebulan! Mana cukup nak bayar bla...bla..bla......
Wahai penjawat awam yang dirahmati Allah...,
Yang mana satu lafaz spontan kita hari ini ketika memeriksa status gaji? Jika 1, alhamdulillah. Tetapi amatlah membimbangkan sekiranya ada di antara kita yang sengaja atau tidak menyebut yang ke-2. Justeru saya mohon sedikit masa anda. Kita ikuti kisah ringkas ini. Harapnya ia berbekas di hati.

Tuesday, 3 March 2015

Testimoni Peserta Bengkel Hafazan Nadi al-Baghdadi 02032015

Sumber fb: Puan Nazrah
Alhamdulillah malam tadi berkesempatan utk pergi bengkel hafazan Quran teknik neurofisiologi.
Basically teknik tu camni:
1) sebelum hafal ayat2 Q, hafal dulu maklumat berkenaan surah tu. Contoh boleh tgk gambar no. 2 tu. 


Yg ni ustaz tak terangkan details td sbb masa singkat.

Monday, 19 January 2015

Kompilasi Nota Seminar FB Menjadi Buku Nurul Huda Habil

NOTA 1

Otak masih ligat dan berputar-putar sehingga catatan ini ditulis, sekembalinya dari kursus penulisan semalam. Seolah-olah tidak mahu berhenti pusingan tersebut. Aku masih memikirkan apa yang perlu diutamakan dalam senaraian “Things To Do” untuk setiap hari dan setiap minggu. Jika tidak, ia akan mempengerahui timeline sekiranya tidak diperkemaskan dengan elok.
Lantas, fikiran makin berkecamuk dengan 1000 macam perkara yang perlu diselesaikan. Setiap hujung minggu, ada sahaja perkara yang hendak dilakukan. Setiapnya perlu dipertimbangkan dengan rasional apa yang berada dalam timeline yang telah dibuat untuk tempoh 10 tahun akan datang. Yang paling penting, aku memerlukan masa berkualiti dengan suami yang dicintai dan anak yang disayangi.

Catatan Seminar Fb Menjadi Buku 17 Januari 2015 @ Wisma Sejarah

Saya mendaftar ke seminar ini di saat akhir. Setelah pendaftaran telah pun ditutup sebenarnya. 

"Asyik pergi bengkel je, bukunya tak siap-siap!" 
- ini antara halangan terbesar mengapa hati ragu-ragu untuk menyertai seminar awal tahun ini. 
"Entah-entah seminar kali ni, lain kot..." detik hati. 
Akhirnya mendaftar dengan bayaran yang lebih mahal dari asal. Suami tidak menyokong secara lisan, tetapi...."Ambil duit ni...kata nak bayar bengkel penulisan.." :)) Seperti biasa dengan baik hati beliau menjadi 'babysitter' sepanjang hari Sabtu itu. Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan & Allah mengizinkan untuk hadir.

Allahuakbar. Alangkah ruginya jika saya tidak mendaftar. Bukan sahaja banyak ilmu sepanjang seminar berlangsung yang saya dapat, tetapi turut berkongsi kisah dari beberapa kenalan baru yang sangat hebat. Ada yang datang bersama keluarga dari Melaka. Ada juga yang sanggup memandu seorang dari Johor dan tidur di hotel bajet semata-mata ingin hadir ke progarm ini. Kisah yang amat menginspirasikan dari kedua-dua mereka. Kesedihan ibu tunggal dengan 8 anak yang 5 darinya terpisah hingga dicengkam rasa rindu yang bersangatan. Seorang lagi suri rumah yang bukan dari jurusan agama, berhenti kerja 24 jam menjaga anak yang sakit. Anak yang baru berusia 5 tahun kini sudah pun menghafaz 4 juzu' Al-Quran! 

Seperti yang disebut oleh Tuan Aqif, saya barangkali antara yang sering menjadi pencatat nota yang cantik dalam kebanyakkan program sebelum ini. Namun kali ini, saya melihat banyak nota yang lebih cantik dan menarik yang telah dikongsi para penceramah dan peserta. Bagi memudahkan rujukan, di sini saya senaraikan nota yang dikompilasi dari Fb & beberapa blog:-

Nota Seminar Fb Menjadi Buku: Kompilasi dari Fb Cikpuan Atie Zam

NOTA

Eh! Eh! Eh! Don't get me wrong! (Betul ke ayat english saya tu??)
Saya bukan pangkah mana-mana statement daripada pengamal industri yang lebih besar dan sudah terbukti, tau!
Saya cuma mahu cuba mengembalikan semangat para penulis, terutama peserta semalam, yang agak 'down' apabila mendengar tentang 25k itu. Saya agak 'risau' dalam lucu apabila mendengar beberapa peserta berbincang-bincang sesama sendiri.
"Aku baru ada 5,000, mana nak cari lagi 20,000??"
"Kau ada 5,000. Aku langsung tak ada! Tak bolehlah menulis dan terbit buku kalau macam tu!"
Oh! Bayangkan kalau para peserta dan bakal penulis kita itu ada pelbagai bahan dan ilmu yang boleh dikongsi dan dikehendaki pasaran, tetapi hilang semangat untuk terbitkannya sebab TAK ADA 25,000 follower. Ruginya! Sudahlah industri buku kita dikatakan 'MAKIN PERLAHAN'. Ditambah pula kehilangan bakal-bakal penulis hebat!
Oh no! Oh no!
"Biasakan diri menerima maklumat secara tersurat TETAPI memahaminya secara tersirat. Fikir, fikir, fikir. Jangan terus terima."
Kenyataan Tuan Ikram itu langsung tidak salah. Itu realiti dunia penerbitan. TETAPI cerna dan fahamkan statement beliau itu daripada pelbagai sudut. Sebagai penerbit, kami tidak akan beri janji manis yang boleh buatkan anda terapung-apung melayang sampai langit ketujuh.
Kenapa?
Sebab... Kami sudah melabur wang untuk anda. Apa pula 'pelaburan' anda (terutama daripada segi masa dan tenaga)?