Doa
Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab –
Diulang-ulang berkali-kali setiap tahun
“Ya
Allah berkatilah aku dengan bulan Rejab, bulan Sya’ban, panjangkanlah usiaku
untuk sempat masuk bulan Ramadhan”
Kalau ditakdirkan mati untuk kita, biarlah sehingga sempat untuk berjumpa Ramadhan..
Kita pula? Sempat
tak raya- sibuk tempah baju, kuih & sebagainya..
Dalam doa ini, para ulama' menggariskan beberapa perkara penting:
1.KEBERKATAN
- Rejab, Syaban & Ramadhan penuh keberkatan –
3 bulan penuh keberkatan
- Berkat ini apa? Biasa apabila menjawab salam- waalaikumussalam wrt wabarakatuh (diberkati)
Ulama' definisikan berkat dalam bahasa mudah:- Sesuatu yang sedikit dirasakan
banyak..
Tanda berkat- hidup dalam
keadaan sempit, tapi bahagia..
Tanda tidak berkat?
- rumah besar tapi
rasa sempit, kereta kecil tapi bahagia
Keberkatan adalah anugerah yang Allah beri, tidak
dapat kita beli, hanya Allah yang berkuasa memberikan keberkatan..
2. PERKARA BESAR BERLAKU DALAM KE3-3 BULAN INI
- Kalau buat kajian, tidak ada doa lain yang
Rasulullah sebut 3bulan serentak seperti dalam doa ini
-Rasulullah nak tunjuk betapa besarnya
nilai Ramadhan yang Allah kurniakan sebagai HADIAH kepada umat Nabi/ Allah nak tunjuk sayangNya Rahman war RaheemNya. Memandangkan usia umat Muhammad tidak
sepanjang umat terdahulu.
seperti dalam kitab, Nabi Adam- umur 1k lebih, Nabi Ibrahim akil baligh
pada usia 120tahun.
Tapi Umat Muhammad, Allah pendekkan: “umur umatku antara 60-70 thn”
Sahabat: Bagaimana nak tandingi amalan
umat2 yang hidup lama?
Nabi: Allah jadikan Ramadhan- (yang tidak
dikenali sebelum ini)
Sebelum kedatangan Nabi:
12 bulan – 4 bln haram:- muharram,
zulkaedah, zulhijjah, rejab
Ramadhan tidak dikenali.
Bila popular? Bila datangnya Nabi Muhammad-
sebagai hadiah Allah pada umat Nabi.
Bagaimana bentuk hadiah tu?
Malam Lailatul Qadar –
lebih baik dari 1000 bulan
1mlm dapat= 83 tahun usia
10x alQadr= 830 tahun
20x alQadr= 1600 tahun lebih
Hidup singkat tapi amalan banyak..
3.
REJAB &SYA’BAN BULAN PERSIAPAN RAMADHAN
-
Sebelum Ramadhan, Allah jadikan Rejab & Sya’ban
sbg bulan persiapan menemui Ramadhan
Oleh kerana Ramadhan bulan yang besar/ pesta/ pertandingan/ perlumbaan (lumba buat pahala)
-
contoh masuk pertandingan/perlumbaan, perlu buat
persiapan – lumba dapat apa?
Pahala – berapa? Hanya aku yang akan bagi pahala “asumuni wa ana ajzi bih"
Solat,
haji, ada ganjaran yang ditetapkan, puasa tidak...hanya Allah yang tahu ganjarannya..
- Persiapan ini perlu supaya tak berlaku kejutan
o Tak pernah baca AlQuran- REJAB &SYA’BAN mula
baca supaya Ramadhan x terkejut dengar orang baca AlQuran lama
o Tak pernah ke masjid/surau- REJAB &SYA’BAN
mula pergi supaya Ramadhan masjid/surau x terkejut tengok yang tak pernah
datang (tapi biasanya awal Ramadhan je semangat, akhir2?)
o Tak pernah sedekah- REJAB &SYA’BAN mula sedekah
supaya Ramadhan jadi pemurah
o Tak pernah dengar kuliyah/tazkirah - bersedia dengar supaya Ramadhan bersedia dengar banyak tazkirah/surau
-
REJAB - bulan latihan AQIDAH – melalui program kelengkapan
aqidah “Israk Mikraj” untuk melahirkan keyakinan bahawa hidup ini tak bernilai
dengan harta, pangkat, jawatan, bangsa tetapi bernilai apabila anda sudah
beragama!
Nilai Harta? (Wang? Saham? Emas?)
Jika dinilai dengan harta nescaya
Qarun jauh lebih bernilai (bawa anak
kunci Qarun 400 ekor kuda) – bagaimana hukumannya? Allah tenggelamkannya 70
hasta – naik sahaja matahari, tenggelam lagi. Kita pula buat program Cari Harta
Karun..?;)
Nilai Pangkat? (CEO? KP? Manager?)
Tak payah kejar kerana tiada nilai pada
Allah.
Cth Firaun mengaku pangkat paling tinggi – "ana rabbukumul a'la" - Firaun mengaku Tuhan sampai syaitan
pun terkejut “aku pun tak sampai macam tu”..
Hidupnya bukan setakat tak pernah
sakit, tapi menguap pun tak pernah!
Besar pangkatnya tapi bagaimana Allah
hukumnya?
Hidup menzalimi & mati pun menzalimi (nak tengok mumia dia pun
kena bayar.)
Nilai Bangsa?
Melayu? Arab lagi rasa mulia? Mana hebat dengan Bani
Israel?
“Aku lebihkan kamu lebih dari orang lain di atas dunia”
Kemuncak-
dilaknat kerana melampau dan selalu
melakukan maksiat.
Jadi bila hidup mulia?
Memahami Israk Mikraj sangat penting
sebelum masuk Ramadhan.
Kalau tak faham
tentang Israk Mikraj ini TAK LAYAK kita berada dalam bulan RAMADHAN!
Sebab apa?
Puasa tapi tak solat!
Puasa tapi mengumpat!
Puasa tapi tak tutup aurat!
Puasa tapi buat maksiat!
Berapa ramai puasa, sah puasa tapi hilang
pahala puasanya..tak dapat apa2!
“Berapa ramai puasa tapi tak dapat apa2
kecuali lapar & dahaga semata2.”
Target BESAR RAMADHAN.
“DILEPASKAN DARI AZAB API NERAKA”
Letakkan banyak lagi tapi jadikan yang ni paling besar..
Kalau boleh masuk syurga- ertinya kamu
sudah beriman- sudah naik darjat-
Bagaimana? Belajar dari Israk Mikraj.
Syurga (punya cantik..mata tak pernah tengok, tak pernah dengar, tak pernah bau, tak pernah rasa)
·Umat Nabi yang paling ramai adalah orang2 miskin
– jauh lebih ramai dari orang2 kaya
·Jarak orang kaya yang sedikit dengan orang
miskin dalam syurga sangat jauh-
jarak selama 40k tahun
Miskin pada pandangan material tidak mengapa –
Doa Nabi:
“Ya Allah jadikanlah aku miskin, matikanlah dalam keadaan
miskin, kumpulkan aku dengan orang2 yang miskin”
Nabi pesan:
Jangan hormat orang kaya kerana kekakayaan kerana jika kamu hormat
sebab harta,
separuh agama kamu hilang.
Miskin jauh lebih tawadhuk dari orang kaya. Manusia senang jadi sombong
sebab senang.
Contoh cuba letak dalam poket 2/3 k, jalan belagak terus.
Nak beli barang –
kaya: ni berapa? 10k? tapau dua.
Miskin: ni berapa? 100? Mahalnya..boleh kurang tak? (lebih tawadhuk)
Kaya- cakap- ketawa- dehem semua lain.
Miskin:
Kamu pakai kasut? Ada ya Allah. Jenama? Croc ..cap pasar malam ya Allah
Televisyen ada? Takde..tengok besen je ya Allah
Kaya:
TV berapa inci? Jenama? Astro?120
bayar astro,…berapa derma kat masjid sebulan?
-
Ke masjid pernah tengok kereta Ferrari? Dukkati?
Biasa di mana? Kelab malam/ tpt2 mewah.
-
Kekayaan banyak tak memberi nilai jika tak disertai iman dengan Allah..nak jadi kaya di dunia tak mengapa, malah digalakkan tapi jangan sampai muflis di akhirat!
Sebut syurga neraka Rasul menangis. Fatimah
Tanya kenapa?
Ramai umatku dalam neraka ialah orang
perempuan.
Kenapa? Kerana tak boleh jaga 3 benda:
-
Allah
-
Rasul
-
Suami
Allah – nak jaga aurat?
Aurat dengan ipar-duai, jiran tetangga, sepupu-sepapat..
Bagaimana wanita digantung rambut, tulang
daging relai kemudian tangkup balik..nampak macam hidup tak hidup dan mati tak mati..
Kenapa aurat wanita banyak dari lelaki?
Aurat dia banyak sebab Allah jadikan ia
cantik- LENGAN, TENGKUK, BADAN, SETIAP INCI CANTIK hatta suara pun cantik
(sebab itu tidak boleh dilentok2kan)
Atas sebab itu, wanita tidak boleh azan.
Lelaki, tak secantik orang perempuan-
betis, lengan, suara kasar.
Bukti- wanita belah kain, cantik…lelaki
jalan belah kain..macam tiang jamban..tak selera!
Perkara2 yang puasa tak batal tapi tak dapat pahala puasa..
Puasa tapi tinggal solat -
Puasa tak tutup aurat -
Itulah sebab mengapa Rejab adalah bulan Aqidah..
Manakala Sya’ban bulan ibadah kerana padanya:
Allah jadikan 2
program/ peristiwa besar dalam bulan Sya’ban:
1.
Nisfu Sya'ban - biasanya disambut
2.
Pertukaran Qiblat – Nabi doa setahun untuk minta tukar Qiblat
(Masjidil
Aqsa- Masjidil Haram)
‘Ibrah:
1. DOA
(dalam peristiwa pertukaran Qiblat, Nabi doa selama setahun sebelum Allah makbulkan sedangkan Nabi adalah kekasih Allah)
- Adab
doa- Nabi lagi lama doa lagi mengangkat tangannya. Kita? Semakin lama semakin ke bawah. Malah ada pula yang berdoa “ macam biasa” tapi ini lebih baik
dari tak doa langsung.
Doa adalah otak ibadah – Nabi sebut: Bagaimana kalau otak kita mati?
- Hati-hati/ Jaga-jaga dengan doa orang
yang dizalimi- doa ini tiada hijab hatta seorang kafir sekalipun – Doa senjata
mukmin.
- Nabi sebut -Tertolak bala kerana doa – Cth Doa naik kenderaan;
mungkin terlepas AES.
Hujan yang patut turun
tapi dengan keberkatan doa boleh tertarik ke atas. Hati2 dengan doa, jangan
sampai orang sebut kita dalam doa kerana kezaliman kita..tapi biarlah orang doakan kita kerana kebaikan kita...
2. JANGAN BERTANGGUH BUAT KEBAIKAN
(Apabila turun sahaja perintah menukar qiblat, perintah itu terus dilaksanakan)
- kita banyak kelemahan tapi
biar sahaja–
nak tahu, suruh isteri/
suami nilaikan ;-
"Yang..yang..rasa-rasa abang dapat tak masuk syurga?"
“Susah bang, syurga mcmana Subuh 7.30 bang...Solat Jemaah dengan keluarga Surah
yang sama je..balik-balik 3Qul je bang..."
- Kita ada banyak kelemahan tapi suka bertangguh untuk berubah. Bila nak baiki? Ramadhan inilah. Sebab
Allah yang jadi fasilitator, susun jadual baru.
Hadis – Allah buka pintu
syurga, tutup pintu neraka.
cth hisap Rokok- masa terbaik berhenti adalah di Bulan Ramadhan.
3. HIDUP JANGAN IKUT KATA ORANG, TAPI KATA SYARIAT
( kiblat antara Masjidil Aqsa @ Masjidil
Haram..banyak pendapat awam)
Cth
nilai hantaran – murah sangat orang kata murah, mahal sangat pun orang kata
jual anak pula
Periswa Say. Umar dengan anaknya Abdullah B Umar &
unta
Kata manusia takkan berhenti sampai mati..maka ikutlah kata Syariat...in syaa Allah selamat!
JADI, KALAU FAHAM SEMUA PERISTIWA2 INI
ADALAH PERSIAPAN TERBAIK SEBELUM MEMASUKI GERBANG RAMADHAN...
Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani - 1 Julai 2013 - 9:30-10:30 pagi @ Surau Al-Muhajirin JAWI